[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 29] Hadith Kelebihan Membela Burung Merpati Atau Ayam Jantan Putih Semuanya Palsu (Video – Burung Merpati Perdayakan Jin & Ayam Jantan Putih Kawan Nabi s.a.w.)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 10m 35s] –[HADIS PALSU] – Burung Merpati Perdayakan Jin & Ayam Jantan Putih Kawan Nabi s.a.w.

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/HcLxiLI-ZlM ]

USUL DIRAYAT KE- 29 – Kelebihan Membela Burung Merpati Atau Ayam Jantan Berwarna Putih, Hadith-hadith Mengenainya Tidak Ada Satupun Yang Sahih, Malah Semuanya Maudhu’ Dan Karut

NOTA:

1. [ 00:00:38 ] – Merpati putih adalah amat rapat di hati masyarakat dunia Arab, India dan Pakistan. Di antara sebab munculnya hadith-hadith palsu tentang merpati putih ialah ianya direka untuk mengampu raja-raja yang berhibur dengan burung-burung merpati.

2. [ 00:01:51 ] – Hanya ada satu hadith sahih berkaitan ayam iaitu, “Apabila kamu mendengar kokok ayam engkau mohonlah kepada Allah limpah kurnia-Nya kerana sesungguhnya ia nampak malaikat. Dan apabila kamu mendengar rengkekan keldai, maka mohonlah perlindungan kepada Allah kerana sesungguhnya ia nampak syaitan”.

[Hadith ini tidak bermaksud adanya apa-apa keistimewaan pada ayam atau keldai, tetapi sekadar menceritakan haiwan-haiwan ini ada kemampuan melihat malaikat atau syaitan dan mengingatkan kita supaya berdoa memohon limpah kurnia Allah atau meminta perlindungan dari gangguan syaitan]

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH KELEBIHAN MEMBELA BURUNG MERPATI ATAU AYAM JANTAN PUTIH SEMUANYA PALSU

1. [ 00:04:53 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Peliharalah merpati ‘maqasis’ (suka berkokok) di rumah-rumahmu kerana ia melalaikan jin daripada mengganggu anak-anakmu”

00:06:02 ] – PERINGATAN

Sekiranya didapati perkara ini benar-benar terjadi (iaitu, jin tidak mengganggu anak-anak), maka kemungkinan inilah syarat yang jin atau syaitan tetapkan (iaitu, memelihara merpati putih) demi untuk memperdaya manusia supaya mematuhi dan mempercayai mereka. Perkara ini boleh membahayakan akidah seseorang muslim.

00:07:06 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

Ibnu al-Jauzi, Imam Ahmad, Yahya bin Ma’in dan Ibnu Hibban menghukumkan “hadith” ini maudhu’ (palsu). Perawi hadith ini, Muhammad bin Ziad, adalah pereka hadith dan pendusta besar.

2. [ 00:07:36 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Ayam jantan putih adalah kawanku dan kawan kepada kawanku dan juga musuh kepada musuhku”

00:08:00 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

Semua hadith yang berkaitan ayam atau merpati putih adalah palsu; tidak perlu kita mengkaji lebih lanjut.

3. [ 00:08:14 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Ayam jantan putih adalah kawanku dan kawan bagi kawanku. Ia menjaga rumah tuannya dan sembilan rumah yang lain di sekelilingnya. Rasulullah s.a.w. selalu membawanya pada waktu malam di dalam rumah”

00:09:04 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

Tokoh-tokoh ulama’ hadith sepakat mengatakan tiada hadith sahih tentang ayam putih. “Hadith-hadith” yang dikemukakan adalah amat dangkal dan tidak munasabah dan tidak mungkin datang dari Nabi s.a.w.

VIDEO PENUH ASAL – https://youtu.be/U8sU-V0EZxo

Leave a comment