VIDEO – [Durasi – 4m 0s] – Sesi 25 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/b1uSPIZjLzc ]
VIDEO – [Durasi – 1j 16m 28s] -Sesi 25 – Iqamah untuk sembahyang sedangkan imam belum datang – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/1WT1KPvkbdQ ]
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1- 00:06 : Terjemahan matan hadith
2- 07:07 : Bab: Iqamah untuk sembahyang sedangkan imam belum datang lagi
3- 31:00 : Hadith kedua ada sebut ‘Qad Kharajtu’
4- 37:03 : Hadith ketiga ada dua sanad
5- 41:10 : Iqamah untuk imam bukan untuk ma’mum
6- 44:09 : Bolehkah bercakap selepas iqamah?
7- 48:51 Berdiri menunggu imam lama adalah “samud” (makruh)
8- 57:43 : Imam bercakap selepas iqamah, ma’mum boleh menunggu dalam keadaan duduk
9- 01:04:51 : Hadith ketujuh ada perawi Musa bin Uqbah, dan Salim Abi an-Nadhir. Riwayat ini adalah mursal.
10- 01:10:01 : Boleh dita’khir (dilewatkan) solat sedikit kerana ramai ma’mum
11- 01:13:06 : Sanad hadith ini ada perawi Abu Mas’ud az-Zuraqiy
MATAN HADITH
SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG
بَاب فِي الصَّلَاةِ تُقَامُ وَلَمْ يَأْتِ الْإِمَامُ يَنْتَظِرُونَهُ قُعُودًا
Bab – Tentang Sembahyang Yang Diiqamatkan Tetapi Imam Belum Datang Mereka Perlu Menunggu Imam Sambil Duduk
538 – حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ قَالَا حَدَّثَنَا أَبَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَلَا تَقُومُوا حَتَّى تَرَوْنِي
قَالَ أَبُو دَاوُد وَهَكَذَا رَوَاهُ أَيُّوبُ وَحَجَّاجٌ الصَّوَّافُ عَنْ يَحْيَى وَهِشَامٍ الدَّسْتوَائِيِّ قَالَ كَتَبَ إِلَيَّ يَحْيَى وَرَوَاهُ مُعَاوِيَةُ بْنُ سَلَّامٍ وَعَلِيُّ بْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ يَحْيَى وَقَالَا فِيهِ حَتَّى تَرَوْنِي وَعَلَيْكُمْ السَّكِينَةَ
538 – Muslim bin Ibrahim dan Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, mereka berkata: Aban meriwayatkan kepada kami daripada Yahya daripada `Abdillah bin Abi Qatadah daripada ayahnya daripada Nabi s.a.w, sabda baginda: “Apabila sembahyang telah diiqamatkan untuk sembahyang maka janganlah kamu berdiri sehingga kamu nampak aku.”
Abu Daud berkata: Demikianlah Ayyub dan Hajjaj Ash-Shawwaf meriwayatkannya daripada Yahya. Manakala Hisyam Ad-Dastawa’i berkata: Yahya telah menulis hadits ini kepada saya, hadits ini telah diriwayatkan oleh Mu`awiyah bin Sallam dan `Ali Al-Mubarak daripada Yahya dan kedua-dua mereka ini di dalam riwayatnya mengatakan: حَتَّى تَرَوْنِي وَعَلَيْكُمْ السَّكِينَةَ sehingga kamu nampak aku dan kamu terus berada dalam keadaan tenang.
