[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 13] – Riwayat Yang Bermula Dengan Seruan “Ya (Wahai) Ali” Hanya Ada Satu Hadith Yang Sahih (Video – Beribu Hadith Bermula Dengan “Ya Ali” Adalah Palsu)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 52s] – [HADIS PALSU] Beribu Hadis Bermula Dengan “Ya Ali” Adalah Palsu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/9KR4QFKnA88 ]

USUL DIRAYAT KE-13 – Riwayat Yang Bermula Dengan Seruan “Ya (Wahai) Ali” Hanya Ada Satu Hadith Yang Sahih.

00:01:58 ] – NOTA – Hanya satu hadith yang menyebut “Ya Ali” yang sahih, iaitu, hadith: “Ya Ali! Engkau Di Sisiku Sama Seperti Harun Di Sisi Musa. Tetapi Tidak Ada Lagi Nabi Sesudahku”

00:02:22 ] – KETERANGAN MAKSUD HADITH SAHIH “YA ALI!”

“Ya Ali! Engkau Di Sisiku Sama Seperti Harun Di Sisi Musa” Hadith ini hanya menyatakan peranan Saidina Ali sebagai pengganti Nabi untuk mengawal Kota Madinah semasa ketiadaan Baginda yang berangkat ke medan peperangan Tabuk, sebagaimana Nabi Harun menggantikan Nabi Musa semasa Baginda mengadap Allah di Bukit Tursina. Tetapi pihak Syiah telah melampau dalam mengangkat Saidina Ali sehingga ada sesetengahnya menganggapnya sebagai Tuhan!

00:04:09 ]- PERINGATAN Kebanyakan filem-filem Hindustan yang memaparkan orang Islam sebenarnya menonjolkan amalan dari golongan Syiah atau Brelwi. Pengaruh Syiah adalah seperti menyeru, “Ya Ali Madad” (Wahai Ali tolonglah aku”) apabila berdoa manakala pengaruh Brelwi pula ialah dengan meminta pertolongan dari kubur-kubur.

CONTOH HADITH PALSU

1) “Wahai Ali! Apabila engkau berbekal, janganlah engkau lupakan bawang besar” dan “Wahai Ali! Pastikan kamu membawa bawang besar kerana ia mengelokkan air mani dan menyihatkan anak”

2) “Wahai Ali! Sesungguhnya Allah telah mengampunkanmu, anak-anak cucumu, anak-anakmu, ahli keluargamu, Syiahmu dan orang-orang yang mencintai Syiahmu”…”Terimalah berita gembira ini: Sesungguhnya engkau seorang yang ‘sulah’ (berkepala botak dan perut buncit)”.

3) “Wahai Ali! Sesungguhnya Allah telah mengahwinkan engkau dengan Fatimah dan menjadikan bumi ini sebagai maskahwin. Oleh itu sesiapa yang berjalan di bumi ini dengan benci kepadamu maka bererti dia berjalan dalam keadaan haram”


[ 00:13:34
] – PERINGATAN – Ada beribu-ribu riwayat yang dikatakan hadith yang bermula dengan ungkapan “Ya Ali” sehinggakan ada kitab khusus yang mengumpulkan “hadith-hadith” ini.

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT YANG BERMULA DENGAN SERUAN “YA (WAHAI) ALI” HANYA ADA SATU YANG SAHIH

1. [ 00:05:11 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Wahai Ali! Apabila engkau berbekal, janganlah engkau lupakan bawang besar” dan “Wahai Ali! Pastikan kamu membawa bawang besar kerana ia mengelokkan air mani dan menyihatkan anak”

00:06:10 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hadith ini palsu kerana ianya dimulakan dengan ungkapan “Ya (Wahai) Ali” ii. Hadith ini dusta dan karut. Ianya direka oleh golongan Syiah untuk menghina dan mempersenda Rasulullah dan juga Sayyidina Ali (Walaupun Syiah mengaku mengasihi Saidina Ali tetapi mereka sebenarnya membenci Saidina Ali)

2. [ 00:08:26 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Wahai Ali! Sesungguhnya Allah telah mengampunkanmu, anak-anak cucumu, anak-anakmu, ahli keluargamu, Syiahmu dan orang-orang yang mencintai Syiahmu”…”Terimalah berita gembira ini: Sesungguhnya engkau seorang yang ‘sulah’ (berkepala botak dan perut buncit)”.

00:10:17 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini palsu kerana ianya dimulakan dengan ungkapan “Ya (Wahai) Ali!”

ii. Di dalam sanadnya ada perawi bernama Daud Bin Sulaiman al-Ghazi seorang pendusta besar.

iii. Adanya ungkapan penghinaan “Seorang yang sulah” (botak dan buncit) adalah bertentangan dengan pujian kepada Saidina Ali di permulaan hadith.

3. [ 00:11:28 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Wahai Ali! Sesungguhnya Allah telah mengahwinkan engkau dengan Fatimah dan menjadikan bumi ini sebagai maskahwin. Oleh itu sesiapa yang berjalan di bumi ini dengan benci kepadamu maka bererti dia berjalan dalam keadaan haram”

00:12:05 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Hadith ini palsu kerana ianya dimulakan dengan ungkapan “Ya (Wahai) Ali!”

ii. Di dalam sanadnya ada perawi bernama az-Zara’ seorang pendusta besar dan pereka hadith.

iii. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih di mana Saidina Ali menyediakan maskahwin seperti kuda

iv. Terdapat pengaruh Syiah yang jelas dalam hadith ini.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/__JS4lMBFtQ

Leave a comment