[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 42] Hadith memuji kehidupan membujang dan mencela kehidupan berkeluarga semuanya karut. (Video – Pelihara anak anjing lagi baik dari pelihara anak kandung! Wow!)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 34s] – [HADIS PALSU] – Pelihara anak anjing lagi baik dari pelihara anak kandung! Wow!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/TSToVMsIjlE ]

USUL DIRAYAT KE – 42 – Hadith-hadith yang memuji dan menyatakan kelebihan kehidupan membujang dan mencela kehidupan berkeluarga dengan beranak pinak semuanya karut. Tidak ada satupun daripadanya sahih.

SELINGAN

1. [ 00:11:52 ] – KEMANISAN, KEHEBATAN DAN MANAFAAT MENGETAHUI HADITH SAHIH TERSERLAH SELEPAS MENGETAHUI HADITH PALSU

2. [ 00:13:24 ] – BAHAYA KITAB-KITAB YANG TIDAK MUKTABAR DAN TIDAK DITAPIS YANG DIAJAR DI SESETENGAH INSTITUSI PONDOK DI NEGARA KITA

Banyak kitab-kitab lama yang diajar di pusat pengajian pondok di negara kita tidak ditapis dan ditahkik menyebabkan tersebarnya hadith-hadith palsu. Guru-guru yang mengajar kitab-kitab ini pula tidak memberi komen, menilai semula atau mengkritik hadith-hadith yang diragui yang terdapat di dalam kitab-kitab tersebut menyebabkan pelajar bebas mengamalkan apa yang ada dalam kitab, tidak kira sama ada ianya sahih atau tidak.

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH MEMUJI KEHIDUPAN MEMBUJANG DAN MENCELA KEHIDUPAN BERKELUARGA SEMUANYA KARUT

1. [ 00:00:38 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Apabila Allah kasih kepada seseorang hamba-Nya, Dia akan memilihnya untuk diri-Nya dan tidak menyibukkannya dengan isteri dan anak”. [Hadith ini terdapat di dalam kitab ‘Al-Maudhuat’ karangan Ibnu Jauzi, kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu]

00:01:26 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Hadith ini terdapat di dalam kitab ‘maudhuat’ (kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu). Di dalam sanadnya terdapat perawi pendusta besar, Ishaq Bin Wahab

ii. Kenyataannya, Nabi s.a.w. dan Sahabat-sahabat Baginda hidup berkeluarga dan beranak pinak, bercanggah dengan hadith ini.

iii. Al-Quran sendiri menggalakkan hidup berkeluarga dan beranak pinak sehinggakan menyarankan supaya berkahwin kerana dengan berkahwin akan dikurniakan harta.

2. [ 00:03:15 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Akan datang kepada manusia suatu zaman di mana ia memelihara anak anjing lebih baik lagi baginya daripada memelihara anak kandungnya”.

00:03:41 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu seperti al-Maudhuat (Ibnu al-Jauzi). Bagi orang awam, adanya hadith ini di dalam kitab-kitab seperti ini sudah cukup untuk membuktikan kepalsuannya.

ii. Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang dikaitkan dengan hadith ini seperti Anas, Abu Dzar, Ibnu Abas mempunyai keluarga dan beranak pinak, menyanggahi apa yang disarankan dalam hadith ini.

iii. Daud bin ‘Affan, salah seorang perawi hadith ini telah mereka bertimbun hadith palsu yang dikaitkan dengan Anas.

iv. Hadith ini menggalakkan memelihara anjing padahal ada hadith yang melarang memelihara anjing tanpa tujuan dan ianya menyebabkan berkurangnya pahala seseorang setiap hari. Malaikat (rahmat) tidak masuk ke dalam rumah yang ada anjing.

v. Memelihara anak sendiri dan anak yatim antara sebab seseorang dapat masuk syurga. Ada hadith Nabi s.a.w. yang menyatakan orang yang menanggung dua orang anak perempuan sehingga baligh akan dibangkitkan bersama dengan Nabi s.a.w.

3. [ 00:14:34 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Tidak pernah berjaya sama sekali orang yang berkeluarga (yang mempunyai anak pinak)”

00:09:26 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini adalah karut.

ii. Kenyataan yang berlaku dalam masyarakat tidak menyokong hadith ini, kerana didapati ramai orang yang berkeluarga berjaya dalam hidup dan tidak semua yang tidak berkeluarga berjaya.

iii. Dalam hadith sahih, Nabi s.a.w. bersabda yang bertentangan dengan hadith palsu ini, iaitu, sebaik-baik duit ialah yang dibelanjakan untuk keluarganya. Antara ciri-ciri orang yang berjaya ialah orang yang membelanjakan ahli keluarganya.

iv. Rasulullah s.a.w. mendoakan orang yang baru berkahwin kebahagiaan untuknya dan berdoa semoga dikurniakan zuriat yang baik. Ini menunjukkan Rasulullah suka umatnya berkeluarga dan Baginda mendoakan kebaikan kepada mereka.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 75 -Hadith Puji Kehidupan Membuj…  

Leave a comment