[MENDIDIK JIWA] – Siri 5 – Orang Yang Telah Sampai Ke Peringkat Umur 60 Tahun [VIDEO TEMATIK HADITH]

VIDEO – [Durasi – 1m 29s] – [MENDIDIK JIWA] – Siri 5 – Orang Yang Telah Sampai Ke Peringkat Umur 60 Tahun [VIDEO TEMATIK HADITH]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/xqaRoS0EVFQ ]

Video penuh asal – •    • Sesi 1 – Tidak Ada Kehidupan Sempurna Mela…   ] – [Sahih Al-Bukhari (Kitab Melembutkan Hati) ]

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH

باب مَنْ بَلَغَ سِتِّينَ سَنَةً فَقَدْ أَعْذَرَ اللَّهُ إِلَيْهِ فِي الْعُمُرِ

‏ لِقَوْلِهِ: {أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ} عَبْدُ السَّلاَمِ بْنُ مُطَهَّرٍ، حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ عَلِيٍّ، عَنْ مَعْنِ بْنِ مُحَمَّدٍ الْغِفَارِيِّ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ ‏ “‏ أَعْذَرَ اللَّهُ إِلَى امْرِئٍ أَخَّرَ أَجَلَهُ حَتَّى بَلَّغَهُ سِتِّينَ سَنَةً ‏”‏‏.‏ تَابَعَهُ أَبُو حَازِمٍ وَابْنُ عَجْلاَنَ عَنالْمَقْبُرِيِّ‏.

Bab – Orang Yang Telah Sampai Ke Peringkat Umur 60 Tahun (Orang yang umurnya menjangkau 60 tahun). Sesungguhnya tidak ada lagi alasan yang Allah berikan kepadanya berhubung dengan umur kerana firman-Nya, bermaksud, “Tidakkah Kami telah panjangkan umurmu untuk satu jangka masa di mana seseorang yang mahu mendapat peringatan akan mendapat peringatan dan telah pun datang kepadamu pengancam” (Surah al-Fatir, ayat 37). Diriwayatkan dari Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. sabdanya, “Allah tidak memberi apa-apa alasan lagi kepada seseorang yang telah diperlewatkan ajalnya hingga sampai kepada umur 60 tahun ”

RINGKASAN] Orang Yang Telah Sampai Ke Peringkat Umur 60 Tahun

PETIKAN DARI LAMAN WEB PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ

Maksudnya: “Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir.” (Surah al-Fatir, Ayat 37)

1. Syeikh Sayyid al-Tantawi menyatakan ketika mentafsirkan ayat ini bahawa Allah s.w.t. menegur insan-insan yang terus kekal dan lalai dengan kehidupan dunia sedangkan usia mereka itu mampu untuk mencari kebenaran atau cahaya keimanan. [Lihat: Tafsir al-Wasith, 352/11]

2. Hadith-hadith di atas menunjukkan kepada kita bahawa antara tujuan Allah s.w.t. memanjangkan usia seseorang itu adalah supaya mereka menggunakan peluang tersebut pada perkara-perkara ketaatan supaya ia tidak menjadi hujjah di akhirat kelak disebabkan sedikitnya amalan seseorang itu. Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani ketika mensyarahkan hadith ini berkata, makna hadith tersebut adalah tidak berbaki lagi keuzuran (tidak menerima alasan) bagi sesiapa yang telah dipanjangkan usianya oleh Allah s.w.t. seperti mereka berkata “jika Allah memanjangkan usia aku pasti aku melakukan apa yang telah diperintahkan.” Dihilangkan keuzuran (tidak diterima alasan) tersebut adalah kerana seseorang itu telah mencapai penghujung kepada keuzuran dan mereka juga mampu untuk melakukannya di samping tiada lagi keuzuran buatnya untuk meninggalkan ketaatan kerana mereka mampu untuk melakukannya apabila dikurniakan usia yang sedemikian. Maka, tidak layak seseorang itu ketika berada pada usia sedemikian menyibukkan diri mereka melainkan pada perkara seperti istighfar (memohon ampun kepada Allah), melakukan ketaatan dan juga mempersiapkan diri sepenuhnya untuk menghadapi hari Akhirat. [Lihat: Fath al-Bari, 240/11]

[ Artikel asal – https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/2490-irsyad-al-hadith-siri-ke-276-umur-panjang-diampunkan-dosa ]

]

Leave a comment