VIDEO – [Durasi – 5m 47s] – [MENDIDIK JIWA] – Siri 2 – Kesihatan & Masa Lapang – Dua Nikmat Yang Disia-siakan [HADITH TEMATIK]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/2MStI8ZqK90 ]
Video penuh asal – • Sesi 1 – Tidak Ada Kehidupan Sempurna Mela…
MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH
حَدَّثَنَا الْمَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ ـ هُوَ ابْنُ أَبِي هِنْدٍ ـ عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ـ رضى الله عنهما ـ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم “ نِعْمَتَانِ مَغْبُونٌ فِيهِمَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ ”. قَالَ عَبَّاسٌ الْعَنْبَرِيُّ حَدَّثَنَا صَفْوَانُ بْنُ عِيسَى، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِنْدٍ، عَنْ أَبِيهِ، سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم مِثْلَهُ.
KESIHATAN DAN MASA LAPANG – DUA NIKMAT YANG DISIA-SIAKAN .
Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Abbas, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Dua nikmat kebanyakan manusia kerugian kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang”.
[RINGKASAN] Kesihatan Dan Masa Lapang – Dua Nikmat Yang Disia-siakan
1. Dua perkara yang kebanyakan manusia terpedaya, terpesona dan tertipu ialah nikmat kesihatan dan nikamt masa lapang. Nikmat-nikmat ini adalah peluang yang diberikan kepada kita untuk diisi dengan perkara-perkara yang bermakna.
2. Walaupun hanya satu dari dua nikmat itu dimanfaatkan dengan betul, seseorang itu akan beruntung. Alangkah ruginya kalau kedua-duanya disia-siakan. Tetapi sebaliknya jika kedua-duanya digunakan tetapi hanya untuk keuntungan dunia semata-mata dia tetap dalam kerugian.
3. Kebaikan hanya diperolehi jika seseorang itu menggunakan kesihatan dan masa lapangnya untuk perkara yang ada manfaatnya di segi agama (akhirat). Contohnya, belajar, bekerja dan mencari rezeki barulah ada manfaatya jika ianya dikaitkan dengan akhirat.
4, Kehidupan ini adalah ujian. Di dalam suatu hadith disebutkan syurga dikelilingi oleh perkara-perkara yang tidak disukai oleh kita dan neraka pula dikelilingi oleh perkara-perkara yang disukai (iaitu sesuai dengan nafsu). Perkara ini benar juga untuk mendapat “syuga” atau menempah “neraka” semasa hidup di dunia ini. Kita perlu berhati-hati dan berfikir panjang dengan perkara-perkara yang menyeronokkan di dunia ini dan menilai kesannya di akhirat nanti.
