Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 10 – Bab – Membina Masjid

VIDEO – [Durasi –  6m 43s] – Sesi 10 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/59z44Sm0u-I ]

VIDEO – [Durasi – 1j 29m 18s] – Sesi 10 – Membina Masjid – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/6DJIYMRAa9E ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan hadith

2- 15:00 : Sanad hadith ini

3- 16:32 : Maksud sabda Nabi, “Aku tidak disuruh supaya meninggikan (menghiasi) masjid-masjid”

4- 42:31 : Maksud kiamat tidak akan berlaku selagi manusia tidak bermegah-megah dengan masjid

5- 52:34 : Boleh buat gereja sebagai masjid

6- 59:02 : Ada perbezaan sanad Muhammad bin Yahya dengan Mujahid bin Musa

7- 01:04:04 : Binaan Masjid Nabawi semasa para Sahabat Nabi s.a.w

8- 01:06:59 : Sanad riwayat Atiyah adalah dhaif

9- 01:14:04 : Binaan masjid semasa Sahabat nabi

10- 01:19:04 : Nabi s.a.w membeli kebun untuk membuat masjid

11- 01:25:23 : Perbezaan hadith ini dengan hadith sebelumnya

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب فِي بِنَاءِ الْمَسجِدِ

Bab – Tentang Membina Masjid 

446 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ بْنِ سُفْيَانَ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ سُفْيَانَ يعنى الثَّوْرِيِّ عَنْ أَبِي فَزَارَةَ عَنْ يَزِيدَ بْنِ الْأَصَمِّ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أُمِرْتُ بِتَشْيِيدِ الْمَسَاجِدِ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ لَتُزَخْرِفُنَّهَا كَمَا زَخْرَفَتْ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى

446 – Muhammad bin As-Shabah bin Sufyan meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan bin `Uyainah meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan Ats-Tsauri daripada Abi Fazarah daripada Yazid bin Al-Asham daripada Ibn `Abbas, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Aku tidak diperintahkan supaya membangunkan masjid-masjid”. Ibn `Abbas berkata: “Kamu pasti akan menghiasinya sepertimana orang-orang Yahudi dan Nashara telah menghiasi (yakni biara-biara dan gereja mereka).”

447 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْخُزَاعِيُّ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَنَسٍ وَقَتَادَةُ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِي الْمَسَاجِدِ

447 – Muhammad bin `Abdullah Al-Khuza`i meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Salamah meriwayatkan kepada kami daripada Ayyub daripada Abi Qilabah daripada Anas dan Qatadah daripada Anas bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Kiamat tidak akan berlaku sehinggalah manusia bermegah-megah dengan masjid”.

448 – حَدَّثَنَا رَجَاءُ بْنُ الْمُرَجَّى حَدَّثَنَا أَبُو هَمَّامٍ الدَّلَّالُ مُحَمَّدُ بْنُ مُحَبَّبٍ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ السَّائِبِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عِيَاضٍ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي الْعَاصِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُ أَنْ يَجْعَلَ مَسْجِدَ الطَّائِفِ حَيْثُ كَانَ طَوَاغِيتُهُمْ

448 – Raja’ bin Al-Murajja meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Hammam ad-Dallal iaitu Muhammad bin Muhabbab telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sa’id bin Sa’ib meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin `Abdillah bin `Iyadh daripada `Utsman bin Abu Al-`Ash bahawa Nabi s.a.w menyuruhnya supaya membina masjid Tha’if di tempat yang mana sebelumnya diletakkan berhala-berhala mereka.

449 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ فَارِسٍ وَمُجَاهِدُ بْنُ مُوسَى وَهُوَ أَتَمُّ قَالَا حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا أَبِي عَنْ صَالِحٍ حَدَّثَنَا نَافِعٌ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ أَخْبَرَهُ أَنَّ الْمَسْجِدَ كَانَ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَبْنِيًّا بِاللَّبِنِ وَالْجَرِيدِوَعُمُدهُ قَالَ مُجَاهِدٌ وَعُمُدُهُ مِنْ خَشَبِ النَّخْلِ فَلَمْ يَزِدْ فِيهِ أَبُو بَكْرٍ شَيْئًا وَزَادَ فِيهِ عُمَرُ وَبَنَاهُ عَلَى بِنَائِهِ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِاللَّبِنِ وَالْجَرِيدِ وَأَعَادَ عمدَهُ قَالَ مُجَاهِدٌ عمدَهُ خَشَبًا وَغَيَّرَهُ عُثْمَانُ فَزَادَ فِيهِ زِيَادَةً كَثِيرَةً وَبَنَى جِدَارَهُ بِالْحِجَارَةِ الْمَنْقُوشَةِ وَالْقَصَّةِ وَجَعَلَ عمدَهُ مِنْ حِجَارَةٍ مَنْقُوشَةٍ وَسَقّفَهُ بِالسَّاجِ قَالَ مُجَاهِدٌ وَسَقْفُهُ السَّاجَ

قَالَ أَبُو دَاوُد الْقَصَّةُ الْجِصُّ

449 – Muhammad bin Yahya bin Faris dan Mujahid bin Musa – riwayat beliau lebih sempurna – mereka berdua meriwayatkan kepada kami, katanya: Ya`qub bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayahku meriwayatkan kepadaku daripada Shalih, katanya: Nafi` meriwayatkan kepada kami bahawa `Abdallah bin `Umar telah memberitahunya: “Sesungguhnya masjid di zaman Rasulullah s.a.w dibina dengan bata mentah (yang tidak dibakar) dan pelepah tamar dan tiang-tiangnya.” Mujahid berkata: “Tiang-tiangnya dari kayu pokok tamar. Abu Bakr tidak menambahkan apa-apa pada masjid yang telah dibina oleh Nabi s.a.w, tetapi `Umar ada menambahkannya, dibinanya mengikut binaan yang terdapat di zaman Rasulillah s.a.w dengan bata mentah dan pelepah tamar, beliau juga telah memasang tiang-tiang baru”. Mujahid mengatakan: “Tiang-tiangnya dari kayu”. `Utsman pula telah mengubahnya dan menambahkan banyak pengubahan. Beliau telah membina dindingnya dengan batu yang berukir dan sesuatu  seperti simen, beliau juga membuat tiang-tiangnya dari batu yang berukir, bumbungnya disiapkan dengan kayu jati”. Mujahid berkata: “Bumbungnya ialah kayu jati.”

Abu Daud berkata: الْقَصَّةُ  ialah sejenis kapur atau simen putih pada zaman itu untuk melekatkan batu-bata.

450 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى عَنْ شَيْبَانَ عَنْ فِرَاسٍ عَنْ عَطِيَّةَ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قال إنَّ مَسْجِدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَتْ سَوَارِيهِ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ جُذُوعِ النَّخْلِ أَعْلَاهُ مُظَلَّلٌ بِجَرِيدِ النَّخْلِ ثُمَّ إِنَّهَا نَخِرَتْ فِي خِلَافَةِ أَبِي بَكْرٍ فَبَنَاهَا بِجُذُوعِ النَّخْلِ وَبِجَرِيدِ النَّخْلِ ثُمَّ إِنَّهَا نَخِرَتْ فِي خِلَافَةِ عُثْمَانَ فَبَنَاهَا بِالْآجُرِّ فَلَمْ تَزَلْ ثَابِتَةً حَتَّى الْآنَ

450 – Muhammad bin Hatim meriwayatkan kepada kami, katanya: `Ubaidullah bin Musa meriwayatkan kepada kami daripada Syaiban daripada Firas daripada `Athiyyah daripada Ibn `Umar, beliau berkata: “Sesungguhnya masjid Nabi s.a.w ketika zaman Rasulillah s.a.w, tiangnya dari batang pokok tamar, bahagian atasnya ditutupi dengan pelepah tamar kemudian batang pokok tamar tersebut menjadi buruk di zaman pemerintahan Abi Bakr lalu beliau membinanya dengan batang pokok tamar (yang lain) dan (atapnya) dengan pelepah tamar. Tiang tersebut menjadi buruk sekali lagi di zaman pemerintahan `Utsman, beliau pun membinanya dengan batu-bata yang dibakar”. (perawi berkata): “Binaannya itu terus kekal hingga sekarang (zaman perawi).”

451 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ لمّا قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَنَزَلَ فِي عُلْوِ الْمَدِينَةِ فِي حَيٍّ يُقَالُ لَهُمْ بَنُو عَمْرِو بْنِ عَوْفٍ فَأَقَامَ فِيهِمْ أَرْبَعَ عَشْرَةَ لَيْلَةً ثُمَّ أَرْسَلَ إِلَى بَنِي النَّجَّارِ فَجَاءُوا مُتَقَلِّدِينَ سُيُوفَهُمْ فَقَالَ أَنَسٌ فَكَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى رَاحِلَتِهِ وَأَبُو بَكْرٍ رِدْفُهُ وَمَلَأُ بَنِي النَّجَّارِ حَوْلَهُ حَتَّى أَلْقَى بِفِنَاءِ أَبِي أَيُّوبَ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي حَيْثُ أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةُ وَيُصَلِّي فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ وَإِنَّهُ أمرَ بِبِنَاءِ الْمَسْجِدِ فَأَرْسَلَ إِلَى بَنِي النَّجَّارِ فَقَالَ يَا بَنِي النَّجَّارِ ثَامِنُونِي بِحَائِطِكُمْ هَذَا فَقَالُوا وَاللَّهِ لَا نَطْلُبُ ثَمَنَهُ إِلَّا إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ قَالَ أَنَسٌ وَكَانَ فِيهِ مَا أَقُولُ لَكُمْ كَانَتْ فِيهِ قُبُورُ الْمُشْرِكِينَ وَكَانَتْ فِيهِ خِرَبٌ وَكَانَ فِيهِ نَخْلٌ فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقُبُورِ الْمُشْرِكِينَ فَنُبِشَتْ وَبِالْخٍرَبِ فَسُوِّيَتْ وَبِالنَّخْلِ فَقُطِعَ فَصفّف النَّخْلَ قِبْلَةَ الْمَسْجِدِ وَجَعَلُوا عِضَادَتَيْهِ حِجَارَةً وَجَعَلُوا يَنْقُلُونَ الصَّخْرَ وَهُمْ يَرْتَجِزُونَ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَعَهُمْ وَهُوَ يَقُولُ اللَّهُمَّ لَا خَيْرَ إِلَّا خَيْرُ الْآخِرَهْ فَانْصُرْ الْأَنْصَارَ وَالْمُهَاجِرَهْ

451 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Warits meriwayatkan kepada kami daripada Abi At-Tayyah daripada Anas bin Malik, katanya: “Apabila Rasulullah s.a.w datang ke Madinah, baginda berhenti di suatu kawasan atas Madinah yang dipanggil “perkampungan Bani `Amr bin `Auf”, baginda berada di situ selama 14 malam kemudian baginda menghantar utusan kepada Bani An-Najjar, mereka pun datang dengan melekatkan pedang di tubuh mereka (berpakaian lengkap).” Anas berkata: “Saya masih lagi terbayang-bayang Rasulullah berada di atas kenderaannya sementara Abu Bakr pula duduk di belakangnya (membonceng) dan pembesar-pembesar Banu An-Najjar pula berada di sekeliling baginda sehinggalah kenderaan baginda s.a.w berhenti di halaman Abi Ayyub Al-Anshari. (Pada masa itu) Rasulullah s.a.w bersembahyang di mana sahaja baginda berada (di mana baginda sempat bersembahyang maka di situlah baginda menunaikan sembahyang), baginda juga bersembahyang di kandang kambing. Dan baginda s.a.w memerintahkan/diperintahkan supaya dibina/membina masjid maka baginda menghantar utusan kepada Bani An-Najjar. Baginda berkata: “Wahai Banu an-Najjar, letaklah harga kebun kamu ini kepadaku”. Mereka berkata: “Demi Allah, kami tidak mahu harganya kecuali menyerahkannya kepada Allah.” Anas berkata: “Di dalam kebun itu ada sesuatu yang saya akan ceritakan kepada kamu, di dalamnya terdapat kubur-kubur orang musyrikin,  runtuhan tanah yang berlubang-lubang dan ada pokok-pokok tamar. Rasulullah s.a.w pun memerintahkan supaya dibongkar kubur-kubur tersebut dan diratakakan tanah yang berlubang-lubang manakala pokok-pokok tamar diperintahkan supaya di tebang lalu diatur batang pokok tamar itu di sebelah qiblat masjid. Mereka membuat kerangka pintu masjid itu dari batu dan memindahkan batu besar sambil mengungkapkan rajaz, ketika itu Nabi s.a.w ada bersama mereka, baginda berkata: “Ya Allah, tiada kebaikan sejati  melainkan kebaikan akhirat. Tolonglah Anshar dan Muhajirah.”

452 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ مَوْضِعُ الْمَسْجِدِ حَائِطًا لِبَنِي النَّجَّارِ فِيهِ حَرْثٌ وَنَخْلٌ وَقُبُورُ الْمُشْرِكِينَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَامِنُونِي بِهِ فَقَالُوا لَا نَبْغِي فَقُطِعَ النَّخْلُ وَسُوِّيَ الْحَرْثُ وَنُبِشَ قُبُورُ الْمُشْرِكِينَ وَسَاقَ الْحَدِيثَ وَقَالَ فَاغْفِرْ مَكَانَ فَانْصُرْ قَالَ مُوسَى وَحَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ بِنَحْوِهِ وَكَانَ عَبْدُ الْوَارِثِ يَقُولُ خَرِبٌ وَزَعَمَ عَبْدُ الْوَارِثِ أَنَّهُ أَفَادَ حَمَّادًا هَذَا الْحَدِيثَ

452 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Salamah meriwayatkan kepada kami daripada Abi At-Tayyah daripada Anas bin Malik, katanya: “Tempat masjid yang ada ini, dahulunya adalah sebuah kebun kepunyaan Bani An-Najjar yang mana terdapat tanaman di dalamnya, pokok tamar dan kubur-kubur orang musyrikin”. Rasulullah s.a.w pun berkata: “Sebutkanlah harganya kepadaku”. Mereka menjawab: “Kami tidak mahu (harganya)”. Setelah itu, ditebang pokok tamar dan diratakan kawasan tanaman manakala kubur-kubur orang musyrikin dibongkar, seterusnya demikianlah hadits (yang dikemukakan oleh perawi) dan dia berkata: فَاغْفِرْ  di tempat فَانْصُرْ. Musa berkata: `Abdul Warits juga telah meriwayatkan hadits ini sama dari segi ma`nanya tetapi `Abdul Warits mengatakan خَرِبٌ  di tempat حَرْثٌ , `Abdul Warits mengatakan bahawa dialah yang telah memberitahu hadits ini kepada Hammad.

 

Leave a comment