[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 14] – Riwayat Itu Palsu Jika Orang Yang Ada Di Dalam Riwayat Itu Telah Mati, Belum Lahir Atau Belum Layak Dikaitkan Dengan Peristiwa Berkenaan (Video – Orang Mati Datang Rampas Kuasa!)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 16m 34s] – [HADIS PALSU] Orang Mati Datang Rampas Kuasa!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/tdLqDQ2OcOM ]

USUL DIRAYAT KE-14 – Sesuatu Riwayat Adalah Palsu Jika,

1) Orang Yang Dikatakan Ada Dalam Riwayat Itu Sebenarnya Telah Mati,

2) Orang Tersebut Belum Lahir Atau,

3) Seseorang Itu Belum Layak Untuk Dikaitkan Dengan Peristiwa Berkenaan

NOTA – Biasanya Usul Ini Dikaitkan Dengan Cerita-Cerita Sejarah

PERINGATAN

1. [ 00:01:52 ] Walaupun ada pendapat yang bermudah-mudah menerima cerita sejarah, untuk riwayat-riwayat yang melibatkan Sahabat-Sahabat Nabi kita perlu teliti dan berhati-hati. Ini kerana melalui Sahabatlah kita menerima al-Quran dan hadith. Riwayat-riwayat yang mencederakan peribadi Sahabat akan memberi persepsi yang buruk di kalangan ummat dan tidak sesuai dengan kedudukan Sahabat yang diperakui “adil” dalam al-Quran.

2. [ 00:05:48 ] Kitab-kitab terdahulu seperti “Tarikh at-Tabari” agak bertanggungjawab dengan mengemukakan sanad dan tarikh-tarikh dalam riwayat-riwayat yang dikemukakan. Ini membolehkan orang kemudian menilai kesahihah riwayat tersebut. Malangnya, kitab-kitab moden membuang sanad-sanad dari riwayat-riwayat tersebut menyebabkan ianya dianggap sebagai riwayat yang benar dan ini mengelirukan dan merosakkan pemikiran generasi baru.

[KENALI HADITH PALSU] – SESUATU RIWAYAT ITU PALSU JIKA ORANG YANG ADA DI DALAM RIWAYAT ITU TELAH MATI, BELUM LAHIR ATAU BELUM LAYAK DIKAITKAN DENGAN PERISTIWA BERKENAAN

1. [ 00:03:04] – HADITH PALSU PERTAMA (Hadith palsu kerana ada orang yang telah mati di dalam riwayat tersebut.

“KISAH PERLANTIKAN YAZID SEBAGAI PUTERA MAHKOTA MENGGANTIKAN MUAWIYAH”

Pada tahun 60H, Muawiyah menerima baiat daripada rombongan-rombongan yang datang kepadanya bersama Ubaidillah bin Ziad untuk perlantikan anaknya Yazid sebagai Putera Mahkota…Ketika beliau sakit yang membawa kepada kematiannya pada tahun yang sama, beliau berpesan kepada anaknya Yazid berhubung dengan beberapa orang yang akan memberi baiat kepadanya. Antara pesanan beliau kepada Yazid, katanya, “Wahai anakku! Aku telah membuatkan engkau tidak perlu bersusah payah pergi ke mana-mana (untuk mendapatkan kuasa)…Aku tidak takut jawatan yang pasti akan disandangmu itu direbut oleh sesiapapun dari kalangan Quraisy kecuali empat orang ini, Hussain bin Ali, Abdullah bin Umar, Abdullah bin Az-Zubair dan ABDUL RAHMAN BIN ABI BAKR”.

00:05:12 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Perlantikan Yazid sebagai Putera Mahkota berlaku pada tahun 60H manakala Abdul Rahman Bin Abu Bakr yang dikhuatiri merebut jawatan tersebut dari Yazid telah meninggal lama sebelum itu iaitu pada tahun 53H.

2. [ 00:06:59 ] – HADITH PALSU KEDUA (Hadith palsu kerana orang yang bercerita dalam riwayat tidak layak dikaitkan dengan kisah tersebut, contohnya, kerana terlalu muda)

Bapa saudara Nabi, Abbas Bin Abdul Muttalib bercerita: Pernah aku berkata, “Wahai Rasulullah! Apa yang mendorong aku memeluk agamamu ialah satu tanda kenabianmu, iaitu, ketika engkau berada dalam buaian dahulu, aku nampak engkau bercakap-cakap dengan bulan dengan penuh kemesraan. Engkau mengisyaratkan kepadanya dengan jarimu. Kemana engkau isyaratkan ke situlah ia condong”. Maka Nabi s.a.w. bersabda, “Memang aku bercakap dengannya dan ia pula bercakap denganku. Ia menghiburkan daku supaya aku tidak menangis. Aku mendengar suaranya ketika dia bersujud di bawah Arasy”.

00:08:47 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Bapa saudara Nabi, Abbas Bin Abdul Muttalib tua setahun atau dua tahun daripada Nabi. Ketika peristiwa bercakap dengan bulan ini berlaku, dia pun masih di dalam buaian. Tidak mungkin dia ingat atau dia tahu apa yang berlaku di sekelilingnya kerana umurnya amat muda pada masa itu.

3. [ 00:09:46 ] – HADITH PALSU KETIGA (Hadith palsu kerana orang yang bercerita dalam riwayat tidak layak dikaitkan dengan kisah tersebut, contohnya, kerana terlalu muda)

HELAH MUAWIYAH UNTUK MENGAHWINKAN YAZID DENGAN URAINAB

Yazid semasa menjadi bakal pengganti khalifah telah melihat seorang wanita yang luar biasa cantiknya bernama Urainab, isteri kepada Abdullah Bin Salam, seorang gabenor di Iraq. Bapanya Khalifah Muawiyah, dengan tipudayanya, berusaha untuk mengahwinkan Urainab dengan Yazid setelah Yazid menderita teruk kerana terkenangkan Urainab. Dia berjaya memujuk suami Urainab untuk menceraikan isterinya setelah dijanjikan untuk berkahwin dengan anaknya. Setelah habis iddah, Muawiyah meminang Urainab melalui Sahabat Nabi Abu Darda’ dan Abu Hurairah. Walaupun begitu Saidina Husain juga menghantar pinangan melalui Sahabat yang sama dan beliau akhirnya berjaya menikahi Urainab. Abdullah bin Salam, bekas suami Urainab pula menderita kerana tidak berjaya mengahwini anak Muawiyah dan juga jatuh miskin. Beliau berjumpa dengan Urainab untuk mendapatkan pundi harta yang tertinggal dengan Urainab. Pertemuan semula ini menyedarkan Saidina Hussain yang mereka berdua masih saling menyayangi lalu dia menceraikan Urainab untuk membolehkannya berkahwin semula dengan bekas suaminya. Helahnya berkahwin dengan Urainab hanya untuk menghalang hasrat Yazid.

00:15:07 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Tidak ada gabenor yang bernama Abdullah Bin Salam semasa pemerintahan Saidina Muawiyah.

ii. Sahabat Nabi Abu Darda’ r.a. yang membawa pinangan Yazid meninggal pada tahun 31H dan Yazid pula lahir pada tahun 30H, bermakna Abu Darda’ membawa pinangan Yazid ketika Yazid berumur satu tahun! ATAU Jika pinangan itu dibuat semasa Yazid sudah dewasa, pada masa itu Abu Darda’ telah meninggal dunia.

iii. Cerita ini adalah rekaan golongan Syiah.

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/whyPvfTV-XA

ii. https://youtu.be/q58ovh_Tf5c

iii. https://youtu.be/LWSwStreQ60

Leave a comment