[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 14m 45s] –[DIRAYAH] Hadis Palsu – Hadis Yang Tidak Sesuai Dan Tidak Layak Dengan Kedudukan & Mengaibkan Nabi
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/4PARHiHKxng ]
USUL DIRAYAT HADITH KEDUA – Hadith-hadith yang tidak sesuai dan tidak layak dengan kedudukan Nabi kita s.a.w. dan mengaibkan Baginda
[KENALI HADITH PALSU] – HADITH TIDAK SESUAI DAN TIDAK LAYAK DENGAN KEDUDUKAN NABI KITA S.A.W DAN MENGAIBKAN BAGINDA
1. [ 00:00:22 ] – HADITH PALSU PERTAMA
Nabi s.a.w. dikatakan telah bermalam di rumah Ummu Haani’ pada malam Isra Mi’raj sebelum Baginda dibawa mengembara ke Baitul Maqdis dan seterusnya ke langit.
Ibnu Ishaq berkata, “Antara kisah yang sampai kepada saya daripada Ummu Haani’ binti Abi Thalib berhubung dengan Israa’ Rasulullah s.a.w. ialah beliau menceritakan, “Rasulullah s.a.w. tidak diisra’kan melainkan ketika Baginda s.a.w. berada di rumahku. Baginda s.a.w. tidur di sampingku pada malam itu di rumahku. Mula-mula Baginda s.a.w. bersembahyang Isya’ kemudian tidur. Kami pun turut tidur. Sebelum fajar Rasulullah telah pun mengejutkan kami lalu bersembahyang subuh. Kami pun bersembahyang bersamanya”.
Setelah itu Rasulullah bersabda, “Wahai Ummu Haani’! Malam tadi saya telah bersembahyang bersama kamu seperti yang kamu tahu di wadi ini. Selepas itu saya pergi ke Baitul Maqdis dan bersembahyang di sana dan sekarang saya bersembahyang Subuh bersama kamu seperti yang kamu saksikan”. Setelah itu Rasulullah s.a.w. bangkit untuk keluar. Aku pun memegang hujung selimut Baginda s.a.w., maka tersingkap perut Nabi s.a.w. bagaikan kain qibti yang berlipat lalu aku pun berkata kepada Baginda s.a.w, “Wahai Nabiyallah! Janganlah engkau ceritakan perkara ini kepada orang ramai, nanti mereka akan mendustakan engkau dan menyakitimu.” Baginda s.a.w. berkata, “Demi Allah! Aku tetap akan menceritakannya kepada mereka.” Ummu Haani’ berkata, “Aku pun memerintahkan seorang sahaya perempuanku berketurunan Habsyi, “Eh! Ikutlah Rasulullah s.a.w. supaya engkau dapat mendengar apa yang disampaikannya kepada orang ramai dan apa pula reaksi mereka terhadap keterangan Baginda itu.” (Dan seterusnya…….).
Bila Rasulullah s.a.w. keluar kepada orang ramai, Baginda s.a.w. terus menceritakan kepada mereka. Mendengar cerita Baginda s.a.w. itu, mereka kehairanan lalu bertanya, “Apakah bukti kepada keteranganmu wahai Muhammad? Sesungguhnya kami tidak pernah mendengar cerita seumpama ini……”
[ 00:00:40 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA
Kisah yang dikemukakan oleh Ibnu Ishaq di dalam riwayat ini memuatkan banyak perkara yang menunjukkan kepalsuannya. Riwayat ini benar-benar tidak sesuai dengan kedudukan Nabi kita Muhammad s.a.w. dan mengaibkan Baginda, kerana,
a) Rasulullah s.a.w. dikatakan telah bermalam di rumah musuh ketatnya Hubairah, suami Ummu Haani’ dan telah berlaku adegan-adegan romantis di antara Baginda dengan Ummu Haani’ binti Abi Thalib.
b) Ummu Haani’ yang dikatakan bersembahyang Isya’ dan Subuh berjemaah bersama Nabi sebenarnya masih belum memeluk agama Islam pada ketika itu.
c) Ibadat solat yang diperintahkan kepada Nabi diturunkan pada malam Isra’ Mi’raj itu dan kemudiannya diajar oleh malikat Jibril; bagaimana Nabi mendirikannya sebelum diajar oleh Jibril a.s.?
2. [ 00:08:04 ] – HADITH PALSU KEDUA
Maksudnya: Hisyam bin `Urwah berkata, “Rasulullah s.a.w. telah mendapat dua orang anak lelaki dengan Khadijah semasa di Mekah iaitu `Abdul `Uzza dan al-Qasim. Kedua-duanya meninggal dunia sebelum Islam (sebelum Nabi kita Muhammad s.a.w. dilantik menjadi Rasul)” .
[ 00:08:10 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA
Berdasarkan riwayat ini Nabi s.a.w. telah melakukan perbuatan syirik dengan menamakan anaknya ‘Abdul Uzza. Ini adalah kerana `Uzza adalah nama satu berhala yang disembah oleh orang-orang kafir Quraisy. `Abdul ‘Uzza bererti hamba `Uzza.
3. [ 00:10:20 ] – HADITH PALSU KETIGA
Bermaksud: “Wahyu tidak turun lagi untuk beberapa lama hingga Nabi s.a.w. menurut berita yang sampai kepada kami – dirundung kesedihan yang membuatkan beliau berulang kali ingin terjun dari atas puncak bukit. Setiap kali beliau berada di puncak bukit untuk mencampakkan diri, Jibril menampakkan diri kepada beliau lalu berkata, “Wahai Muhammad, sesungguhnya engkau benar-benar seorang utusan Allah.” Mendengar itu, hati dan jiwa beliau tenang dan beliau pun pulang. Lantas bila wahyu kembali berhenti lama, beliau melakukannya lagi. Dan ketika beliau telah berada di puncak bukit, Jibril menampakkan diri lalu berkata seperti di atas.”
[ 00:10:33 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA
a) Perbuatan membunuh diri adalah satu dosa besar menurut Islam. Amat mustahil Nabi s.a.w. cuba melakukan dosa besar seperti ini.
b) Terdapat ayat al-Quran dan hadith dari Nabi s.a.w. sendiri yang melarang dan memberi ancaman kepada mereka yang membunuh diri.
VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/oAIN4Uazo6E
