VIDEO – [Durasi – 15m 36s] – Sesi 8 – MATAN HADITH – Sahih Muslim – Kitab Jihad & Sirah
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/bKOT5n4MVLI ]
AUDIO MP3 – [Muat Turun/Streaming]
VIDEO – [Durasi – 58m 33s] –Sesi 8 – Hukum Fai – [Sahih Muslim – Kitab Jihad]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/evEReeVYvF4 ]
AUDIO MP3 – [Muat Turun/Streaming]
MATAN HADITH
SAHIH MUSLIM – KITAB JIHAD DAN SIRAH
بَاب حُكْمِ الْفَيْءِ
Bab – Hukum Fai`[1]
3300 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّمَا قَرْيَةٍ أَتَيْتُمُوهَا وَأَقَمْتُمْ فِيهَا فَسَهْمُكُمْ فِيهَا وَأَيُّمَا قَرْيَةٍ عَصَتْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَإِنَّ خُمُسَهَا لِلَّهِ وَلِرَسُولِهِ ثُمَّ هِيَ لَكُمْ
Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Rafi` telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: ‘Abd al-Razzaq telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ma’mar telah menceritakan kepada kami daripada Hammam bin Munabbih, beliau berkata: Ini apa yang Abu Hurairah telah riwayatkan kepada kami daripada Rasulullah s.a.w. lalu beliau menyebutkan beberapa hadits daripadanya dan berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mana-mana negeri yang kamu pergi dan kamu berada di situ maka bahagian kamu[2] ada padanya. Dan mana-mana negeri yang derhaka kepada Allah dan rasul-Nya maka seperlima daripadanya adalah hak Allah dan rasul-Nya, kemudian ia[3] adalah untuk kamu.”
3301 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ وَأَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَاللَّفْظُ لِابْنِ أَبِي شَيْبَةَ قَالَ إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا و قَالَ الْآخَرُونَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَمْرٍو عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ مَالِكِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ عُمَرَ قَالَ : كَانَتْ أَمْوَالُ بَنِي النَّضِيرِ مِمَّا أَفَاءَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ مِمَّا لَمْ يُوجِفْ عَلَيْهِ الْمُسْلِمُونَ بِخَيْلٍ وَلَا رِكَابٍ فَكَانَتْ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَاصَّةً فَكَانَ يُنْفِقُ عَلَى أَهْلِهِ نَفَقَةَ سَنَةٍ وَمَا بَقِيَ يَجْعَلُهُ فِي الْكُرَاعِ وَالسِّلَاحِ عُدَّةً فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Qutaibah bin Said, Muhammad bin ‘Abbad, Abu Bakr Abi Syaibah dan Ishaq bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami dan lafaz hadits adalah melalui Ibnu Abi Syaibah. Ishaq berkata: Sufyan telah menceritakan[4] kepada kami dan orang-orang lain berkata: Sufyan telah meriwayatkan[5] kepada kami daripada ‘Amar daripada al-Zuhri daripada Malik bin ‘Aus daripada ‘Umar, beliau berkata: Harta-harta Bani al-Nadhir iaitu yang Allah kurniakan kepada rasul-Nya sebagai fai` bukan termasuk dalam harta yang orang Islam dapat dengan memecutkan kuda-kuda dan unta-unta mereka. Harta-harta itu adalah untuk Nabi sahaja. Baginda membelanjakan untuk ahli keluarganya selama setahun[6] menggunakan harta itu dan yang baki lagi daripadanya Baginda letakkan untuk kuda dan senjata untuk berperang di jalan Allah.[7]
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى قَالَ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ الزُّهْرِيِّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ
Yahya bin Yahya telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan bin ‘Uyaynah telah menceritakan kepada kami daripada Ma’mar daripada al-Zuhri dengan isnad ini.
_______________________________________________________________________________
[1] Fai’ ialah harta yang diperolehi oleh orang Islam daripada orang kafir dengan tidak berlaku pertumpahan darah. Firman Allah:
[ Dan apa jua yang Allah kurniakan kepada Rasul-Nya sebagai fai’ daripada peninggalan harta benda mereka (yang telah diusir itu, maka kamu tidak berhak mendapatnya), kerana kamu tidak memecut seekor kuda pun dan tidak menunggang seekor unta pun (untuk berperang mengalahkan mereka); tetapi Allah memberikan kekuasaan kepada Rasul-rasul-Nya mengalahkan sesiapa yang dikehendakiNya (dengan tidak payah berperang) dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. ] – al-Hasyr : 6
[2] Secara umum ada bahagian daripada harta itu.
[3] Ya’ni yang baki lagi daripada harta ghanimah adalah untuk kamu
[4] secara/dengan sighah ikhbar
[5] secara/dengan sighah tahdits
[6] Ini tidak menafikan sifat tawakkal.
[7] Kerana sifat kedermawanan isteri-isteri membelanjakan harta dengan infaq dan simpanan itu habis sebelum genap setahun.

