[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 26] Hadith Tentang Kelebihan Dan Keburukan Sayur-Sayur Tertentu Semuanya Palsu Kecuali Kelebihan Cendawan (Video – Hadith Palsu Kebaikan Dan Keburukan Sayur)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 14s] – [HADIS PALSU] – Hadith Palsu Kebaikan Dan Keburukan Sayur

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/PfjiMssf0Oc ]

USUL DIRAYAT KE-26 – Hadith-hadith tentang kelebihan dan keburukan sayur-sayur tertentu semuanya maudhu’ (palsu); demikian juga hadith yang menggambarkan kelebihan sayur dalam suatu hidangan kerana ia boleh menghalau syaitan dan ia mengandungi khasiat-khasiat tertentu (kecuali hadith tentang kelebihan cendawan).

HADITH SAHIH TENTANG CENDAWAN

00:01:00 ] – “Cendawan itu sebahagian dari al-Mann, airnya adalah penawar bagi mata”

PENJELASAN

00:01:26 ] – Tidak dinafikan sayur mempunyai banyak khasiat tetapi yang ditekankan ialah Nabi s.aw. TIDAK PERNAH menyatakan kelebihan sayur tertentu (kecuali cendawan). Untuk perkara duniawi seperti ini kita boleh dapatkan maklumat dari sesiapa saja dan tidak perlu bergantung dengan sabda Nabi s.a.w.

PERINGATAN

00:04:01 ] – Berhati-hati dengan kitab-kitab “ath-Thibb Nabawi” (Kitab Perubatan Nabi) karangan ulama’-ulama’ kita kerana terdapat hadith-hadith yang diragukan kesahihannya dimasukkan ke dalam kitab-kitab tersebut.

NOTA AKHIR “Hadith-hadith” tentang kelebihan atau keburukan sayur ini banyak bertebaran dan kita boleh katakan semuanya palsu.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH TENTANG KELEBIHAN DAN KEBURUKAN SAYUR-SAYUR TERTENTU SEMUANYA PALSU KECUALI KELEBIHAN CENDAWAN


1. [ 00:04:34 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Tiada sehelaipun daun cikuri melainkan di atasnya ada setitis air syurga”. (“Hadith” ini terdapat di dalam kitab al-Mu’jam al-Kabir karangan at-Tabarani dan at-Thibbun Nabawi karya Abu Nua’im).

00:07:00 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Perawi hadith dari kitab at-Tabarani tadi adalah Syiah. Adalah maklum bahawa golongan Syiah terkenal sebagai pereka hadith.

2. [ 00:08:09 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Kelebihan daun bawang daripada sekelian sayur-sayuran lain adalah seperti kelebihan gandum daripada sekelian bijirin yang lain”. (“Hadith” ini berkemungkinan direka oleh puak-puak zindiq Mesir).

00:09:16 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

As-Syaukani dan al-Jauzi mengatakan hadith ini maudhu’ (palsu). Ada satu lagi versi hadith ini yang memasukkan kemudaratan memakan daging.

3. [ 00:10:34 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sayur yang paling buruk ialah selada air. Sesiapa yang memakannya pada waktu malam dia akan bermalam dalam keadaan nafasnya mengganggunya. Urat penyakit kusta juga akan memukul di dalam hidungnya. Oleh itu makanlah selada air pada waktu siang, jangan makan pada waktu malam”. [“Hadith” ini terdapat di dalam kitab-kitab hadith maudhu’ (maudhu’at)]

KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

“Hendaklah ada dalam hidangan-hidanganmu sayur-sayuran kerana ia menghalau syaitan”.

4. [ 00:11:36 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Hendaklah ada dalam hidangan-hidanganmu sayur-sayuran kerana ia menghalau syaitan”.

00:12:19 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

Ibnu Jauzi mengatakan hadith ini tiada asalnya. Ibnu Hibban mengatakan perawinya meriwayatkan hadith-hadith maudhu’ dan mengaitkannya dengan perawi-perawi thiqah.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/U8sU-V0EZxo

Leave a comment