[MAKANAN & MINUMAN] – Siri 1 – Tidak Pernah Nabi s.a.w. Mencela Apa-Apa Makanan [VIDEO TEMATIK HADITH]

VIDEO – [Durasi – 4m 39s] – [MAKANAN & MINUMAN] – Siri 1 – Tidak Pernah Nabi s.a.w. Mencela Apa-Apa Makanan [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/0HwIysKiJhM ]

Video penuh asal – Sesi 4 – Menggigit Daging Dan Menanggalkan…

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH

باب مَا عَابَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم طَعَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ، أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ مَا عَابَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم طَعَامًا قَطُّ، إِنِ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ، وَإِنْ كَرِهَهُ تَرَكَهُ‏.‏

Bab – Tidak Pernah Nabi s.a.w. Mencela Apa-Apa Makanan Diriwayatkan daripada Abi Hurairah, katanya, “Nabi s.a.w. tidak pernah mencela makanan. Kalau dia ingin kepada makanan itu, dimakannya, kalau dia tidak ingin, ditinggalkannya”

[RINGKASAN] Tidak Pernah Nabi s.a.w. Mencela Apa-Apa Makanan

1. Nabi s.a.w tidak pernah mencela makanan.

2. Sesetengah ulama’ berpendapat, Nabi tidak pernah mencela makanan yang dijadikan oleh Allah s.w.t. (seperti buah-buahan – penyunting) tetapi ada menegur (tetapi tidak menghina) kekurangan dalam makanan yang dibuat manusia (seperti masakan – penyunting). Ini adalah kerana kejadian Allah tidak boleh dicela, tetapi perbuatan manusia boleh dikritik.

3. Celaan (Hinaan) akan menyebabkan orang yang dicela berkecil hati.

4. Ulama’ lain berpendapat, Baginda s.a.w. tidak mencela makanan yang halal dan diharuskan memakannya tetapi sentiasa mencela makanan yang haram.

5. Pengarang kitab ini pula berpendapat, adalah elok jika tidak mencela semua makanan sama ada ianya yang dijadikan Allah atau yang dibuat oleh manusia. Ini adalah kerana celaan menyebabkan manusia berasa kecewa.

6. Nabi s.a.w adalah seorang yang mudah berurusan dan Baginda s.a.w. tidak menyakiti isteri-isterinya. Baginda bersikap demikian walaupun kedudukan Baginda sebagai ketua negara yang disanjungi.

7. Kita hendaklah mengambil tauladan dari sikap Baginda s.a.w. yang tidak cerewet dan berlebih kurang dalam hal-hal seumpama makan-minum.

8. Untuk keharmonian rumah tangga kita hendaklah berterima kasih atas apa-apa sumbangan pasangan kita dan tidak membesar-besarkan kekurangannya.

Leave a comment