[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 16] – Riwayat Yang Mencela Dan Memburuk-burukkan Isteri-isteri Nabi s.a.w Atau Sahabat Baginda Yang Mulia Semuanya Dhaif Atau Palsu (Contoh – Aishah disalak anjing Hauab & Tsal’labah, ahli Badar, enggan bayar zakat)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 20m 51s] –[HADIS PALSU] Aishah disalak anjing Hauab & Tsal’labah, ahli Badar, enggan bayar zakat & Muawiyah..

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/yF_ZEua-qeU ]

USUL DIRAYAT KE-16 – Riwayat-riwayat Yang Mencela Dan Memburuk-burukkan Isteri-isteri Nabi s.a.w Atau Sahabat-Sahabat Baginda Yang Mulia Semuanya Dhaif Atau Palsu

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT-RIWAYAT YANG MENCELA DAN MEMBURUK-BURUKKAN ISTERI-ISTERI NABI S.A.W. ATAU SAHABAT-SHABAT BAGINDA YANG MULIA SEMUANYA DHAIF DAN PALSU  

1. [ 00:01:51 ] – HADITH PALSU PERTAMA – (AISHAH DISALAK ANJING HAUAB)

Ringkasan dari tulisan At-Thabari itu di dalam kitabnya, “Tarikhu Al-Umam Wa Al-Muluk” al-Urani, telah menceritakan, dia ditanya, “Wahai tuan punya unta, mahukah engkau jualkan untamu?”…“Saya mahukan unta ini untuk ibu orang-orang mu’min, ‘Aishah”… “Jika begitu, ambillah unta ini…” …Maka berjalanlah aku bersama mereka…sehinggalah kami sampai ke mata air Hau’ab lalu disalak oleh anjing-anjingnya…Berkata Urani, “Terus ‘Aishah berteriak dengan setinggi-tinggi suaranya, kemudian dia memukul untanya supaya pergi dari situ. Kemudian dia berkata, “Demi Allah! Akulah perempuan yang akan disalak oleh anjing-anjing Hau’ab itu. Bawalah aku pulang!”…Urani berkata,“Maka berangkatlah mereka dalam keadaan menyeranah aku. Aku pun meninggalkan mereka. Tidak jauh aku berjalan dari situ aku pun bertemu Ali bersama-sama bala tenteranya”. Ali bertanya, “Dimana berada bala tentera itu?”…Urani berkata,”.. saya berjalan bersama mereka sehingga kami sampai ke mata air Hau’ab. Di situ anjing-anjingnya menyalak perempuan itu. Perempuan itu berkata begini, begini…”…Ali bin Abi Talib memanggil dua orang dan disuruh supaya mereka duduk bahu membahu. Kemudian dipanggil seorang yang lain pula lalu disuruh supaya duduk di atas bahu mereka berdua. Kemudian tampillah Ali dan terus memanjat belakang mereka. Lalu menduduki belakang yang teratas di antara mereka dengan menjuntaikan kedua-dua kakinya dari atas sebelah bahunya (orang yang teratas). Beliau kemudian berkata, “Sesungguhnya kamu telah pun melihat apa yang telah dilakukan oleh golongan ini dan perempuan ini”… Matlumat terperinci boleh diperolehi dari

NOTA: Ummu Mukminin ‘Aishah r.ha. amat dibenci oleh musuh-musuh Islam kerana beliaulah antara sumber utama maklumat tentang kehidupan Nabi s.a.w. dan perkara-perkara berkaitan agama Islam.

00:05:54 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Pereka cerita ini tidak langsung mempunyai rasa hormat kepada Sayidatina ‘Aishah, Saidina Ali dan Sahabat-sahabat Rasulullah. Riwayat-riwayat ini menjatuhkan maruah, mengaibkan dan menggugat kredibiliti Sahabat-sahabat tersebut. Mereka bertujuan supaya manusia membenci Islam dengan tohmahan ianya dibawa oleh mereka yang berperibadi rendah.

ii. Kitab sejarah oleh at-Tabari “Tarikhu Al-Umam Wa Al-Muluk” adalah bermasalah sekiranya riwayat-riwayatnya diterima tanpa dinilai dan disaring di segi riwayat dan dirayat

2. [ 00:07:42 ] – HADITH PALSU KEDUA – (MUAWIYAH PENGASAS SISTEM BERAJA)

Khilafah sesudahku akan berterusan selama 30 tahun kemudian akan lahir “Mulk” (sistem beraja) sesudah itu. Perawi berkata: Kemudian Safinah berkata kepadaku: “Kiralah Khilafah Abu Bakr, Khilafah Umar dan Khilafah Uthman”. Kemudian beliau berkata, “Kirakan juga khilafah Ali”. Kami pun mengira, maka kami dapati 30 tahun. Said berkata, “Aku pun berkata kepadanya (Safinah), sesungguhnya Bani Umayyah mendakwa khilafah berada pada mereka”. Saidina Safinah menjawab, “Mereka dusta, bahkan mereka adalah di antara raja-raja yang jahat”.

00:08:57 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i) Sekiranya tempoh 30 tahun dikira sebagai had berakhirnya sistem khilafah dan bermulanya sistem beraja, maka didapati kedua-dua sistem ini berlaku di zaman pemerintahan Saidina Hasan.

ii) Ramai Sahabat Nabi telah barbaiat dengan Saidina Muawiyah termasuklah perawi hadith ini, Saidina Safinah; Ini bermakna mereka bersekongkol dalam komplot menubuhkan sistem beraja yang dikatakan jahat itu! Perkara ini tidak mungkin berlaku pada Sahabat.

iii) Khalifah Rasyid yang dimaksudkan adalah khilafah dari kalangan Sahabat-sahabat Nabi dan tidak sepatutnya dihadkan kepada tempoh masa tertentu contohnya 30 tahun seperti dalam hadith ini.

00:11:05 ] – CATATAN

Kayu pengukur untuk menentukan “Khalifah ar-Rasyidin” hendaklah berpandukan firman Allah dan bukannya dengan hadith tidak sahih yang menetapkan tempoh 30 tahun selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. “Khalifah ar-Rasyidin” ini ialah khalifah-khalifah dari kalangan Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. termasuklah Muawiyah r.a. [Nota: Terjemahan ayat al-Quran – “Itulah orang yang Kami telah tetapkan iman dalam hati mereka. Dan Kami hiaskannya dalam hati mereka. Mereka itulah orang-orang yang terpimpin (“rasyiduun”), bermaksud, “di atas landasan yang betul)”

3. [ 00:12:51 ] – HADITH PALSU KETIGA (TSAÄLABAH BIN HATIB (AHLI BADAR) ENGGAN BAYAR ZAKAT )

Tsa’labah (nama penuhnya Tsa’labah Bin Hatib) ialah seorang muslim yang taat di mana beliau tidak pernah meninggalkan solat jemaah lima waktu bersama Nabi s.a.w. Beliau amat miskin dan lantaran kemiskinannya yang melampau, beliau meminta supaya Nabi mendoakannya supaya diberi kekayaan. Nabi s.a.w. pada mulanya enggan mendoakan Tsa’labah atas alasan kekayaan akan mejadi fitnah kepadanya, tetapi setelah didesak, Baginda s.a.w. pun mendoakannya. Berkat doa Nabi s.a.w, kambing yang dipelihara Tsa’labah membiak dengan banyak dan cepat. Kesibukan menguruskan ternakannya menyebabkan beliau mulai cuai dalam ibadatnya. Pada mulanya beliau tertinggal satu dua solat berjemaah tetapi akhirnya beliau langsung tidak solat Jumaat dan jemaah. Untuk mengembangkan ternakannya beliau berpindah ke kawasan pedalaman. Nabi s.a.w menghantar utusan untuk mengutip zakat tetapi beliau enggan mengeluarkan zakat malah memperlekehkan kewajipan itu. Setelah ayat 75 hingga 78, Surah at-Taubah diturunkan kerananya, beliau telah insaf dan bertaubat serta ingin mengeluarkan zakat kepada Nabi s.a.w. tetapi ditolak. Selepas kewafatan Nabi s.a.w. beliau berjumpa dengan Khalifah Abu Bakar r.a. untuk mengeluarkan zakat tetapi ditolak oleh Abu Bakar atas alasan beliau tidak dapat menerima zakat itu kerana Rasulullah s.a.w. tidak menerima zakat Tsa’labah semasa hidup Baginda. Begitu juga di zaman permeritahan Sayyidina Umar al-Khattab dan Sayyidina Uthman r.hum. Akhirnya beliau mati dalam keadaan munafiq! Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://pemurniansejarah.wordpress.co…

00:19:00 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

Tsa’labah Bin Hatib adalah Sahabat Rasulullah yang menyertai Perang Badar. Dari hadith-hadith sahih, ahli Badar telah dijamin syurga oleh Allah. Tidak mungkin Tsa’labah menjadi seorang munafik setelah Allah sendiri telah menjamin ahli-ahli Badar sebagai ahli syurga.

VIDEO PENUH ASAL –

i. https://youtu.be/WYEKbigOUp4

ii. https://youtu.be/8rG3-P92knk

iii. https://youtu.be/bgjTk04bX58

iv. https://youtu.be/w1LAEiF_usQ

v. https://youtu.be/d0fOpgf0S24

Leave a comment