[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 12] – Hadith yang menyebut ‘Aaishah dengan Humairaa’ kebanyakannya maudhu’. (Video – Panggilan Humaira’ Kepada Aishah Hanya Ada Satu Hadith Yang Sahih)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 48s] – [HADIS PALSU] Panggilan Humaira’ Kepada Aishah Hanya Ada Satu Hadis Yang Sahih

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/wP94WVRLHnY ]

USUL DIRAYAT KE-12 – Hadith-hadith yang menyebut ‘Aaishah r.ha. dengan Humairaa’ atau diseru oleh Nabi s.a.w. begitu kebanyakannya maudhu’.

00:01:02 ] – HADITH SAHIH YANG BERMULA DENGAN LAFAZ “HUMAIRAA’

“Hanya satu hadith yang menyebut ‘Aaishah dengan lafaz “Humairaa’ ” yang sahih, iaitu, hadith: ‘Aaishah berkata, “Pernah orang-oang Habsyah masuk ke dalam masjid. Mereka bermain-main. Maka Nabi s.a.w. bertanya aku, “Adakah engkau mahu melihat mereka bermain?”. Jawab saya, “Ya”. Lalu Rasulullah s.a.w. berdiri di pintu dan aku meletakkan dagu di atas bahunya dengan menyandarkan mukaku ke pipinya. Aisyah berkata: Antara ucapan mereka pada hari itu ialah, “Abal Qasim yang baik”. Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya, “Sudah cukup?”. Tetapi aku menjawab, “Nantilah dahulu”. Kerana itu Baginda terus berdiri keranaku. Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya pula, “Sudah cukup?”. Aku terus menjawab, “Nanti dahululah wahai Rasulullah”. Bukanlah aku suka sangat melihat mereka tetapi sebenarnya aku mahu para isteri beliau mengetahui kedudukannya di sisiku dan kedudukanku di sisinya.

CONTOH-CONTOH HADITH PALSU

1) [ 00:04:15 ] – Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Humairaa’, janganlah dikau memakan tanah kerana ia membesarkan perut, menguningkan warna kulit dan menghilangkan seri wajah”

2) [ 00:06:49 ] Kata Aisyah: Aku selalu melihat Rasulullah s.a.w. mencium Fatimah. Maka aku berkata, “Wahai Rasulullah! Aku sekarang melihat engkau melakukan apa yang sebelum ini tidak pernah ku lihat engkau melakukannya”. Terus Baginda bersabda kepadaku, “Wahai Humairaa’! Pada malam aku diisra’kan ke langit, aku dimasukkan ke dalam syurga. Aku terhenti melihat sepohon pokok di dalam syurga yang tidak ku lihat pokok lain secantiknya. Tidak ada daun pokok lain seputihnya dan tidak ada pula buah yang lebih sedap daripada buahnya. Maka aku mengambil sebiji buahnya lalu makan. Ia kemudiannya menjadi nutfah (air mani) di dalam sulbiku. Setelah turun ke bumi aku bersetubuh dengan Khadijah. Hasilnya ialah ia mengandungkan Fatimah. Apabila aku merindui bau syurga aku akan mencium bau Fatimah. Wahai Humairaa’! Sesungguhnya Fatimah bukan seperti wanita-wanita lain dari kalangan manusia. Dia tidak jatuh sakit seperti mereka (orang-orang lain).

3. [ 00:10:50 ] – ‘Aaishah berkata: Nabi selalu sembahyang di tempat Hasan dan Hussain kencing. Maka aku berkata kepada Baginda, “Tak mahukah engkau aku khaskan satu tempat di dalam bilik ini yang lebih bersih daripadanya”. Mendengar kata-kataku itu, Rasulullah s.a.w. terus bersabda, “Wahai Humairaa’! Tidakkah engkau tahu apabila seseorang hamba bersujud kepada Allah sekali, Allah membersihkan tempat sujudnya itu hingga ke tujuh petala bumi”.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH-HADITH YANG MENYEBUT ‘AISHAH R.HA DENGAN HUMAIRAA’ ATAU DISERU NABI S.A.W. BEGITU KEBANYAKANNYA MAUDHU’

1. [ 00:04:15 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai Humairaa’, janganlah dikau memakan tanah kerana ia membesarkan perut, menguningkan warna kulit dan menghilangkan seri wajah”

00:04:57 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Tidak ada satupun hadith yang sahih tentang memakan tanah.

ii. Hadith ini bertujuan menghina dan memburukkan ‘Aaisyah r.ha. yang digambarkan amat bodoh sehingga sanggup memakan tanah. Ini adalah angkara musuh-musuh dari kalangan Syiah yang amat membenci beliau.

2. [ 00:06:49 ] – HADITH PALSU KEDUA

Kata Aisyah: Aku selalu melihat Rasulullah s.a.w. mencium Fatimah. Maka aku berkata, “Wahai Rasulullah! Aku sekarang melihat engkau melakukan apa yang sebelum ini tidak pernah ku lihat engkau melakukannya”. Terus Baginda bersabda kepadaku, “Wahai Humairaa’! Pada malam aku diisra’kan ke langit, aku dimasukkan ke dalam syurga. Aku terhenti melihat sepohon pokok di dalam syurga yang tidak ku lihat pokok lain secantiknya. Tidak ada daun pokok lain seputihnya dan tidak ada pula buah yang lebih sedap daripada buahnya. Maka aku mengambil sebiji buahnya lalu makan. Ia kemudiannya menjadi nutfah (air mani) di dalam sulbiku. Setelah turun ke bumi aku bersetubuh dengan Khadijah. Hasilnya ialah ia mengandungkan Fatimah. Apabila aku merindui bau syurga aku akan mencium bau Fatimah. Wahai Humairaa’! Sesungguhnya Fatimah bukan seperti wanita-wanita lain dari kalangan manusia. Dia tidak jatuh sakit seperti mereka (orang-orang lain).

00:09:10 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini dihukumkan palsu oleh ramai tokoh-tokoh hadith seperti al-Jauzi, az-Zahabi, Hafiz Ibnu Hajar, as-Suyuti dan asy-Syaukani. ii)Dalam sesetengah riwayat, dikatakan Nabi s.a.w. mengulum lidah Fatimah. Perbuatan ini adalah haram dilakukan kecuali oleh suami terhadap isterinya.

3. [ 00:10:50 ] – HADITH PALSU KETIGA

‘Aaishah berkata: Nabi selalu sembahyang di tempat Hasan dan Hussain kencing. Maka aku berkata kepada Baginda, “Tak mahukah engkau aku khaskan satu tempat di dalam bilik ini yang lebih bersih daripadanya”. Mendengar kata-kataku itu, Rasulullah s.a.w. terus bersabda, “Wahai Humairaa’! Tidakkah engkau tahu apabila seseorang hamba bersujud kepada Allah sekali, Allah membersihkan tempat sujudnya itu hingga ke tujuh petala bumi”.

00:11:30 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Hadith ini mempunyai unsur fahaman Syiah kerana melebih-lebihkan Hasan dan Hussain yang mahu dijadikan bukti tentang kesucian dan kemaksuman mereka.

ii. Hadith ini yang menunjukkan Nabi bersifat pengotor dan tidak sesuai sama sekali dengan sifat Nabi yang sukakan kebersihan. Sebaliknya, ajaran salah, contohnya sihir penuh dengan kekotoran baik di segi akidah, amalan dan tubuh badan

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/nfHgrDyAkgk

Leave a comment