Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 42 – Bab – Berapakah Pakaian Yang Perlu Dipakai Oleh Orang Perempuan Ketika Bersembahyang?

https://www.youtube.com/watch?v=hM8SPxAyXVo
VIDEO – [Durasi – 3m 56s] – Sesi 42 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/hM8SPxAyXVo ]

 

https://www.youtube.com/watch?v=M3SjLvWpbzA
VIDEO – [Durasi – 1j 8 m15s] -Sesi 42 – Berapakah pakaian yg perlu dipakai oleh wanita bila solat? – [Sunan Abi Daud- Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/M3SjLvWpbzA ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

 
1- 00:06 : Terjemahan matan hadith
 
2- 07:07 : Bab: Berapakah pakaian yang perlu dipakai oleh perempuan ketika bersembahyang?
 
3- 07:56 : Sanad hadith ini ada perawi Muhammad Bin Zaid Funzuz
 
4- 14:15 : Perbezaan pendapat ulama’ tentang nampak kaki, tangan dan muka ketika sembahyang
 
5- 17:55 : Coretan Ibnu Qudamah dalam kitab Mughni, kitab fiqah Mazhab Hanbali, tentang muka, tangan dan kaki dalam sembahyang
 
6- 33:24 : Bab: Perempuan sembahyang dengan tidak pakai tudung
 
7- 39:26 : Sanad hadith kedua adalah “munqati’ “, terputus, tidak bersambung.
 
8- 41:40 : Bab – Tentang “Sadli” dalam sembahyang. “Sadli” ada beberapa makna
 
9- 01:05:25 : Bab – Sembahyang dengan memakai kain selimut perempuan

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب فِي كَمْ تُصَلِّي الْمَرْأَةُ

Bab – Tentang Berapakah Pakaian Yang Perlu Dipakai Oleh Orang Perempuan Ketika Bersembahyang

638 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ زَيْدِ بْنِ قُنْفُذٍ عَنْ أُمِّهِ انَّهَا سَأَلَتْ أُمَّ سَلَمَةَ مَاذَا تُصَلِّي فِيهِ الْمَرْأَةُ مِنْ الثِّيَابِ فَقَالَتْ تُصَلِّي فِي الْخِمَارِ وَالدّرْعِ السَّابِغِ الَّذِي يُغَيِّبُ[1] ظُهُورَ قَدَمَيْهَا

638 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Muhammad bin Zaid bin Qunfudz daripada ibunya bahawa beliau (ibunya) bertanya Umma Salamah: “Apakah pakaian yang perlu dipakai oleh seseorang perempuan itu (ketika mahu bersembahyang)?” Ummu Salamah menjawab: “Dia perlu bersembahyang dengan memakai kain tudung dan baju yang labuh yang menutup kakinya.”

639 – حَدَّثَنَا مُجَاهِدُ بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ دِينَارٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ زَيْدٍ بِهَذَا الْحَدِيثِ قَالَ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ أَنَّهَا سَأَلَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتُصَلِّي الْمَرْأَةُ فِي دِرْعٍ وَخِمَارٍ لَيْسَ عَلَيْهَا إِزَارٌ قَالَ إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا

قَالَ أَبُو دَاوُد رَوَى هَذَا الْحَدِيثَ مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ وَبَكْرُ بْنُ مُضَرَ وَحَفْصُ بْنُ غِيَاثٍ وَإِسْمَعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ وَابْنُ أَبِي ذِئْبٍ وَابْنُ إِسْحَقَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ أُمِّهِ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ لَمْ يَذْكُرْ أَحَدٌ مِنْهُمْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَصَرُوا بِهِ عَلَى أُمِّ سَلَمَةَ

639 – Mujahid bin Musa meriwayatkan kepada kami, katanya: `Utsman bin `Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdur Rahman bin `Abdillah yakni Ibn Dinar meriwayatkan kepada kami hadits ini daripada Muhammad bin Zaid juga cuma beliau (`Abdur Rahman bin `Abdillah) berkata: Ibu Muhammad bin Qunfudz mengambil daripada Ummi Salamah bahawasanya beliau (Ummu Salamah) telah bertanya Nabi s.a.w: “Bolehkah seseorang perempuan itu bersembahyang dengan memakai baju labuh dan kain tudung dengan tidak ada lagi kain yang dipakai di sebelah dalamnya?”. Baginda bersabda: “Sekiranya baju itu labuh sehingga menutupi kakinya (maka boleh).”

Abu Daud berkata: Hadits ini telah diriwayatkan oleh Malik bin Anas, Bakr bin Mudhar, Hafsh bin Ghiats, Isma`il bin Ja`far, Ibn Abi Dzi’b, dan Ibn Is-haq daripada Muhammad bin Zaid daripada ibunya daripada Ummu Salamah tetapi tiada seorang pun antara mereka yang menyebutkan Nabi s.a.w bahkan mereka menghentikan (riwayat) pada Ummi Salamah (mauquf).

بَاب الْمَرْأَةِ تُصَلِّي بِغَيْرِ خِمَارٍ

Bab – Perempuan Bersembahyang Tanpa Memakai Tudung/Telekung

640 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا حَجَّاجُ بْنُ مِنْهَالٍ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ عَنْ صَفِيَّةَ بِنْتِ الْحَارِثِ عَنْ عَائِشَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ لَا يَقْبَلُ اللَّهُ صَلَاةَ حَائِضٍ[2] إِلَّا بِخِمَارٍ

قَالَ أَبُو دَاوُد رَوَاهُ سَعِيدٌ يَعْنِي ابْنَ أَبِي عَرُوبَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

640 – Muhammad bin Al-Mutsanna meriwayatkan kepada kami, katanya: Hajjaj bin Minhal meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Muhammad bin Sirin daripada Shafiyyah binti Al-Harits daripada `A’isyah daripada Nabi s.a.w bahawa Baginda bersabda: “Allah tidak menerima sembahyang seseorang perempuan yang telah berhaidh (baligh) kecuali dengan dia memakai kain tudung/telekung.”

Abu Daud berkata: Hadits ini telah diriwayatkan oleh Sa`id ya`ni Ibn Abi `Arubah daripada Qatadah daripada Al-Hasan daripada Nabi s.a.w

641 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ مُحَمَّدٍ أَنَّ عَائِشَةَ نَزَلَتْ عَلَى صَفِيَّةَ أُمِّ طَلْحَةَ الطَّلَحَاتِ فَرَأَتْ بَنَاتٍ لَهَا[3] فَقَالَتْ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ وَفِي حُجْرَتِي جَارِيَةٌ فَأَلْقَى إلي[4] حَقْوَهُ وَقَالَ لِي شُقِّيهِ بِشقَّتَيْنِ فَأَعْطِي هَذِهِ نِصْفًا وَالْفَتَاةَ الَّتِي عِنْدَ أُمِّ سَلَمَةَ نِصْفًا فَإِنِّي لَا أرَاهَا إِلَّا قَدْ حَاضَتْ أَوْ لَا أُرَاهُمَا إِلَّا قَدْ حَاضَتَا

قَالَ أَبُو دَاوُد وَكَذَلِكَ رَوَاهُ هِشَامٌ عَنْ[5] ابْنِ سِيرِينَ 

641 – Muhammad bin `Ubaid meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Zaid meriwayatkan kepada kami daripada Ayyub daripada Muhammad (Ibn Sirin) bahawa `A’isyah telah singgah di rumah Shafiyyah iaitu ibu kepada Thalhah bagi sekalian Thalhah, beliau pun melihat beberapa anak perempuannya dan berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah masuk ke rumahku yang mana pada ketika itu di dalam rumahku ada seorang gadis, Baginda mencampakkan kepadaku kainnya dan berkata: “Bahagikan dua kain itu dan berikan separuhnya kepada dia ni dan sebahagiannya lagi berikan kepada gadis yang berada di rumah Ummi Salamah. Ini kerana aku fikir dia sudah pun berhaidh (baligh) ataupun sabda Baginda: “Aku fikir kedua-dua mereka ni tentu sekali sudah berhaidh”.

Abu Daud berkata: Demikianlah Hisyam meriwayatkannya daripada Ibn Sirin.

 

بَاب مَا جَاءَ فِي السَّدْلِ فِي الصَّلَاةِ

Bab – Hadits-hadits Tentang “Sadl” di dalam Sembahyang

642 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ وَإِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى عَنْ ابْنِ الْمُبَارَكِ عَنْ الْحَسَنِ بْنِ ذَكْوَانَ عَنْ سُلَيْمَانَ الْأَحْوَلِ عَنْ عَطَاءٍ قَالَ إِبْرَاهِيمُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ السَّدْلِ فِي الصَّلَاةِ وَأَنْ يُغَطِّيَ الرَّجُلُ فَاهُ

642 – Muhammad bin Al`Ala’ dan Ibrahim bin Musa meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Al-Mubarak daripada Al-Hasan bin Dzakwan daripada Sulaiman Al-Ahwal daripada `Atha’, Ibrahim berkata daripada Abi Hurairah bahawa Rasulallah s.a.w melarang daripada “sadl” (melepaskan kain dengan terbuka dari atas ke bawah) dan Baginda juga melarang seseorang menutup mulutnya

643 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى بْنِ الطَّبَّاعِ حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ أَكْثَرُ[6] مَا رَأَيْتُ عَطَاءً يُصَلِّي سَادِلًا

قَالَ أَبُو دَاوُد رَوَاهُ عِسْلٌ عَنْ عَطَاءٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ السَّدْلِ فِي الصَّلَاةِ[7]

643 – Muhammad bin `Isa bin Ath-Thabba` meriwayatkan kepada kami, katanya: Hajjaj meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Juraij, beliau berkata: Seringkali saya melihat `Atha’ bersembahyang dengan melepaskan kain begitu.

Abu Daud berkata: Hadits ini telah diriwayatkan oleh `Isl daripada `Atha’ daripada Abi Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w melarang sadl di dalam sembahyang

[1] Dalam sesetengah nuskhah: يغطي

[2] Dalam sesetengah nuskhah: لا تقبل صلاة حائض

[3] Dalam sesetengah nuskhah: بنات له

[4] Dalam sesetengah nuskhah: فألقى لي

[5] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: محمد

[6] Dalam sesetengah nuskhah: كثيرا

[7] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: قال أبو داؤد وهذا يضعف ذلك الحديث

Leave a comment