Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah – Sesi 24 – Bab – Seseorang Menggerakkan Tangan Dalam Bekas Sebelum Membasuhnya & Bab – Gambaran wudhu’ Nabi s.a.w

VIDEO – [Durasi – 4m 44s] – Sesi 24 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/VjqpsABGu2U ]

AUDIO MP3 – [Muat Turun/Streaming]

VIDEO – [Durasi – 1j 8m 40s] – Sesi 24 -Menggerakkan Tangan Dalam Bekas Sebelum Membasuhnya – [Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/E2_AOI7l6Oo ]

AUDIO MP3 – [Muat Turun/Streaming]

TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:08 – Terjemahan hadith
 
2 – 07:00 – Bab : (Sambungan) Seseorang yang memasukkan tangannya ke dalam bekas air sebelum basuh tangan.
 
3 – 10:23 – Bab : Gambaran wudhu’ Nabi s.a.w
 
4 – 15:28 – Utsman Bin Affan 
 
MATAN HADITH
 

بَاب فِي الرَّجُلِ يُدْخِلُ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ قَبْلَ أَنْ يَغْسِلَهَا

Bab – Seseorang Memasukkan Tangannya Ke Dalam Bekas Sebelum Membasuhnya

103 –  حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي رَزِينٍ وَأَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنْ اللَّيْلِ فَلَا يَغْمِسْ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ 

103 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Mu`awiyah meiwayatkan kepada kami daripada Al-A`masy daripada Abi Razin dan Abi Shalih daripada Abi Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang kamu bangun malam maka janganlah dia mencelup tangannya ke dalam bekas sehinggalah dia membasuhnya tiga kali kerana sesungguhnya dia tidak mengetahui di manakah tangannya bermalam.” 

104 –  حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْنِي بِهَذَا الْحَدِيثِ قَالَ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا وَلَمْ يَذْكُرْ أَبَا رَزِينٍ 

104 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Isa bin Yunus meriwayatkan daripada Al-A`masy daripada Abi Shalih daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w iaitu hadits ini juga, katanya dua kali atau tiga kali (basuhan) dan dia tidak menyebut Aba Razin (dalam sanad).

 

باب يحرك يده في الإناء قبل أن يغسلها

Bab – Seseorang Menggerakkan Tangannya Di Dalam Bekas Sebelum Dia Membasuhnya 

105 –  حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ السَّرْحِ وَمُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ الْمُرَادِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ صَالِحٍ عَنْ أَبِي مَرْيَمَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا اسْتَيْقَظَ أَحَدُكُمْ مِنْ نَوْمِهِ فَلَا يُدْخِلْ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ حَتَّى يَغْسِلَهَا ثَلَاثَ مَرَّاتٍ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَا يَدْرِي أَيْنَ بَاتَتْ يَدُهُ أَوْ أَيْنَ كَانَتْ تَطُوفُ يَدُهُ 

105 – Ahmad bin `Amr bin As-Sarh dan Muhammad bin Salamah Al-Muradi berkata: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami daripada Mu`awiyah bin Shalih daripada Abi Maryam, dia berkata: Aku mendengar Aba Hurairah berkata: Aku mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang daripada kamu bangun tidur maka janganlah dia memasukkan tangannya ke dalam bekas sehingga dia membasuh tangannya tiga kali kerana dia tidak mengetahui di manakah tangannya bermalam atau di manakah tangannya telah merayau.”

Leave a comment