Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 34 – Bab – Orang Yang Menjadi Imam Kepada Orang Ramai Padahal Dia Telah Mengerjakan Sembahyang Itu

VIDEO – [Durasi – 6m 46s] – Sesi 34 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/YisdvOXvYco ]

VIDEO – [Durasi – 1j 0m 5s] – Sesi 34 – Jadi imam padahal dia telah menunaikan sembahyang itu – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/D0h385U7wc0 ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:07 : Terjemahan matan hadith

2- 12:05 : Bab – Orang yang menjadi imam kepada orang ramai padahal dia telah menunaikan sembahyang tersebut

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب إِمَامَةِ مَنْ صلى بِقَوْمٍ وَقَدْ صَلَّى تِلْكَ الصَّلَاةَ

Bab  – Seseorang Yang Mengimamkan Orang Ramai Sedangkan Dia Telah Menunaikan Sembahyang Tersebut

598 – حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ بْنِ مَيْسَرَةَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مِقْسَمٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ كَانَ يُصَلِّي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِشَاءَ ثُمَّ يَأْتِي قَوْمَهُ فَيُصَلِّي بِهِمْ تِلْكَ الصَّلَاةَ

598 – `Ubaidullah bin `Umar bin Maisarah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Sa`id meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin `Ajlan, katanya: `Ubaidullah bin Miqsam meriwayatkan kepada kami daripada Jabir bin `Abdillah bahawa Mu`adz bin Jabal bersembahyang   `Isya’ bersama Rasulillah s.a.w kemudian beliau pulang kepada kaumnya lalu mengimamkan sembahyang mereka itu.

599 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ إِنَّ مُعَاذًا كَانَ يُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ يَرْجِعُ فَيَؤُمُّ قَوْمَهُ

599 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada `Amr bin Dinar bahawa beliau telah mendengar Jabir bin `Abdillah berkata: Sesungguhnya Mu`adz selalu bersembahyang bersama Nabi s.a.w kemudian beliau pulang lalu menjadi imam kepada kaumnya.

 

Leave a comment