Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 41 – Bab Melabuhkan Kain Ketika Sembahyang


VIDEO – [Durasi – 8m 9s] – Sesi 41 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/_MspqDuvBDk ]

 

VIDEO – [Durasi – 1j 6m 33s] -Sesi 41 – Jika pakaian itu sempit atau pendek – [Sunan Abi Daud – Kitab Solat]
 
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/pAQRU1TZcnE ]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:08 : Terjemahan matan hadith

2- 19:28 : Bab: Jika pakaian itu sempit atau pendek

3- 25:22 : Sikap Sahabat rhum. ialah sentiasa mengambil berat tentang agama

4- 26:33 : Pendapat Imam Hanafi sembahyang sunat tidak perlu ajak orang lain untuk berjemaah

5- 27:30 : Sembahyang sunat boleh juga berjamaah jika ada nas

6- 29:25 : Hendaklah tutup aurat bila bersembahyang

7- 32:25 : Bergerak dalam sembahyang tidak membatalkan sembahyang

8- 35:57 : Lebih afdhal duduk sebelah kanan jika sembahyang dua orang bagi makmum

9- 39:03 : Tidak wajib tutup bahu ketika sembahyang

10- 41:17 : Bab: Melabuhkan pakaian ketika sembahyang

11- 48:17 : Khilaf para ulama’ tentang Nabi s.a.w. suruh seorang Sahabat berulang kali mengambil wuduk

12- 51:57 : Sanad hadith ada perawi Asim, sanad Syaz

13- 55:07 : Maksud ungkapan, “Halal dan haram adalah daripada Allah”

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD – KITAB TENTANG SEMBAHYANG 

بَاب الْإِسْبَالِ فِي الصَّلَاةِ

Bab –  Melabuhkan Kain Ketika Bersembahyang

634 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا أَبَانُ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ أَبِي جَعْفَرٍ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ يُصَلِّي مُسْبِلًا إِزَارَهُ إِذْ قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اذْهَبْ فَتَوَضَّأْ فَذَهَبَ فَتَوَضَّأَ ثُمَّ جَاءَ ثُمَّ قَالَ اذْهَبْ فَتَوَضَّأْ فَذَهَبَ فَتَوَضَّأَ ثُمَّ جَاءَ فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا لَكَ أَمَرْتَهُ أَنْ يَتَوَضَّأَ[1] قَالَ[2] إِنَّهُ كَانَ يُصَلِّي وَهُوَ مُسْبِلٌ إِزَارَهُ وَإِنَّ اللَّهَ جل ذكره[3] لَا يَقْبَلُ صَلَاةَ رَجُلٍ مُسْبِلٍ إِزَارَهُ

634 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Aban meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Abi Ja`far daripada `Atha’ bin Yasar daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Pernah ketika seseorang sedang bersembahyang dengan melabuhkan kainnya, tiba-tiba Rasulullah s.a.w berkata kepadanya: “Pergilah berwudhu’,” orang itupun pergi lalu berwudhu’ kemudian datang kembali. Baginda berkata lagi: “Pergilah berwudhu’,” orang itupun pergi lalu berwudhu’ dan datang kembali. Kemudian ada seseorang yang berkata kepada Baginda: “Wahai Rasulallah, kenapa engkau asyik suruh dia berwudhu’?”, Baginda menjawab: “Sesungguhnya dia bersembahyang dengan melabuhkan kainnya, Allah Jalla Zikruhu tidak menerima sembahyang seseorang yang melabuhkan kainnya.”

635 – حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ أَخْزَمَ حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ عَنْ أَبِي عَوَانَةَ عَنْ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ أَسْبَلَ إِزَارَهُ فِي صَلَاتِهِ خُيَلَاءَ فَلَيْسَ مِنْ اللَّهِ جل ذكره فِي حِلٍّ وَلَا حَرَامٍ

قَالَ أَبُو دَاوُد رَوَى هَذَا جَمَاعَةٌ عَنْ عَاصِمٍ مَوْقُوفًا عَلَى ابْنِ مَسْعُودٍ مِنْهُمْ حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ وَحَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ وَأَبُو الْأَحْوَصِ وَأَبُو مُعَاوِيَةَ

635 – Zaid bin Akhzam meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Daud meriwayatkan kepada kami daripada Abi `Awanah daripada `Ashim daripada `Utsman daripada Ibn Mas`ud, beliau berkata: Saya telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang melabuhkan kainnya di dalam sembahyang dengan sombong maka dia tidak mendapat jaminan halal dan haram daripada Allah Jalla Zikruh.”

Abu Daud berkata: Sekumpulan perawi telah meriwayatkan hadits ini daripada `Ashim secara mauquf pada Ibn Mas`ud. Antara mereka ialah Hammad bin Salamah, Hammad bin Zaid, Abu Al-Ahwash dan Abu Mu`awiyah,

بَاب من قال يتزر به إذا كان ضيقا

Bab – Orang Yang Berpendapat Seseorang Perlu Memakai Sebagai Kain Sekiranya Kain Tersebut Pendek/Singkat

636 –  حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْ قَالَ قَالَ عُمَرُ إِذَا كَانَ لِأَحَدِكُمْ ثَوْبَانِ فَليُصَلِّ فِيهِمَا فَإِنْ لَمْ يَكُنْ إِلَّا ثَوْبٌ وَاحِدٌ فَلْيَتَّزِرْ بِهِ وَلَا يَشْتَمِلْ اشْتِمَالَ الْيَهُودِ

636 – Sulaiman bin Harb meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Zaid meriwayatkan kepada kami daripada Ayyub daripada Nafi` daripada Ibn `Umar, beliau berkata: Rasulullah s.a.w atau `Umar ada berkata: Sekiranya seseorang kamu mempunyai dua helai kain maka hendaklah dia menggunakan kedua-duanya ketika bersembahyang tetapi jika dia hanya mempunyai sehelai kain sahaja maka hendaklah dia menggunakannya sebagai kain dan janganlah dia berselimut seperti orang-orang Yahudi berselimut.”

637 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى الذُّهلِيُّ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا أَبُو تُمَيْلَةَ حَدَّثَنَا أَبُو الْمُنِيبِ عبد اللَّهِ[4] الْعَتَكِيُّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يُصَلّى فِي لِحَافٍ لَا يتَوَشَّحُ بِهِ وَالْآخَرُ أَنْ يصلى فِي سَرَاوِيلَ وَلَيْسَ عَلَيْكَ رِدَاءٌ

637 – Muhammad bin Yahya bin Faris Adz-Dzuhali meriwayatkan kepada kami, katanya: Sa`id bin Muhammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Tumailah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Al-Munib iaitu `Abdullah Al-`Ataki meriwayatkan kepada kami dariapda `Abdillah bin Buraidah daripada ayahnya, beliau berkata: Rasulullah s.a.w melarang seseorang bersembahyang di dalam satu kain selimut tebal yang mana dia tidak dapat berselimut dengannya dan seperkara lagi (yang dilarang) iaitu seseorang bersembahyang dengan memakai seluar tetapi tidak ada selimut (yang menutup seluar itu).”

[1] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: ثم سكت عنه

[2] Dalam sesetengah nuskhah: فقال

[3] Dalam sesetengah nuskhah: تعالى

[4] Dalam sesetengah nuskhah: عبيدالله

Leave a comment