KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:08 : Terjemahan
2- 06:28 : Kitab Iman. Bab Sabda Nabi s.a.w : Islam Dibina Atas Lima Perkara.
3- 11:09 : Hubungan Manusia Dengan Allah Adalah Hubungan Kekasih
4- 35:39 : Makna Iman
5- 42:00 : Firaq Dan Din
6- 53:55 : Firqah Mu’tazilah
7- 1:03:44 : Firqah Murji’ah
8- 1:07:09 : Firqah Khawarij
9- 1:09:22 : Imam Abu Hanafah Dikatakan Murji’ah Ahli Al-Sunnah
10- 1:20:03 : Amalan Hasil Daripada Iman
11- 1:27:20 : Salah Satu Tanda Ajaran Sesat Ialah Tidak Ikut Nabi s.a.w. Dan Anti Hadits
12- 1:36:47 : Ahlu al-Sunnah
13- 1:49:33 : Ciri-Ciri Ajaran Sesat
كتاب الإيمان
Kitab Tentang Iman
بَاب قَوْلُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ
Bab 2: Sabda Nabi SAW: “Islam DiBina Atas Lima Perkara”
وَهُوَ قَوْلٌ وَفِعْلٌ وَيَزِيدُ وَيَنْقُصُ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ( لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ ) ( وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ) ( وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَاهْتَدَوْا هُدًى ) ( وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُم تَقْوَاهُمْ) وَقَوْلُهُ ( وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا ) وَقَوْلُهُ ( أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَذِهِ إِيمَانًا فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَزَادَتْهُمْ إِيمَانًا ) وَقَوْلُهُ جَلَّ ذِكْرُهُ ( فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا ) وَقَوْلُهُ تَعَالَى ( وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ) وَالْحُبُّ فِي اللَّهِ وَالْبُغْضُ فِي اللَّهِ مِنَ الْإِيمَانِ وَكَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِالْعَزِيزِ إِلَى عَدِيِّ بْنِ عَدِيٍّ إِنَّ لِلْإِيمَانِ فَرَائِضَ وَشَرَائِعَ وَحُدُودًا وَسُنَنًا فَمَنِ اسْتَكْمَلَهَا اسْتَكْمَلَ الْإِيمَانَ وَمَنْ لَمْ يَسْتَكْمِلْهَا لَمْ يَسْتَكْمِلِ الْإِيمَانَ فَإِنْ أَعِشْ فَسَأُبَيِّنُهَا لَكُمْ حَتَّى تَعْمَلُوا بِهَا وَإِنْ أَمُتْ فَمَا أَنَا عَلَىصُحْبَتِكُمْ بِحَرِيصٍ وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ( وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي ) وَقَالَ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ اجْلِسْ بِنَا نُؤْمِنْ سَاعَةً وَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ الْيَقِينُ الْإِيمَانُ كُلُّهُ وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ لَا يَبْلُغُ الْعَبْدُ حَقِيقَةَ التَّقْوَى حَتَّى يَدَعَ مَا حَاكَ فِي الصَّدْرِ وَقَالَ مُجَاهِدٌ ( شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ ) أَوْصَيْنَاكَ يَا مُحَمَّدُ وَإِيَّاهُ دِينًا وَاحِدًا وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ ( شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ) سَبِيلًاوَسُنَّةً ( دُعَاؤُكُمْ ) إِيمَانُكُمْ لِقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ ( قُلْ مَا يَعْبَأُ بِكُمْ رَبِّي لَوْلَا دُعَاؤُكُمْ ) وَمَعْنَى الدُّعَاءِ فِي اللُّغَةِ الْإِيمَانُ
Islam adalah ucapan dan perbuatan, ia boleh bertambah dan berkurang. Allah Ta`ala berfirman :لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْbermaksud: “ Supaya bertambah keimanan mereka di samping keimanan yang telah sedia ada (pada mereka)”. FirmanNya lagi: وَزِدْنَاهُمْهُدًىbermaksud: “Dan kami tambah kepada mereka pertunjuk”. FirmanNya lagi:وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْاهُدًى bermaksud “Dan Allah menambah (lagi) hidayat kepada mereka yang telah mendapat hidayat”. FirmanNya lagi: وَالَّذِيْنَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْbermaksud: “Dan kepada orang-orang yang telah mendapat hidayat, ditambahNya lagi hidayat dan diberiNya kepada mereka ketaqwaan”.
FirmanNya lagi: وَيَزْدَادَ الَّذِيْنَ آمَنُوْاإيْمَانًاbermaksud: “Dan supaya bertambah iman orang-orang yang telah beriman. FirmanNya lagi : أيُّكُمْ زَادَتْهُ هَذِهِ إيْمَانًا فَأَمَّا الَّذِيْنَ آمَنُوْا فَزَادَتْهُمْ إيْمَانًاbermaksud: “Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surah ini?” “Adapun orang-orang yang beriman, maka surah ini menambah imannya.” FirmanNya lagi: فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إيْمَانًا(Bermaksud): “(Orang-orang munafiq berkata)Takutlah kepada mereka (pasukan tentera kuffar quraisy), maka kata-kata itu semakin menambahkan lagi iman mereka”.
FirmanNya lagi:وَمَا زَادَهُمْ إلَّا إيْمَانًا وَتَسْلِيْمًا(Bermaksud): “Tidaklah menambah kepada mereka melainkan keimanan dan penyerahan.” (Bab) Cinta kerana Allah dan benci kerana Allah adalah sebahagian daripada iman . `Umar bin `Abdul `Aziz pernah menulis surat kepada `Adi bin `Adi (di mana beliau menyatakan): “Bahawa di dalam iman terkandung banyak kewajiban, peraturan, batas-batas (yang tidak boleh dicerobohi) dan perkara-perkara sunat. Sesiapa yang menyempurnakannya bererti dia menyempurnakan iman dan sesiapa yang tidak menyempurnakannya, bererti dia menguranginya. Jika saya masih hidup, saya akan terangkan kepadamu tentang perkara-perkara tersebut supaya kamu dapat beramal dengannya, tetapi jika aku mati maka tidaklah teringin sangat aku untuk terus bersamamu.
Ibrahim a.s berkata : (firman Allah)وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِىْ(bermaksud): “Akan tetapi supaya tenang hatiku. Mu`adz berkata (kepada Aswad bin Bilal): “Duduklah bersama kami sejenak untuk menambah iman (iaitu dengan mengingati ajaran Allah dan Rasulnya). Ibn Mas`ud berkata : “Yakin itu iman kesemuanya”. Ibn `Umar berkata : “Seseorang itu tidak akan sampai kepada hakikat taqwa selagi dia tidak meninggalkan apa-apa yang diragui hati sanubarinya.
Dan Mujahid berkata (ketika mentafsirkan fiman Allah ini): شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّيْنِ مَا وّصَّى بِهِ نُوْحًا(bermaksud): “ Dia telah memberikan kepadamu agama yang juga telah diberiNya kepada Nuh”. Ya`ni, “Kami telah berikan kepadamu hai Muhammad dan kepadanya agama yang sama.”
Dan Ibnu `Abbas berkata (ketika mentafsirkan dua perkataan dalam satu firman Allah iaitu):شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا(maksudnya ialah) jalan dan cara. Beliau juga berkata: دُعَاءُكُمْ(ma`nanya) ialah iman kamu.”
٧- حَدَّثَنَا عُبَيْدُاللَّهِ بْنُ مُوسَى قَالَ أَخْبَرَنَا حَنْظَلَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ خَالِدٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضي الله عَنْهممَا قَالَ{قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الإِسْلامُ عَلَى خَمْسٍشَهَادَةِ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ}
7- `Ubaidullah bin Musa telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Hanzalah bin Abi Sufyan telah meriwayatkan kepada kami (diambilnya) dari ‘Ikrimah bin Khalid dari Ibni `Umar r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Islam dibina (ditegakkan) atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, mengerjakan Haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan”.