[NOTA KULIAH DISERTAKAN DI BAWAH]
VIDEO – [Durasi – 2m 06s] – Sesi 7 – MATAN HADITH – Sahih al-Bukhari – Kitab Waktu-Waktu Sembahyang
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/I9gs331FXWA ]
VIDEO – [Durasi – 2j 32m 02s] – Sesi 7 – Hendaklah Kamu Sentiasa Rujuk (Kembali) Kepada Allah – Kitab Waktu-Waktu Sembahyang]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/_sRy97YII_g ]
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1- 3:03 – Bab – (Sambungan) Firman Allah : Hendaklah Kamu Sentiasa Rujuk (Kembali) Kepada Allah.
2- 14:15 – Bulan Haram Dan Asal Usulnya
3- 42:50 – Rasulullah s.a.w Bagi Panduan Kepada Qabilah ‘Abdil Qais Empat Perkara Berikut : 1. Beriman Kepada Allah 2. Mendirikan Sembahyang 3. Menunaikan Zakat 4. Memberikan 1/5 Daripada Harta Ghanimah Kepada Pemerintah Islam
4- 50:17 – 1/5 Harta Ghanimah Adalah Untuk Kerajaan Islam. Ianya Berbeza Dari Apa Yang Ada Dalam Ajaran Syiah
5- 1:11:13 – Bab – Berbai’ah Untuk Mendirikan Sembahyang.
6- 1:20:11 – Terjemahan Yang Perlu Dibaiki
SESI SOAL JAWAB
1- 1:43:27 – Adakah kemungkinan terjemahan perkataan “Nasihat” itu dengan “kembali” kepada Allah (Dalam hadith, “Agama Itu Adalah Nasihat….”)
2- 1:46:20 – a) Pada zaman pemerintahan Saiyidina Ali telah berlaku beberapa peperangan di antara Ali r.a, Muawiah r.a dan Aisyah r.ha. Dalam peperangan ini ramai para sahabat telah terkorban. Adakah para Sahabat yang gugur di medan peperangan ini boleh kita katakan sebagai syahid sedangkan peperangan yang berlaku itu di antara kaum muslimin bukan peperangan menentang kaum kuffar? b) Apakah hikmah di sebalik fitnah pepecahan yang melanda ummat Islam pada waktu itu? Apa pengajarannya kepada kita?
3- 1:58:05 -Maulana dilihat sangat menyanjungi para ulama’ dari India dan Pakistan. Melalui rujukan saya di internet dan buku-buku sememangnya ulama’-ulama’ dari India mempunyai kehebatan yang tersendiri bahkan setanding dengan ulama’ dunia Arab. Tidak sedikit ulama’-ulama’ dan mufti-mufti dari negara Arab yang menzahirkan pujian dan sanjungan kepada ulama’ India atau Pakistan. Soalan saya apakah rahsia yang dimiliki oleh ulama’ India sehingga mereka boleh menjadi hebat sedemikian rupa? Kenapa kita di Tanah Melayu tidak boleh menjadi seperti mereka? Jika dilihat kepada sejarah negara kita, India dan Pakistan banyak persamaan dengan kita seperti pernah dijajah dan ditindas oleh kuasa barat. Lebih teruk lagi umat Islam di India adalah minoriti sedangkan di Malaysia umat Islam adalah majoriti. Ada ustaz yang mengatakan bahawa Islam yang datang ke Tanah Melayu sebenarnya bukan Islam yang tulin kerana dibawa oleh orang Parsi, sebab itu banyak pengaruh Syiah dalam masyarakat kita. Manakala Islam yang datang ke India dibawa oleh para tabiin. Adakah ini sebabnya atau adakah kerana kita di Tanah Melayu terlalu kuat berpolitik sehingga mengabaikan agama?
4- 2:09:33 – Majlis-majlis berkuasa agama negara kita sering mengadakan serbuan mencegah maksiat…
5- 2:10:51 – Dari kuliah-kuliah Maulana saya boleh membuat kesimpulan bahawa Maulana banyak mengguna pakai dan bersetuju dengan pendapat Imam al-Bukhari berbanding pendapat imam-imam yang lain. Sekadar untuk pengetahuan kami adakah mana-mana pendapat Imam al-Bukhari yang Maulana kurang setuju atau lemah berbanding imam-imam yang lain. Bolehkah Maulana berikan beberapa contoh?
6- 2:13:54 – Saya sering menonton kuliah ustaz di internet dan belum berkesempatan mengikuti kuliah ustaz secara live kerana saya tinggal di luar Kelantan. Soalan saya. apakah pahala yang saya perolehi dengan menonton kuliah ustaz di skrin komputer itu kurang dari pahala yang diperolehi oleh para pelajar ustaz yang belajar secara langsung. Apakah adab-adab yang saya perlu patuhi semasa menuntut ilmu melalui rakaman kuliah ustaz itu. Ini kerana ada ketika semasa saya sedang khusyu’ tiba-tiba terganggu dengan tangisan anak. Ada juga ketika saya terpaksa berhenti menonton semata-mata kerana isteri meminta bantuan di dapur. Adakah semua perkara ini menjejaskan pengajian saya?
7- 2:17:00 – Semasa muda dahulu saya mengaku saya seorang muslim yang lalai sering melanggar larangan Allah dan sering meninggalkan solat. Apa patut saya buat sekarang setelah tersedar dari kealpaaan?
8- 2:20:52 – Kini ramai penceramah dan ustaz-ustaz yang menyelitkan lawak jenaka dalam ceramah mereka. Ada sampai menyanyi lagu Hindustan.
9- 2:24:52 – Bolehkah mandi wajib menggantikan wudhu’?
10- 2:25:58 – Kenapakah masjid-masjid masih lagi azan kali kedua (untuk solat Jumaat) sedangkan ianya tidak diperlukan lagi?
MATAN HADITH
بَاب قَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى { مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنْ الْمُشْرِكِينَ }
Bab – Firman Allah Ta`ala – Hendaklah Kamu (Wahai Muhammad Dan Pengikut-pengikutmu) Sentiasa Rujuk Kembali Kepada Allah (Dengan Mengerjakan Amal-Amal Bakti) Serta Bertaqwalah Kamu Kepadanya; Dan Kerjakanlah Sembahyang Dengan Betul Sempurna; Dan Janganlah Kamu Menjadi Dari Mana-mana Golongan Orang Musyrik
492 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبَّادٌ هُوَ ابْنُ عَبَّادٍ عَنْ أَبِي جَمْرَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَدِمَ وَفْدُ عَبْدِ الْقَيْسِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا إِنَّا مِنْ هَذَا الْحَيِّ مِنْ رَبِيعَةَ وَلَسْنَا نَصِلُ إِلَيْكَ إِلَّا فِي الشَّهْرِ الْحَرَامِ فَمُرْنَا بِشَيْءٍ نَأْخُذْهُ عَنْكَ وَنَدْعُو إِلَيْهِ مَنْ وَرَاءَنَا فَقَالَ آمُرُكُمْ بِأَرْبَعٍ وَأَنْهَاكُمْ عَنْ أَرْبَعٍ الْإِيمَانِ بِاللَّهِ ثُمَّ فَسَّرَهَا لَهُمْ شَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامُ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءُ الزَّكَاةِ وَأَنْ تُؤَدُّوا إِلَيَّ خُمُسَ مَا غَنِمْتُمْ وَأَنْهَى عَنْ الدُّبَّاءِ وَالْحَنْتَمِ وَالْمُقَيَّرِ وَالنَّقِيرِ
بَاب الْبَيْعَةِ عَلَى إِقَامِ الصَّلَاةِ
Bab – Bai’ah Untuk Mendirikan Sembahyang
493 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنَا قَيْسٌ عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَايَعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى إِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ
NOTA KULIAH – MUAT TURUN ATAU BACA ONLINE
NOTA SYARAHAN HADITH – Sahih al-Bukhari – Kitab Waktu-waktu Sembahyang – Sesi 7