VIDEO – [Durasi – 6m 40s] – Sesi 43 – MATAN HADITH – Sunan Abi Daud- Kitab Thaharah
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/xXr0fsK8lqw ]

AUDIO MP3 – [Muat Turun/Streaming]
VIDEO – [Durasi – 1j 16m 52s] – Sesi 43 – Orang Yang Berpendapat Berjunub Perlu Berwudhu’ – [Sunan Abi Daud – Kitab Thaharah]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/gqSROOI3QTg ]

AUDIO MP3 – [Muat Turun/Streaming]
TANDA MASA TAJUK PERBINCANGAN
1 – 00:08 – Terjemahan hadith
2 – 10:01 – Bab : Orang yang berpendapat orang yang berjunub itu perlu berwudhu’.
3 – 21:29 – Bab : Orang yang berjunub boleh mentakhirkan mandi.
4 – 01:07:50 – Bab : Orang berjunub boleh membaca al-Quran
MATAN HADITH
SUNAN ABI DAUD – KITAB THAHARAH
َاب مَنْ قَالَ الْجُنُبُ يَتَوَضَّأُ
Bab – Orang Yang Mengatakan Orang Yang Berjunub Itu Perlu Berwudhu’
224 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ الْأَسْوَدِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْكُلَ أَوْ يَنَامَ تَوَضَّأَ تَعْنِي وَهُوَ جُنُبٌ
224-Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah meriwayatkan kepada kami daripada al-Hakam daripada Ibrahim daripada al-Aswad daripada Aisyah, bahawa apabila Nabi s.a.w. mahu makan atau tidur Baginda akan berwudhu’, maksud beliau (Aisyah) dalam keadaan Nabi s.a.w. berjunub
225 – حَدَّثَنَا مُوسَى يَعْنِي ابْنَ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا عَطَاءٌ الْخُرَاسَانِيُّ عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ عَنْ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَخَّصَ لِلْجُنُبِ إِذَا أَكَلَ أَوْ شَرِبَ أَوْ نَامَ أَنْ يَتَوَضَّأَ قَالَ أَبُو دَاوُد بَيْنَ يَحْيَى بْنِ يَعْمَرَ وَعَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ فِي هَذَا الْحَدِيثِ رَجُلٌ و قَالَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ وَابْنُ عُمَرَ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو الْجُنُبُ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَأْكُلَ تَوَضَّأَ
225-Musa iaitu Ibn Ismail meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Atho’ al-Khurasani meriwayatkan kepada kami daipada Yahya bin Ya’mar daripada `Ammar bin Yasir, bahawa Nabi s.a.w telah membenarkan kepada orang yang berjunub apabila mahu makan, minum atau tidur untuk berwudhu’.
Abu Daud berkata: diantara Yahya bin Ya’mar dan Ammar bin Yasir di dalam hadits ini ada seseorang. Ali bin Abi Thalib, Ibn Umar dan Abdullah bin `Amar mengatakan: Orang yang berjunub perlu berwudhu’ apabila mahu makan.
Abu Daud berkata: Diantara Yahya bin Ya’mar dan Ammar bin Yasir di dalam hadits ini ada seseorang.Ali bin Abi Thalib, Ibn Umar danAbdullah bin Amar mengatakan: Orang yang berjunub perlu berwudhu’ apabila Daud berkata: Di antara Yahya bin Ya’mar dan Ammar bin Yasir di dalam hadits ini ada seseorang. Ali bin Abi Thalib, Ibn Umar dan Abdullah binAmar mengatakan: orang yang berjunub perlu berwudhu’ apabila mahu makan. makan.
بَاب فِي الْجُنُبِ يُؤَخِّرُ الْغُسْلَ
Bab – Tentang Orang Yang Berjunub Boleh Melewatkan Mandinya
226 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا المُعْتَمِرٌ ح و حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَا حَدَّثَنَا بُرْدُ بْنُ سِنَانٍ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ نُسَيٍّ عَنْ غُضَيْفِ بْنِ الْحَارِثِ قَالَ قُلْتُ لِعَائِشَةَ أَرَأَيْتِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَغْتَسِلُ مِنْ الْجَنَابَةِ فِي أَوَّلِ اللَّيْلِ أَوْ فِي آخِرِهِ قَالَتْ رُبَّمَا اغْتَسَلَ فِي أَوَّلِ اللَّيْلِ وَرُبَّمَا اغْتَسَلَ فِي آخِرِهِ قُلْتُ اللَّهُ أَكْبَرُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الْأَمْرِ سَعَةً قُلْتُ أَرَأَيْتِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُوتِرُ أَوَّلَ اللَّيْلِ أَمْ فِي آخِرِهِ قَالَتْ رُبَّمَا أَوْتَرَ فِي أَوَّلِ اللَّيْلِ وَرُبَّمَا أَوْتَرَ فِي آخِرِهِ قُلْتُ اللَّهُ أَكْبَرُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الْأَمْرِ سَعَةً قُلْتُ أَرَأَيْتِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَجْهَرُ بِالْقُرْآنِ أَو يُخَافِتُ بِهِ قَالَتْ رُبَّمَا جَهَرَ بِهِ وَرُبَّمَا خَفَتَ قُلْتُ اللَّهُ أَكْبَرُ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي جَعَلَ فِي الْأَمْرِ سَعَةً
226- Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Mu’tamir meriwayatkan kepada kami ح Ahmad bin Hanbal meriwayatkan kepada kami, katanya: Ismail bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Burd bin Sinan meriwayatkan kepada kami daripada Ubadah bin Nusai daripada Ghudhaif bin al-Harits, katanya: Aku berkata kepada Aisyah: “Bagaimana dengan Rasulullah s.a.w. adakah baginda mandi junub di awal malam atau di akhirnya?”. Aisyah menjawab: “Kadang-kadang Baginda mandi di awal malam dan kadang-kadang Baginda mandi di akhirnya”. Aku pun berkata: Allahu Akbar segala puji bagi Allah yang telah memberi keluasan dalam perkara ini. Aku bertanya lagi: “Bagaimana dengan Rasulullah s.a.w. berwitir adakah Baginda melakukannya di awal malam atau di akhirnya?” . Aisyah menjawab: “Kadang-kadang Baginda berwitir di awal malam dan kadang-kadang di akhirnya”. Aku pun berkata: Allahu Akbar segala puji bagi Allah yang telah memberi keluasan dalam perkara ini. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan Rasulullah s.a.w. membaca al-Quran adakah Baginda membacanya dengan nyaring atau dengan perlahan? Aisyah menjawab: “Kadang-kadang Baginda membaca dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara perlahan”. Aku pun berkata: Allahu Akbar segala puji bagi Allah yang telah memberi keluasan dalam perkara ini.
227 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَلِيِّ بْنِ مُدْرِكٍ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ بْنِ عَمْرِو بْنِ جَرِيرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُجَيٍّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَلِيِّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ صُورَةٌ وَلَا كَلْبٌ وَلَا جُنُبٌ
227-Hafsh bin Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah meriwayatkan kepada kami daripada Ali bin Mudrik daripada Abi Zurah bin Amar bin Jarir daripada Abdillah bin Nujai dariada ayahnya daripada Ali daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Malaikat tidak memasuki rumah yang terdapat di dalamnya patung, anjing dan orang yang berjunub.
228 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ الْأَسْوَدِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنَامُ وَهُوَ جُنُبٌ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَمَسَّ مَاءًقَالَ أَبُو دَاوُد حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ الْوَاسِطِيُّ قَالَ سَمِعْتُ يَزِيدَ بْنَ هَارُونَ يَقُولُ هَذَا الْحَدِيثُ وَهْمٌ يَعْنِي حَدِيثَ أَبِي إِسْحَقَ….
228-Muhamad bin Katsir meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufian meriwayatkan kepada kami daripada Abi Ishaq daripada al-Aswad daripada `Aisyah, katanya: Rasulullah s.a.w. sering kali tidur dalam keadaan berjunub tanpa menyentuh air.
Abu Daud berkata: al-Hasan bin `Ali al-Washithi menceritakan kepada kami, katanya: Saya telah mendengar Yazid bin Harun berkata: Di dalam hadits ini terdapat kekeliruan, maksud beliau ialah hadits Abi Ishaq.
بَاب فِي الْجُنُبِ يَقْرَأُ
Bab – Tentang Orang Yang Berjunub Membaca Al-quran
229 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَلِمَةَ قَالَ دَخَلْتُ عَلَى عَلِيٍّ أَنَا وَرَجُلَانِ رَجُلٌ مِنَّا وَرَجُلٌ مِنْ بَنِي أَسَدٍ أَحْسَبُ فَبَعَثَهُمَا عَلِيٌّ وَجْهًا وَقَالَ إِنَّكُمَا عِلْجَانِ فَعَالِجَا عَنْ دِينِكُمَا ثُمَّ قَامَ فَدَخَلَ الْمَخْرَجَ ثُمَّ خَرَجَ فَدَعَا بِمَاءٍ فَأَخَذَ مِنْهُ حَفْنَةً فَتَمَسَّحَ بِهَا ثُمَّ جَعَلَ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ فَأَنْكَرُوا ذَلِكَ فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَخْرُجُ مِنْ الْخَلَاءِ فَيُقْرِئُنَا الْقُرْآنَ وَيَأْكُلُ مَعَنَا اللَّحْمَ وَلَمْ يَكُنْ يَحْجُبُهُ أَوْ قَالَ يَحْجِزُهُ عَنْ الْقُرْآنِ شَيْءٌ لَيْسَ الْجَنَابَةَ
229. Hafsh bin Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah meriwayatkan kepada kami daripada Amar bin Murrah daripada Abdillah bin Salimah katanya: Aku bersama dua orang yang lain telah masuk menemui Ali, saya rasa seorang daripadanya adalah dari kalangan kami dan seorang lagi daripada Bani Asad. Maka Ali menghantarkan mereka berdua untuk sesuatu tujuan dan Ali berkata kepada mereka berdua: Kamu berdua kuat lagi perkasa oleh itu pertahankanlah agama kamu, kemudian Ali bangkit lalu masuk ke tempat membuang air kemudian keluar maka beliau memita air lalu diambilnya air itu satu cebokan dan disapu-sapunya di tangannya kemudian terus membaca al-Quran. Orang-orang yang berada di situ menegur beliau (di atas perbuatannya itu), maka Ali berkata: Sesungguhnya Rasululah s.a.w. selalu keluar daripada tempat membuang air dan terus membaca al-Quran dan memakan daging bersama kami, tidak ada sesuatu apapun yang menghalangnya atau beliau berkata: Menegahnya daripada membaca al-Quran melainkan janabah.
