[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 10m 28s] – [HADIS PALSU] – Suara Di Bulan Ramadhan & Lahir Selepas Tahun 100 Tak Guna!
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Ekxf5mkGYqY ]
USUL DIRAYAT KE – 41 – Mana-mana Riwayat Yang Menyatakan Pada Abad Sekian-sekian, Pada Tahun Sekian-sekian, Pada Bulan Sekian-sekian Atau Pada Hari Sekian-sekian Akan Berlaku Peristiwa-peristiwa Tertentu Dengan Tepat Dan Jelas, Semuanya Maudhu’ (Palsu). Demikian Juga Riwayat-riwayat Yang Menyatakan Dengan Jelas Dan Tepat Pada Tahun Sekian-sekian Hendaklah Dibuat Begini-begini Sebagai Panduan Bagi Orang-orang Yang Berada Padanya Tidak Ada Satupun Daripadanya Sahih.
SELINGAN
1. [ 00:09:41 ] – ANTARA FAKTOR MENGAPA ADANYA PEREKA-PEREKA HADITH
Pada zaman dahulu (di zaman periwayatan hadith), mereka yang mengetahui hadith amat dihormati oleh masyarakat. Maka wujudlah mereka yang berkepentingan dunia (demi kemasyhuran dan kebendaan) mencipta hadith-hadith palsu untuk menarik masyarakat kepada mereka.
2. [ 00:10:05 ] – MENGAPA HADITH PALSU MASIH DITERIMA WALAUPUN STATUSNYA PALSU?
Pepatah Arab ada mengatakan, “Setiap yang jatuh ada yang memungutnya”, menunjukkan sentiasa ada orang yang mengambil dan percaya kepada hadith-hadith palsu ini selagi ianya berlegar dalam masyarakat. [Oleh itu hendaklah kita pastikan ianya tidak disebarkan atau kalau sudah tersebar, hendaklah didedahkan kepalsuannya]
[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT PADA ABAD SEKIAN-SEKIAN, TAHUN SEKIAN-SEKIAN, BULAN SEKIAN-SEKIAN ATAU HARI SEKIAN-SEKIAN AKAN BERLAKU PERISTIWA TERTENTU DENGAN TEPAT DAN JELAS SEMUANYA MAUDHU’
1. [ 00:01:10 ] – HADITH PALSU PERTAMA
“Allah tidak memerlukan anak-anak yang dilahirkan selepas 100 tahun”.
[ 00:01:26 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA
i. Imam Ahmad mengatakan hadith ini tidak sahih (maksudnya, maudhu’).
ii. Hadith ini terdapat di dalam kitab ‘maudhuat’ (kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu).
iii. Benarkah Allah tidak memerlukan manusia selepas abad pertama? Adakah syariat Islam hanya untuk abad pertama? Kalau begitu, apa perlunya kita terikat dengan agama! Tetapi hakikatnya, berapa ramai ulama’ yang hebat dilahirkan selepas abad pertama dan ini secara langsung menyanggah hadith ini.
iv. Hadith ini bercanggah dengan hadith sahih berikut:
a) “Akan terus ada satu golongan daripada umatku yang teguh di atas kebenaran sehingga kiamat”.
b) “Umatku seperti hujan. Tidak diketahui yang terbaik itu di awalnyakah atau di akhir”
2. [ 00:03:33 ] – HADITH PALSU KEDUA
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Nanti akan ada satu suara di bulan Ramadhan”. Mereka (Sahabat) bertanya, “Di awalnyakah atau di tengahnya atau di akhirnya”. Jawab Nabi s.a.w., “Bahkan di tengah bulan Ramadhan. Apabila tengah Ramadhan itu kena pada malam Jumaat, satu suara datang dari langit, kerananya akan pengsan 70,000 manusia, akan jadi bisu 70,000 orang, akan jadi buta 70,000 orang dan akan jadi pekak 70,000 orang”. Mereka (Sahabat) bertanya, “Siapakah dari kalangan umatmu yang selamat?”. Jawab Baginda, “Orang yang tetap di rumahnya, melindungi dirinya dengan bersujud dan bertakbir dengan suara yang kuat”. [Nota: Di dalam riwayat lain ada tambahan seperti berikut: “Suara pertama ialah suara Jibril, suara yang kedua ialah suara syaitan dan ada suara yang ketiga dalam bulan Ramadhan…”]
[ 00:05:18 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA
i. Ibnu Jauzi mengatakan hadith ini tidak sahih; perawinya tidak bernilai sedikitpun.
ii. Umat Islam tidak perlu takut akan keadaan-keadaan atau fenomena pelik yang kononnya berlaku dalam masyarakat. Ia sebenarnya ingin mengalihkan perhatian kita.
3. [ 00:06:07 ] – HADITH PALSU KETIGA
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila tiba tahun 150, maka sebaik-baik anak-anakmu ialah anak-anak perempuan. Apabila tiba tahun 160 pula, maka manusia yang terbaik pada masa itu ialah yang tiada tanggungan”. Kami bertanya, “Apakah maksud, ‘manusia yang tiada tanggungan’ itu?”. Jawab Nabi s.a.w., “Iaitu orang yang tidak mempunyai anak, tidak banyak pula perbelanjaannya (orang miskin)”.
[ 00:06:59 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA
i. Ibnu Jauzi berkata hadith ini tiada nilai langsung.
ii. Tujuan pereka hadith ini ialah untuk melemahkan umat Islam seperti menggalakkan umatnya hidup miskin dan hidup sendirian tanpa tanggungjawab. Walaupun ianya tidak diendahkan oleh masyarakat umum, hadith palsu ini mungkin mempengaruhi mereka yang jahil tentang hadith Nabi dan menganggapnya sahih.
4. [ 00:08:05 ] – HADITH PALSU KEEMPAT
“Apabila tiba tahun 380, kepada umatku, halallah kepada mereka hidup membujang dan bertapa di atas puncak-puncak gunung”.
[ 00:08:38 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT
i. Hadith ini dimasukkan dalam kitab ‘al-maudhuat’, kitab-kitab yang mengumpulkan hadith palsu.
ii. Di dalam sanadnya ada perawi bernama Sulaiman bin Isa, seorang pereka hadith.
iii. Hadith ini menggambarkan bahawa berkahwin adalah wajib sebelum tahun 380H dan ia juga menggalakkan amalan bertapa di kalangan umat Islam.
iv. Ada hadith sahih tentang fitnah di akhir zaman, tetapi ianya tidak menyatakan tarikh berlakunya dengan tepat dan tidak menyatakan amalan bertapa.
VIDEO PENUH ASAL – • Sesi 72 -Berlaku Peristiwa Tertentu P…
