[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 14m 56s] –[HADIS PALSU] – Garam Penghulu Makanan & Penyembuh Penyakit Kronik
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/c1SuhDqiqII ]
USUL DIRAYAT KE-27 – Hadith-hadith tentang kelebihan garam dan kelebihan memakannya sebelum atau selepas memakan makanan utama yang lain semuanya maudhu’ (palsu), atau yang paling tinggipun ianya dhaif sangat (dhaif jiddan). Tidak ada satupun darinya sahih.
PENJELASAN
[ 00:00:51 ] – Dalam masyarakat dahulu banyak petua, kepercayaan dan pantang larang tentang garam. Ada amalan yang berpunca dari “hadith” yang palsu seperti garam sebagai lauk yang utama dan memakan garam sebelum atau selepas makan. Banyak juga pantang larang ini (contohnya, larangan urusan jual beli garam di waktu malam) yang merugikan kita.
RENUNGAN
1. Hadith-hadith palsu ini menjadikan agama Islam terlindung daripada orang bukan Islam dari mengetahui Islam yang sebenar. Ianya malah memberi imej buruk tentang Islam dan Nabi s.a.w. bila mereka dapati apa yang didakwa oleh “hadith-hadith” ini tidak benar.
2. Usaha mencelikkan masyarakat harus terus berjalan dengan mendedahkan hadith-hadith dan riwayat palsu yang terdapat di dalam kitab-kitab terutamanya kitab-kitab popular.
[KENALI HADITH PALSU] – HADITH TENTANG KELEBIHAN GARAM DAN KELEBIHAN MEMAKANNYA SEBELUM ATAU SELEPAS MEMAKAN MAKANAN UTAMA SEMUANYA PALSU
1. [ 00:01:50 ] – HADITH PALSU PERTAMA
“Jangan lupa garam, kerana sesungguhnya ia adalah penawar bagi 70 penyakit”. [“Hadith” ini terdapat dalam kitab Musnad al-Firdaus karangan ad-Dailami dan juga kitab-kitab hadith palsu (maudhu’at) Ibnu Jauzi dan lain-lain]
[ 00:02:38 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA
i. Tidak terbukti di segi perubatan garam adalah penyembuh kepada 70 jenis penyakit. Sebaliknya garam adalah berbahaya untuk penyakit tertentu seperti penyakit tekanan darah tinggi.
ii. Versi lengkap hadith ini berbunyi, “Wahai Ali! Jangan lupa garam kerana sesungguhnya ianya adalah penawar bagi 70 penyakit; kusta, sopak dan gila”. [Nota: Hanya ada satu hadith yang bermula dengan “Wahai Ali” yang sahih – sila rujuk video Usul Dirayat ke13 – • [HADIS PALSU] Beribu Hadis Bermula De… ]
iii. Perawi hadith ini ialah Abdullah Bin Ahmad Bin Amir, seorang pendusta besar.
2. [ 00:04:40 ] – HADITH PALSU KEDUA
Aisyah r.ha. kononnya meriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa makan garam sebelum dan selepas memakan makanan (utama) bererti dia telah aman (selamat) daripada 360 penyakit. Yang paling ringan daripadanya ialah kusta dan sopak”. [“Hadith” ini terdapat di dalam kitab Musnad al-Firdaus]
[ 00:05:32 ] – HADITH PALSU YANG DIJADIKAN SEBAGAI PENGUAT (SYAHID)
“Mulakanlah memakan makananmu dengan garam. Demi tuhan yang nyawaku berada di tangannya, sesungguhnya ia menolak 73 bala atau, Baginda bersabda, 73 penyakit”.
[ 00:06:36 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA
i. Hadith ini menunjukkan cara memakan garam yang boleh menyembuhkan penyakit. Hadith utama menyebut dapat menyembuhkan 360 jenis penyakit manakala hadith penguat menyebut 73 jenis penyakit. Memang begitulah tabiat hadith palsu, ianya sentiasa berkembang dan berubah-ubah.
ii. Hadith ini mendakwa garam dapat menyembuhkan penyakit-penyakit kronik, yang semuanya adalah palsu! iii. Hadith-hadith palsu ini terdapat di dalam kitab-kitab terpencil, kitab hadith “maudhuat” dan kitab-kitab tasawwuf seperti Ihya Ulumuddin.
3. [ 00:09:09 ] – HADITH PALSU KETIGA
Anas kononnya telah meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Penghulu lauk kamu ialah garam”. [“Hadith” ini terdapat dalam kitab-kitab yang agak masyhur seperti Sunan Ibni Majah, Syu’abul Iman (al-Baihaqi), Musnad Abi Ya’la dan lain-lain]
[ 00:09:52 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA
Perawi-perawi hadith ini sama ada dhaif (matruk) ataupun tidak dikenali (majhul).
[ 00:10:21 ] – HADITH PALSU YANG MEMBINCANGKAN TOPIK YANG SAMA
i. “Penghulu lauk di dunia dan di akhirat ialah daging. Penghulu minuman di dunia dan di akhirat ialah air. Dan penghulu wangi-wangian di dunia dan di akhirat ialah bunga inai”
ii. “Sebaik-baik lauk ialah daging, ia adalah penghulu lauk”
iii. RUMUSAN – Tiada satupun hadith yang sahih berkenaan garam atau daging sebagai penghulu lauk.
VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/U8sU-V0EZxo
