Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 15 – Bab – Larangan Bersembahyang Di kandang Unta & Bab – Bilakah Kanak-Kanak Disuruh Bersembahyang

VIDEO – [Durasi – 5m 7s] – Sesi 15 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Wi2MYIDCtWU ]

VIDEO – [Durasi – 1j 20m 0s] -Sesi 15 – Larangan bersembahyang di kandang unta – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Jcx1x-IAnbI ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadith

2- 12:37 : Bab: Larangan bersembahyang di kandang unta

3- 47:45 : Bilakah perlu disuruh kanak-kanak sembahyang?

4- 01:13:55 : Sanad riwayat hadith kedua

5- 01:17:27 : Sanad riwayat hadith ketiga

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب النَّهْيِ عَنْ الصَّلَاةِ فِي مَبَارِكِ الْإِبِلِ

Bab – Larangan Bersembahyang di Kandang Unta

491 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الرَّازِيِّ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّلَاةِ فِي مَبَارِكِ الْإِبِلِ فَقَالَ لَا تُصَلُّوا فِي مَبَارِكِ الْإِبِلِ فَإِنَّهَا مِنْ الشَّيَاطِينِ وَسُئِلَ عَنْ الصَّلَاةِ فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ فَقَالَ صَلُّوا فِيهَا فَإِنَّهَا بَرَكَةٌ

491 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Mu`awiyah meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-A`masy meriwayatkan kepada kami daripada `Abdillah bin `Abdillah Ar-Razi daripada `Abdir Rahman bin Abi Laila daripada Al-Bara’ bin `Azib, katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang bersembahyang di kandang unta, baginda bersabda: “Janganlah kamu  bersembahyang di kandang unta kerana sesungguhnya ia daripada syaithan”. Baginda juga ditanya tentang bersembahyang di kandang kambing, baginda menjawab: “Bersembahyanglah kamu di situ kerana sesungguhnya ia adalah barakah”.

بَاب مَتَى يُؤْمَرُ الْغُلَامُ بِالصَّلَاةِ

Bab – Bilakah Kanak-Kanak Disuruh Bersembahyang?

492 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى يَعْنِي ابْنَ الطَّبَّاعِ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا الصَّبِيَّ بِالصَّلَاةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا

492 – Muhammad bin `Isa iaitu Ibn At-Thabba` meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibrahim bin Sa`d meriwayatkan kepada kami daripada `Abdil Malik bin Ar-Rabi` bin Sabrah daripada ayahnya daripada datuknya, katanya: Nabi s.a.w bersabda: “Suruhlah kanak-kanak bersembahyang apabila sampai umurnya tujuh tahun dan apabila telah berumur sepuluh tahun maka pukullah dia kerana meninggalkannya”.

493 – حَدَّثَنَا مُؤَمَّلُ بْنُ هِشَامٍ يَعْنِي الْيَشْكُرِيَّ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ عَنْ سَوَّارٍ أَبِي حَمْزَةَ قَالَ أَبُو دَاوُد وَهُوَ سَوَّارُ بْنُ دَاوُدَ أَبُو حَمْزَةَ الْمُزَنِيُّ الصَّيْرَفِيُّ عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

493 – Mu’ammal bin Hisyam iaitu Al-Yasykuri meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma`il meriwayatkan kepada kami daripada Sawwar daripada Abi Hamzah – Abu Berkata: Dia ialah Sawwar bin Daud iaitu Abu Hamzah Al-Muzani Ash-Shairafi – daripada `Amr bin Syu`aib daripada ayahnya daripada datuknya, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada ketika mereka sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur di antara mereka”.

494 – حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنِي دَاوُدُ بْنُ سَوَّارٍ الْمُزَنِيُّ بِإِسْنَادِهِ وَمَعْنَاهُ وَزَادَ وَإِذَا زَوَّجَ أَحَدُكُمْ خَادِمَهُ عَبْدَهُ أَوْ أَجِيرَهُ فَلَا ينظر إِلَى مَا دُونَ السُّرَّةِ وَفَوْقَ الرُّكْبَةِ قَالَ أَبُو دَاوُد وَهِمَ وَكِيعٌ فِي اسْمِهِ وَرَوَى عَنْهُ أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ هَذَا الْحَدِيثَ فَقَالَ حَدَّثَنَا أَبُو حَمْزَةَ سَوَّارٌ الصَّيْرَفِيُّ

494 – Zuhair bin Harb meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki` meriwayatkan kepada kami, katanya: Daud bin Sawwar Al-Muzani [1] meriwayatkan kepada saya dengan sanadnya sama dari segi maknanya dengan hadits yang tersebut sebelum ini (Mu’ammal bin Hisyam) cuma  dia menambah: “Apabila seseorang kamu menikahkan khadamnya dengan hambanya atau pekerjanya, maka tidak boleh dilihat bahagian bawah pusat dan atas lututnya.”

Abu Daud telah keliru berhubung namanya. Abu Daud At-Thayalisi telah meriwayatkan hadits ini daripadanya (Sawwar) dengan katanya: Abu Hamzah iaitu Sawwar Ash-Shairafi telah meriwayatkan kepadanya.

495 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْمَهْرِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أخبرنى هِشَامُ بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنِي مُعَاذُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ الْجُهَنِيُّ قَالَ دَخَلْنَا عَلَيْهِ فَقَالَ لِامْرَأَتِهِ مَتَى يُصَلِّي الصَّبِيُّ فَقَالَتْ كَانَ رَجُلٌ مِنَّا يَذْكُرُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ سُئِلَ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ إِذَا عَرَفَ يَمِينَهُ مِنْ شِمَالِهِ فَمُرُوهُ بِالصَّلَاةِ

495 – Sulaiman bin Daud Al-Mahri meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami, katanya: Hisyam bin Sa`d meriwayatkan kepada kami, katanya: Mu`adz bin `Abdillah bin Hubaib Al-Juhani meriwayatkan kepada saya, katanya (Hisyam): Pernah kami masuk untuk bertemu dengannya (Mu`adz), lalu beliau berkata kepada isterinya: “Bilakah kanak-kanak bersembahyang?”. Isterinya berkata: “Ada seorang lelaki dari kalangan kami menyebutkan daripada Rasulillah s.a.w bahawa baginda pernah ditanya tentang perkara ini, baginda menjawab: “Apabila kanak-kanak itu sudah dapat membezakan tangan kanan dan kirinya maka suruhlah dia bersembahyang.”

[1] Sebetulnya ialah Sawwar bin Daud Al-Muzani

 

 

 
 
 
 
 

Leave a comment