VIDEO – [Durasi – 13m 25s] – [JIHAD)] – Siri 1 -Takrif Dan Keutamaan Jihad [VIDEO TEMATIK HADITH]
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/UyQd8fS-BAM ]
Video penuh asal – 1. Sunan Abi Daud (Kitab Jihad). https://youtu.be/Vmbkwr3FbGo 2. Sahih al-Bukhari (Kitab Jihad) – https://youtu.be/tEhhyvxd_Fo
MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH
باب فَضْلُ الْجِهَادِ وَالسِّيَرِ وَقَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى: {إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ} إِلَى قَوْلِهِ: {وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ} قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ الْحُدُودُ الطَّاعَةُ.
KEUTAMAAN JIHAD
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar…Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)”.
[RINGKASAN] Takrif Dan Keutamaan Jihad
1. “Jihad” ialah suatu perkara yang dibenci oleh orang kafir. Orang Islam pula terkeliru dengan menganggap “jihad” hanyalah berperang menumpahkan darah.
2. Jihad di segi bahasa bermaksud “susah”. Di segi syarak ianya bermaksud, “mengorbankan tenaga dan daya upaya untuk memerangi orang kafir”. Istilah “jihad” juga digunakan untuk melawan nafsu, syaitan dan orang fasiq.
3. “Berjihad melawan nafsu kita sendiri” bermaksud belajar agama, beramal dan mengajarkannya. “Berjihad melawan syaitan” ialah “menolak kekeliruan dan maksiat yang ditimbulkan syaitan dalam jiwa kita”.
4. Berjihad (peperangan) melawan orang kafir dan berjihad melawan orang fasiq boleh jadi dengan tangan, lidah atau hati.
5. Hukum berjihad melawan orang kafir sama ada fardhu ain atau fardhu kifayah. Amnya berjihad melawan orang kafir adalah fardhu kifayah tetapi dalam keadaan tertentu ianya berubah menjadi fardhu ain. Contohnya, bila keadaan memerlukan penglibatan semua orang dan bila diseru oleh pemerintah. Ada ulama’ berpendapat orang yang mula-mula diwajibkan berjihad (fardhu ain) ialah mereka yang paling dekat dengan musuh, diikuti orang-orang selepasnya sehinggalah musuh ditumpaskan. Ada ulama’ yang berpendapat jihad adalah wajib kepada mereka yang mampu dan ianya adalah berterusan.
6. Jihad ke atas orang kafir adalah sama ada dengan tangan, lidah atau hati dan ianya wajib ke atas semua orang pada setiap masa. Tidak boleh kita meredhai kekafiran mereka.
7. Maksud utama dari jihad ialah supaya semua orang menerima Islam. Walaupun begitu kita tidak boleh memaksa seseorang memeluk Islam.
8. Jika orang kafir tidak menerima Islam, mereka boleh mengamalkan agama mereka tetapi mereka hendaklah patuh kepada pemerintah dan undang-undang Islam.
9. Ayat al-Quran berkenaan jihad ialah Surah at-Taubah ayat 111, yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar…Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian)”
10. Akan sentiasa ada pertentangan di antara nafsu manusia dan kehendak agama. Mengatasi atau melawan kehendak nafsu adalah intipati kepada jihad. Contohnya, pertentangan antara perlunya belajar dengan keinginan untuk berehat dan bersenang-senang atau pertembungan di antara keinginan untuk kekal hidup dan cinta kepada kehidupan dunia dengan mati dalam perjuangan jihad.
11. Dalam hidup ini, perlu ada perjuangan dan perlawanan untuk terus kekal dan kemuncak perlawanan (jihad) ialah kehilangan nyawa.
12. Jihad akan berterusan sehingga hari kiamat dan tidak akan berhenti. Hanya golongan sesat yang mengatakan jihad berperang di jalan Allah sudah tidak ada di zaman ini. Bila semangat jihad berkobar, Islam akan naik dan gemilang. Usaha untuk menghapuskan semangat jihad adalah seolah-olah ingin menghapuskan Islam itu sendiri.
