Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 3 – Bab – Waktu Sembahyang Zohor

VIDEO – [Durasi – 4m 13s] – Sesi 3 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Kcv4qSA_R0I ]

VIDEO – [Durasi – 1j 21m 13s] – Sesi 3 – Waktu Sembahyang Zuhur – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/yoTBxX5HAxw ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 – Terjemahan hadith

2- 08:49 – Perawi hadith: Abu Bakr bin Abu Musa al-`Asy`ari, saudara kepada Abu Burdah bin Abu Musa al-`As`ari. Kebanyakan ulama` mengatakan dia sempat (meriwayatkan) dengan ayahnya berbanding Abu Burdah tetapi Imam Ahmad mengatakan dia tidak sempat.

3- 10:45 – Nabi s.a.w. ingin mengajar kepada kita adakalanya sesuatu perkara itu lebih baik ditunjukkan secara amali (praktikal) daripada secara teori sahaja

4- 14:05 – Makna ‘iqamat’ dalam istilah hadith adalah bermaksud azan dan juga iqamat

5- 19:29 – Hadith ini menjadi hujjah (tidak menyokong) ke atas qaul jadid Imam as-Syafi`i dan Imam Malik tentang pendapat mereka tentang pendeknya waktu magrib

6- 26:23 – Tarjih dari Imam an-Nawawi dan tiga jawapan kepada hadis Jibril yang menjadi dalil kepada Imam as-Syafi`i, Imam Malik dan ulama’-ulama’ yang sependapat dengan mereka.

7- 29:08 14 – Masalah yang difatwakan dalam mazhab as-Syafie (antara qaul Qadim & Qaul Jadid).

8- 36:45 – Bagaimana Nabi s.a.w. sembahyang pada waktu-waktu yang berlainan.

9- 48:39 – Percanggahan hadith-hadith kelebihan sembahyang di awal waktu dengan hadith-hadith yang lain. Benarkah kelebihan hanya kerana sembahyang pada awal waktu?

10- 52:19 – Kelebihan sembahyang di awal waktu bukan secara mutlak tapi hanya pada waktu-waktu yang tertentu yang munasabah. Hadith-hadith kelebihan sembahyang di awal waktu boleh dikatakan semuanya dhaif (lemah).

11- 53:27– Tiada satu dalil yang kukuh mengatakan sembahyang di awal waktu adalah lebih afdhal

12- 53:32 – Kekeliruan kerana wujudnya hadith dhaif dalam Sunan Abi Daud Dan at-Tirmizi berbanding hadith al-Bukhari Dan Muslim.

13- 55:29 – Menganalisa hadith-hadith yang menjadi dalil kelebihan sembahyang di awal waktu.

14- 58:11 – Ibnu Mas`ud sendiri tidak pakai hadith yang diriwayatkannya iaitu hadith tentang kelebihan sembahyang di awal waktu bahkan beliau sembahyang Subuh pada waktu isfar (cerah tanah). Begitu juga dengan Saidina `Ali.

15- 58:36 – Hadith Ibnu `Umar: “Sembahyang awal waktu mendapat keredhaan Allah dan sembahyang di akhir waktu mendapat keampunan Allah” dan jawapan kepada hadith ini, antaranya; Perawinya Ya`qub bin al-Walid al-Madani – Ibnu Hibban mengatakan dia seorang pereka hadith, Imam Ahmad mengatakannya seorang pendusta besar.

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب فِي وَقْتِ صَلَاةِ الظُّهْرِ

Bab  – Tentang Waktu Sembahyang Zhuhur

٣٩٩- حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ وَمُسَدَّدٌ قَالَا حَدَّثَنَا عَبَّادُ بْنُ عَبَّادٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْحَارِثِ الْأَنْصَارِيِّ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كُنْتُ أُصَلِّي الظُّهْرَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَآخُذُ قبْضَةً مِنْ الْحَصَى لِتَبْرُدَ فِي كَفِّي أَضَعُهَا لِجَبْهَتِي أَسْجُدُ عَلَيْهَا لِشِدَّةِ الْحَرِّ

399 – Ahmad bin Hanbal dan Musaddad meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: `Abbad bin `Abbad meriwayatkan kepada kami katanya Muhammad bin `Amr meriwayatkan kepada kami daripada Sa`id bin Al-Harits Al-Anshari daripada Jabir bin `Abdillah, katanya: Saya bersembahyang Zohor bersama Rasulillah s.a.w kemudian saya mengambil segenggam pasir / anak batu supaya ia sejuk dalam genggaman saya untuk saya letakkannya di tempat letak dahi saya, saya sujud di atasnya kerana terlalu panas. 

400 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبِيدَةُ بْنُ حُمَيْدٍ عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ سَعْدِ بْنِ طَارِقٍ عَنْ كَثِيرِ بْنِ مُدْرِكٍ عَنْ الْأَسْوَدِ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ قَالَ كَانَتْ قَدْرُ صَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الصَّيْفِ ثَلَاثَة أَقْدَامٍ إِلَى خَمْسَةِ أَقْدَامٍ وَفِي الشِّتَاءِ خَمْسَة أَقْدَامٍ إِلَى سَبْعَةِ أَقْدَامٍ

400 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami katanya `Abidah bin Humaid meriwayatkan kepada kami daripada Abi Malik Al-Asyja’i iaitu Sa’d bin Thariq daripada Katsir bin Mudrik daripada Al-Aswad bahawa `Abdallah bin Mas’ud berkata: Kadar sembahyang (Zohor) Rasulillah s.a.w pada musim panas iaitu pada ketika bayang-bayang berukuran tiga tapak kaki hingga lima tapak kaki dan pada musim sejuk pula (pada ketika bayang berukuran) lima tapak kaki hingga tujuh tapak kaki.

401 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنِي أَبُو الْحَسَنِ قَالَ أَبُو دَاوُد أَبُو الْحَسَنِ هُوَ مُهَاجِرٌ قَالَ سَمِعْتُ زَيْدَ بْنَ وَهْبٍ يَقُولُ سَمِعْتُ أَبَا ذَرٍّ يَقُولُ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَرَادَ الْمُؤَذِّنُ أَنْ يُؤَذِّنَ الظُّهْرَ فَقَالَ أَبْرِدْ ثُمَّ أَرَادَ أَنْ يُؤَذِّنَ فَقَالَ أَبْرِدْ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا حَتَّى رَأَيْنَا فَيْءَ التُّلُولِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ شِدَّةَ الْحَرِّ مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ فَإِذَا اشْتَدَّ الْحَرُّ فَأَبْرِدُوا بِالصَّلَاةِ

401 – Abul Walid At-Thayalisi meriwayatkan kepada kami katanya Syu’bah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abul Hasan meriwayatkan kepada kami – Abu Daud berkata Abul Hasan ialah seorang Muhajir – katanya: Aku telah mendengar Zaid bin Wahb berkata: Aku telah mendengar Aba Dzar berkata: Pernah kami bersama Rasulillah s.a.w lalu mu’adzdzin mahu melaungkan azan Zohor, Baginda terus bersabda: “Tunggu sejuk”, kemudian mu’adzdzin mahu melaungkan azan lagi, Nabi s.a.w bersabda: “Tunggu sejuk”. Dua atau tiga kali Baginda berkata begitu sehingga kami nampak bayang-bayang longgokan-longgokan pasir (pusu) yang rendah kemudian Baginda bersabda: “Sesungguhnya panas yang terlalu kuat itu adalah daripada wap neraka jahannam, apabila bersangatan panas, tunggulah teduh sedikit untuk kamu mengerjakan sembahyang (Zohor).” 

402 – حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ خَالِدِ بْنِ مَوْهَبٍ الْهَمْدَانِيُّ وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ الثَّقَفِيُّ أَنَّ اللَّيْثَ حَدَّثَهُمْ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيّبِ وَأَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا اشْتَدَّ الْحَرُّ فَأَبْرِدُوا عَنْ الصَّلَاةِ قَالَ ابْنُ مَوْهَبٍ بِالصَّلَاةِ فَإِنَّ شِدَّةَ الْحَرِّ مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ

402 – Yazid bin Khalid bin Mauhab Al-Hamdani dan Qutaibah bin Sa`id Ats-Tsaqafi meriwayatkan kepada kami bahawa Al-Laits meriwayatkan kepada mereka daripada Ibn Syihab daripada Sa’id bin Al-Musayyib dan Abi Salamah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulallah s.a.w telah bersabda: “Apabila panas bersangatan maka tunggulah teduh sedikit untuk kamu mengerjakan sembahyang – Ibn Mauhab berkata بِالصَّلَاةِ – kerana panas yang bersangatan itu daripada wap neraka jahannam.

403 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ أَنَّ بِلَالًا كَانَ يُؤَذِّنُ الظُّهْرَ إِذَا دَحَضَتْ الشَّمْسُ

403 – Musa bin Isma’il meriwayatkan kepada kami katanya Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Simak bin Harb daripada Jabir bin Samurah bahawasanya Bilal selalu mengumandangkan azan zohor ketika tergelincir matahari.

 
 
 
 

Leave a comment