[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 28] Hadith Tentang Kelebihan Permata Tertentu Seperti Akik, Zamrud Semuanya Palsu (Video – Permata Zamrud Dan Delima Cegah Kepapaan & Permata Akik Cincin Ahli Syurga)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 25s] – [HADIS PALSU] – Permata Zamrud Dan Delima Cegah Kepapaan & Permata Akik Cincin Ahli Syurga

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/IvCIJDjrOVQ ]

USUL DIRAYAT KE- 28 – Hadith-hadith yang menyebutkan tentang kelebihan permata-permata tertentu seperti akik, zamrud dan lain-lain atau kegunaan, faedah, manfaat dan khasiatnya semuanya adalah maudhu’ (palsu). Tidak ada satupun daripadanya sahih.


[ 00:01:20
 ] – NOTA

Nabi s.a.w tidak pernah menggalakkan Sahabat-sahabatnya memakai permata-permata tertentu.

00:07:37 ] – PERINGATAN

Batu atau permata tertentu diciptakan Allah mungkin ada manfaatnya kepada manusia. Kita boleh mengambil manfaat daripadanya tetapi janganlah mengatakan manfaat tersebut adalah dari sabda Nabi s.a.w. Kita perlu faham bahawa batu atau permata itu sendiri tidak dapat memberi manfaat atau mudarat walaupun sedikit. Mudarat yang kononnya datang dari batu-batu berhala ialah angkara jin-jin yang berdampingan dengan batu tersebut.

00:09:49 ] – RENUNGAN SEJENAK

1. Hadith-hadith palsu ini sama ada direka oleh pedagang-pendagang yang ingin melariskan jualan mereka atau pun puak-puak zindiq yang ingin mencemarkan Islam.

2. Kita perlu mengetahui tentang hadith palsu untuk mengenal hadith-hadith sahih. 3. Hakikat bahawa hadith-hadith palsu ini sentiasa dibersihkan dari masyarakat Islam membuktikan agama Islam itu agama Allah yang dijamin terjaga sehingga akhir zaman.

00:12:40 ] – EPILOG 1

Dalam Islam keberkatan diperolehi melalui amal soleh dan ketaatan kepada Allah dan bukannya dengan memakai cincin atau permata tertentu.

00:13:15 ] – EPILOG 2

Kepercayaan bahawa permata mempunyai kelebihan, faedah, manfaat dan khasiat tertentu boleh membawa manusia kepada pemujaan dan penyembahan berhala-berhala.

00:13:46 ] – NOTA AKHIR – KITAB-KITAB TERBAIK SEBAGAI RUJUKAN UNTUK MENGETAHUI HADITH PALSU

1. “Silsilah al-Ahadith al-Dhaifah” karangan Sheikh al-Albani. Ianya mengandungi penerangan yang terperinci tentang setiap hadith palsu di dalam kitabnya.

2. “Al-Maudhu’at” karangan Ibnu al-Jauzi kerana mengemukakan sanad-sanad yang hampir lengkap untuk hadith maudhu’ yang dikemukakan.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH TENTANG KELEBIHAN PERMATA TERTENTU SEPERTI AKIK, ZAMRUD SEMUANYA PALSU


1. [ 00:02:19 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Pakailah cincin dengan permata zabarjad, kerana ia mudah, tiada sebarang kesukaran padanya”.

00:02:40 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hafidz Ibnu Hajar dan tokoh-tokoh hadith yang lain seperti Ibnu al-Jauzi dan al-Uqaili mengatakan ianya hadith maudhu’.

ii. Maksud dari hadith ini tidak begitu jelas dan agak dangkal; tidak sesuai ianya adalah dari percakapan Nabi s.a.w.

2. [ 00:04:31 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Pakailah cincin dengan permata zamrud, kerana ianya menjauhkan kepapaan” .

00:04:59 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Al-Uqaili dan as-Sakhawi berkata tiada satupun hadith sahih berhubung parmata akik atau zamrud atau lain-lain permata.

ii. Realiti sebenar dalam kehidupan tidak menyokong petua yang mengatakan orang yang memakai cincin zamrud terhindar dari kepapaan. Kepercayaan karut ini dibimbangi akan membawa kepada tahyul dan khurafat.

3. [ 00:06:25 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesiapa yang memakai cincin bertatahkan permata delima, Allah akan menghilangkan kepapaan daripadanya”.

4.[ 00:06:47 ]- HADITH PALSU KEEMPAT

“Kebanyakan permata yang dipakai oleh ahli syurga ialah akik”.

00:07:05 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

Sahl Bin Abdillah az-Zahid, perawi hadith ini, adalah seorang pendusta besar yang selalu mengada-ngadakan (mereka) hadith.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/U8sU-V0EZxo

Leave a comment