Sebabnya kenapa tidak disebutkan langsung sifat jalal di dalam Basmalah, malah apa yang disebut hanyalah dua sifat jamal yang mengandungi ma`na rahmat iaitu الرحمن dan الرحيم ialah berdasarkan firman Allah berikut: ورحمتى وسعت كل شيء dan juga firmanNya di dalam hadits qudsi berikut: إن رحمتى غلبت غضبى . Basmalah diakhiri dengan الرحيم untuk mengisyaratkan kepada kesudahan yang baik di akhirat nanti adalah untuk orang-orang mu’minin dan muttaqin.