[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 8m 16s] – [MUQADDIMAH- Siri 1] – Wajibnya Meriwayatkan Hadith Dari Orang Yang Thiqah [VIDEO TEMATIK HADITH]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/DYkOQUY37C4 ]
Video penuh asal – • Sesi 8 – Wajibnya Meriwayatkan Hadith Dari…
MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH
باب وُجُوبِ الرِّوَايَةِ عَنِ الثِّقَاتِ، وَتَرْكِ الْكَذَّابِينَ
حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ شُعْبَةَ عَنِ الْحَكَمِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ. (ح) وَحَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ أَيْضًا حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ شُعْبَةَ وَسُفْيَانَ عَنْ حَبِيبٍ عَنْ مَيْمُونِ بْنِ أَبِي شَبِيبٍ عَنِ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالاَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَلِكَ.
Bab – Wajibnya Meriwayatkan Hadith Dari Orang-orang Yang Thiqah Barang siapa yang menyampaikan sesuatu hadith dariku yang mana dia BERASA (versi lain: YAKIN) apa yang diceritakannya itu adalah satu dusta maka dia termasuk antara orang-orang yang berdusta.
RINGKASAN SYARAH
1. Kita tidak boleh meriwayatkan sesuatu hadith jika kita syak (atau yakin) bahawa ianya adalah dusta. Hadith-haditn Nabi adalah termasuk dalam urusan agama di mana kita tidak boleh bermudah-mudah walaupun dengan niat baik untuk menakut-nakutan orang dari melakukan maksiat.
2. Di era teknologi internet ini, fenomena penyebaran hadith palsu berlaku dengan berleluasa. Ini adalah kerana sikap yang tidak berhati-hati dalam meriwayatkan hadith atau jahil terhadap ilmu hadith. Amat mendukacitakan kerana hadith-hadith palsu ini disebarkan juga oleh mereka yang dianggap alim yang menjadi rujukan orang ramai di institusi-institusi agama.
3. Seseorang yang ingin menyebarkan sesuatu hadith wajib mampu untuk membezakan di antara hadith sahih dan hadith palsu. Jika dia tidak jelas tentang status sesuatu hadith, adalah lebih baik untuk tidak menyebarkannnya.
4. Dalil dari al-Quran supaya menyemak kesahihan sesuatu hadith ialah ayat 6, Surah Hujuraat yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”.
5. Kita perlu ingat bahawa tidak semua perawi yang ada di dalam kitab-kitab adalah benar dan baik. Kita hendaklah merujuk kepada penilaian oleh ulama’-ulama’ hadith contohnya, seperti yang dibincangkan dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadth-hadith palsu. Disamping itu pengajian hadith secara sistematik amatlah penting.
6. Banyak hadith-hadith palsu seperti amalan di malam Nisfu Syaaban, kelebihan puasa Rejab dsb. tersebar di dalam masyarakat dan ianya diamalkan oleh orang awam. Mereka sebenarnya dianiaya dengan diberi harapan palsu ganjaran-ganjaran pahala dan kelebihan yang tidak wujud.
