Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah – Sesi 12 – Bab – Bagaimana Seseorang Menggosok Gigi & Berus Gigi Dengan Berus Gigi Orang Lain & Membasuh berus gigi & Memberus Gigi Adalah Sebahagian Dari Ajaran Agama

VIDEO – [Durasi – 4m 13s] – Sesi 12 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/UHXSYrWe59U ]

AUDIO MP3 – [Muat Turun/Streaming]

VIDEO – [Durasi – 1j 31m 6s] – Sesi 12 – Bagaimana Seseorang Menggosok Gigi – [Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/JOZsYu35B84 ]

AUDIO MP3 – [Muat Turun/Streaming]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:36 – Terjemahan Hadith
 
2 – 13:42 – Bab : Bagaimana Berus Atau Gosok Gigi.
 
3 – 20:11 – bab : Berus Gigi Dengan Berus Gigi Orang Lain.
 
4 – 28:52 – Bab : Membasuh berus gigi.
 
5 – 40:13 – Bab : Memberus gigi adalah sebahagian dari ajaran agama
 

MATAN HADITH

SUNAN ABI DAUD  – KITAB THAHARAH

بَاب كَيْفَ يَسْتَاكُ 

Bab – Bagaimana Seseorang Itu Memberus Gigi

49 حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ وَسُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْعَتَكِيُّ قَالا حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ غَيْلانَ بْنِ جَرِيرٍ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ مُسَدَّدٌ قَالَ أَتَيْنَا رَسُولَ اللَّهِ صلى االه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَسْتَحْمِلُهُ فَرَأَيْتُهُ يَسْتَاكُ عَلَى لِسَانِهِ

Musaddad dan Sulaiman bin Daud Al-`Ataki meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Hammad bin Zaid meriwayatkan kepada kami daripada Ghailan bin Jarir daripada Abi Burdah daripada ayahnya (Abu Musa Al-Asy`ari) bahawa Musaddad berkata: Abu Musa berkata: “Kami datang kepada Rasulallah s.a.w. untuk meminta kenderaan daripada baginda, saya melihat baginda sedang memberus lidahnya”.

قَالَ أبو دَاود وَقَالَ سُلَيْمَانُ قَالَ دَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ صلى اللَّهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَسْتَاكُ وَقَدْ وَضَعَ السِّوَاكَ عَلَى طَرَفِ لِسَانِهِ وَهُوَ يَقُولُ إِهْ إِهْ يَعْنِي يَتَهَوَّعُ قَالَ أبو دَاود قَالَ مُسَدَّدٌ فَكَانَ حَدِيثًا طَوِيلا وَلَكِنِّي اخْتَصَرْتُهُ

Abu Daud berkata: Sulaiman berkata: Beliau (Abu Musa al-Asy`ari) berkata: “Saya masuk menemui Nabi s.a.w. ketika baginda s.a.w. sedang memberus gigi. Ketika itu baginda sedang meletakkan berus gigi itu di hujung lidahnya sambil baginda berkata: “ih! ih!” maksudnya semacam baginda akan muntah.” Abu Daud berkata: Musaddad berkata: Itu adalah hadits yang panjang tetapi saya ringkaskannya.

 

بَاب فِي الرَّجُلِ يَسْتَاكُ بِسِوَاكِ غَيْرِه

Bab  – Berkenaan Seseorang Memberus Gigi Menggunakan Berus Gigi Orang Lain

50 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى حَدَّثَنَا عَنْبَسَةُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى اللَّهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَنُّ وَعِنْدَهُ رَجُلانِ أَحَدُهُمَا أَكْبَرُ مِنَ الاخَرِ فَأَوْحَى اللَّهُ إِلَيْهِ فِي فَضْلِ السِّوَاكِ أَنْ كَبِّرْ أَعْطِ السِّوَاكَ أَكْبَرَهُمَا قَالَ أَحْمَدُ هُوَ ابْنُ حَزْمٍ قَالَ لَنَا أَبُو سَعِيدٍ هُوَ ابْنُ الاعْرَابِيِّ هَذَا مِمَّا تَفَرَّدَ بِهِ أَهْلُ الْمَدِينَة

Muhammad bin `Isa meriwayatkan kepada kami, katanya:  `Anbasah bin `Abd Al-Wahid meriwayatkan kepada kami daripada Hisyam bin `Urwah daripada ayahnya daripada `A’isyah, katanya: “Rasulullah s.a.w. memberus gigi dan pada ketika itu ada dua orang lelaki berada dekat baginda. Salah seorang daripadanya lebih tua daripada yang seorang lagi maka diberikan wahyu kepada Nabi s.a.w. tentang kelebihan memberus gigi supaya memberikan berus gigi itu kepada yang lebih tua. Ahmad iaitu Ibn Hazam berkata: Abu Sa`id iaitu Ibn Al-A`rabi berkata kepada kami: Hadits ini adalah di antara hadits yang mana hanya Ahli Madinah sahaja yang mengemukakannya.

51 حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى الرَّازِيُّ أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ مِسْعَرٍ عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ شُرَيْحٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ بِأَيِّ شَيْءٍ كَانَ يَبْدَأُ رَسُولُ اللَّهِ صلى اللَّهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ قَالَتْ بِالسِّوَاكِ

Ibrahim bin Musa Ar-Razi meriwayatkan kepada kami, katanya:  `Isa bin Yunus telah menceritakan kepada kami daripada Mis`ar daripada Al-Miqdam bin Syuraih daripada ayahnya katanya saya telah bertanya `A’isyah: “Apakah perkara pertama yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. apabila baginda memasuki rumahnya?”. `A’isyah menjawab: “Memberus gigi.”

 

بَاب غَسْلِ السِّوَاكِ

Bab – Membasuh Berus Gigi

52 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الانْصَارِيُّ حَدَّثَنَا عَنْبَسَةُ بْنُ سَعِيدٍ الْكُوفِيُّ الْحَاسِبُ حَدَّثَنِي كَثِيرٌ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ كَانَ نَبِيُّ اللَّهِ صلى اللَّهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَاكُ فَيُعْطِينِي السِّوَاكَ لاغْسِلَهُ فَأَبْدَأُ بِهِ فَأَسْتَاكُ ثُمَّ أَغْسِلُهُ وَأَدْفَعُهُ إِلَيْهِ

Muhammad bin Basysyar telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin `Abdillah Al-Anshari telah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Anbasah bin Sa`id Al-Kufi Al-Hasib telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Katsir telah meriwayatkan kepada saya daripada `A’isyah, katanya: “Nabi s.a.w. selalu memberus gigi lalu baginda memberikan kepadaku berus itu untuk aku membasuhnya maka aku memulakannya dengan memberus gigi kemudian aku membasuhnya dan memberikan semula kepadanya.

Leave a comment