[PERMULAAN KEJADIAN] – Siri 1 – Dialah Tuhan Yang Memulakan Kejadian Makhluk Ini [VIDEO TEMATIK HADITH]

VIDEO – [Durasi – 9m 50s] – [PERMULAAN KEJADIAN] – Siri 1 – Dialah Tuhan Yang Memulakan Kejadian Makhluk Ini [HADITH TEMATIK]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/xM96ioSL2WA ]

Video penuh asal – •    • Sesi 1 – Kitab Permulaan Kejadian (Kejadia…  

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH

كتاب بدء الخل

بَابُ مَا جَاءَ فِي قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {وَهُوَ الَّذِي يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ}

قَالَ الرَّبِيعُ بْنُ خُثَيْمٍ وَالْحَسَنُ كُلٌّ عَلَيْهِ هَيِّنٌ. هَيْنٌ وَهَيِّنٌ مِثْلُ لَيْنٍ وَلَيِّنٍ، وَمَيْتٍ وَمَيِّتٍ، وَضَيْقٍ وَضَيِّقٍ. {أَفَعَيِينَا} أَفَأَعْيَا عَلَيْنَا حِينَ أَنْشَأَكُمْ وَأَنْشَأَ خَلْقَكُمْ، لُغُوبٌ النَّصَبُ. {أَطْوَارًا} طَوْرًا كَذَا، وَطَوْرًا كَذَا، عَدَا طَوْرَهُ أَيْ قَدْرَهُ

KITAB PERMULAAN KEJADIAN (atau, KEJADIAN ALAM SEMESTA) .

Bab – Berkenaan firman Allah, “Dialah tuhan yang memulakan kejadian makhluk ini. Kemudian DIa mengembalikannya dan mengembalikan kejadian itu mudah kepada-Nya (atau, lebih mudah kepadanya-Nya).

Rabi’ bin Khusain dan Hasan berkata: Semuanya (memulakan kejadian dan mengembalikan kejadian) kepada-Nya mudah ……Adakah Kami telah menjadi lemah dengan sebab telah mengadakan kejadian yang pertama? Apakah jadi susah kepada Kami ketika Kami menciptakan kamu dan menjadikan kejadian kamu, kepenatan, berbagai-bagai keadaan (keadaan yang berbeza-beza), kadang-kadang begini atau berperingkat-peringkat, di suatu peringkat begini di suatu peringkat yang lain begini. Dia (seseorang itu) melampaui kedudukannya.

[RINGKASAN] Dialah Tuhan Yang Memulakan Kejadian Makhluk Ini

1. Semua makhluk di alam semesta ini adalah kejadian Allah. Semuanya ada permulaan dan kesudahan. Berbanding dengan makhluk lain, manusia mempunyai kemahuan dan hasrat, berjuang dan berjihad untuk mencapainya. Kita manusia tidak berasa payah atau berat untuk berkorban (demi agama, contohnya) walaupun terpaksa menghadapi kematian.

2. Dialah (Allah) yang memulakan kejadian, mematikan dan kemudiannya mengembalikannya selepas beberapa lama hilang dari dunia. Mengembalikan semula makhluk (manusia dan jin) yang pernah dijadikan dari tiada adalah (lebih) mudah bagi Allah. .

3. Imam al-Bukhari berpendapat mengembalikan semula makhluk yang pernah dijadikan adalah sama mudahnya bagi Allah berbanding menjadikannya dari tiada pada peringkat permulaan. Ini adalah kerana jika menjadikan semula adalah lebih mudah berbanding menciptanya pada pertama kali akan menggambarkan Allah bersifat seperti makhluk. Tetapi ada pendapat lain iaitu, “lebih mudah” bagi Allah untuk mengembalikan makhluk selepas musnah adalah dipandang dari sudut penilaian manusia semata-mata tanpa mengira kedudukannya di sisi Allah. Perkara ini boleh difahami dengan mudah oleh manusia, oleh itu tiada alasan unuk menolak keyataan tentang wujudnya hari kiamat dan hari kebangkitan.

4. Adakah kamu fikir Allah akan penat dan perlu berehat selepas menjadikan bumi ini (sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang Yahudi)?

5. Allah menjadikan makhluk dari satu peringkat ke satu peringkat dan bertahap-tahap. Dia juga mencipta makhluk (manusia) berbeza-beza, ada yang gembira dan ada yang sedih dan sebagainya.

Leave a comment