Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 24 – Bab – Keluar Daripada Masjid Selepas Azan & Bab – Berkenaan Muazzin Menunggu Imam & Bab – Berkenaan Taswir (Mengulangi sesuatu yang telah disebut)

VIDEO – [Durasi – 5m 15s] -Sesi 24 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/DDxD98crWUY ]

VIDEO – [Durasi – 1j 14m 19s] – Sesi 24 – Keluar masjid selepas azan & Mu’azzin menunggu Imam &Taswir – [Sunan Abi Daud-Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/So0kbq-wVHA ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadith

2- 09:04 : Bab – Keluar masjid selepas azan

3- 23:29 : Sanad hadith ini ada perawi Abu as-Sya’tsa’

4- 26:04 : Bab – Mu’azzin menunggu Imam

5- 29:28 : Sanad hadith ini ada perawi Syababah yang berfahaman Murji’ah

6- 32:13 : Fahaman Murji’ah

7- 45:02 : Bab – Taswir (Mengulangi sesuatu yang telah disebut) dan perkara bid’ah

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب الْخُرُوجِ مِنْ الْمَسْجِدِ بَعْدَ الْأَذَانِ

Bab –  Keluar Dari Masjid Selepas Dikumandangkan Adzan

535 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أخبرنا سُفْيَانُ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ الْمُهَاجِرِ عَنْ أَبِي الشَّعْثَاءِ قَالَ كُنَّا مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ فِي الْمَسْجِد قالِ فَخَرَجَ رَجُلٌ حِينَ أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ لِلْعَصْرِ[1] فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ أَمَّا هَذَا فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

535 – Muhammad  bin Katsir meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Ibrahim bin Al-Muhajir daripada Abi Asy-Sya`tsa’, beliau berkata: Kami pernah bersama Abi Hurairah di dalam masjid, beliau menambah lagi: Kemudian ada seseorang keluar ketika mu’dzdzin mengumandangkan adzan untuk sembahyang ‘Ashar lalu Abu Hurairah pun berkata: Adapun dia ini sesungguhnya telah derhaka kepada Abal Qashim s.a.w

بَاب فِي الْمُؤَذِّنِ يَنْتَظِرُ الْإِمَامَ

Bab – Tentang Mu’adzdzin Menunggu Imam

536 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا شَبَابَةُ عَنْ إِسْرَائِيلَ عَنْ سِمَاكٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ كَانَ بِلَالٌ يُؤَذِّنُ ثُمَّ يُمْهِلُ فَإِذَا رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ خَرَجَ أَقَامَ الصَّلَاةَ

536 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syababah meriwayatkan kepada kami daripada Isra’il daripada Simak daripada Jabir bin Samurah, beliau berkata: Bilal beradzan kemudian menunggu seketika, apabila beliau nampak Nabi s.a.w telah keluar barulah dia iqamat untuk sembahyang.

بَاب فِي التَّثْوِيبِ[2]

Bab – Tentang Tatswib

537 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أخبرنا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا أَبُو يَحْيَى الْقَتَّاتُ عَنْ مُجَاهِدٍ قَالَ كُنْتُ مَعَ ابْنِ عُمَرَ[3] فَثَوَّبَ رَجُلٌ فِي الظُّهْرِ أَوْ الْعَصْرِ قَالَ[4]  اخرِجْ بِنَا فَإِنَّ هَذِهِ بِدْعَةٌ

537 – Muhammad bin Katsir meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Yahya Al-Qattat meriwayatkan kepada kami daripada Mujahid, beliau berkata: Kami pernah bersama Ibn `Umar tiba-tiba ada orang yang melakukan tatswib pada ketika mahu sembahyang Zohor atau `Ashar, beliau berkata: Bawa kami keluar kerana ini adalah bid`ah.

[1] Dalam sesetengah nuskhah: بالعصر

[2] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: فى الظهر

[3] Dalam sesetengah nuskhah: عبدالله بن عمر

[4] Dalam sesetengah nuskhah: فقال

Leave a comment