[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 45] – Hadith kelebihan mana-mana tempat atau negeri atau pujian Nabi terhadapnya yang bersifat tetap dan berkekalan selain Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis adalah palsu. Demikian juga dengan hadith yang mencela sesuatu tempat atau negeri. [Nota: Kalaupun ada doa Nabi untuk sesuatu tempat selain Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis, seperti Syam, Yaman dan lain-lain maka ia hanya merujuk kepada zaman tertentu, bukan bersifat tetap dan berpanjangan buat selama-lamanya] – (Video – Penduduk Mesir Pendek-Pendek Umurnya!)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 15m 40s] – [HADIS PALSU] – Penduduk Mesir Pendek-Pendek Umurnya!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/nuRIql3UFz0 ]

USUL DIRAYAT KE – 45 – Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan mana-mana tempat atau negeri atau pujian Nabi s.a.w. terhadapnya yang bersifat tetap dan berkekalan selain Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis adalah palsu. Demikian juga dengan hadith-hadith yang mencela sesuatu tempat atau negeri. [Nota: Kalaupun ada doa-doa Nabi s.a.w. untuk sesuatu tempat atau negeri selain Mekah, Madinah dan Baitul Maqdis, seperti Syam, Yaman dan lain-lain maka ia hanya merujuk kepada zaman tertentu, bukan bersifat tetap dan berpanjangan buat selama-lamanya]

SELINGAN

1. [ 00:14:22 ] – SYIAH MEMINDA KITAB-KITAB MUKTABAR

Didapati ada naskhah Sahih al-Bukhari yang disusupkan perkataan tambahan seperti “alaihissalam (a.s)” selepas nama-nama yang dianggap sebagai Imam dan tokoh oleh penganut Syiah seperti nama Ali, Fatimah dll.

2. [ 00:15:08 ] – Hadith-hadith palsu boleh didapati dalam kitab-kitab khas yang mengumpulkan hadith-hadith palsu, atau di dalam kitab yang mengumpulkan perawi dhaif yang ditolak hadithnya dan kitab-kitab hadith yang bertaraf rendah yang memasukkan berbagai hadith dari yang sahih hingga yang palsu.

[KENALI HADITH PALSU] –  HADITH KELEBIHAN MANA-MANA TEMPAT ATAU NEGERI ATAU PUJIAN NABI TERHADAPNYA YANG BERSIFAT TETAP DAN BERKEKALAN SELAIN MEKAH, MADINAH DAN BAITUL MAQDIS ADALAH PALSU. DEMIKIAN JUGA HADITH YANG MENCELA SESUATU TEMPAT ATAU NEGERI.

1. [ 00:02:26 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Empat pintu daripada pintu-pintu syurga terbuka di dunia ini. Pertamanya Iskandariah, (kedua) Asqalaan, dan (ketiga) Qazwiin, Dan (keempat) kelebihan Judah (Jeddah) daripada semua yang tersebut itu seperti kelebihan Baitillahil Haraam daripada sekelian rumah yang lain”. [Nota: Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith maudhu’ (palsu)]

00:03:22 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Perawi hadith ini Abdul Malik bin Harun ialah pendusta besar dan pereka hadith.

ii. Hakikatnya, di mana pun kita berada, kita akan dapat memasuki syurga jika kita beriman dan beramal soleh; tidak terikat dengan empat tempat yang disebutkan dalam hadith palsu ini. iii. Hadith sahih yang memuji Yaman adalah bersifat sementara (semasa) dan hanya merujuk kepada golongan yang menerima Islam di zaman Nabi sahaja. Ini terbukti dengan kenyataan di mana setelah berlalu beberapa abad selepas zaman Nabi, kita dapati Yaman tidaklah terjamin sebagaimana yang digambarkan di dalam hadith tersebut.

2. [ 00:06:47 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Apabila Wilayah Khurasan (mulai) ditakluk, dan agak lama tentera-tentera Islam ke sana, sehingga mereka berkumpul di Azerbaijan dan kawasan-kawasan pergunungannya. Ketika itu lemahlah semangat Umar r.a. lalu dia berkata, “Kenapalah sibuk sangat aku dengan Khurasan! Kenapalah sibuk sangat aku dengan Khurasan! Alangkah baiknya kalau di antaraku dan Khurasan ada gunung-gunung salji! Alangkah baiknya kalau di antaraku dan Khurasan ada beberapa gunung api! Alangkah baiknya kalau di antaraku dan Khurasan ada seribu tembok, setiap satu daripadanya seperti tembok Ya’juj dan Ma’juj!

Ketika itu berkatalah Ali bin Abi Thalib a.s., “Sabar wahai anak al-Khattab! Agaknya engkau tidak mendapat ilmu Muhammad, atau agaknya engkau belum mengetahui ilmu dari Muhammad s.a.w. bahawa Allah mempunyai sebuah bandar di Khurasan, namanya Marw. Ia diasaskan oleh saudaraku Dzul Qarnain, dan ‘Uzair telah bersembahyang di situ. Sungai-sungainya cantik (menarik pengembara) dan buminya pula subur. Di setiap pintu bandar itu ada malaikat yang menghunus pedangnya demi menjaga penduduknya daripada segala bencana hingga ke hari kiamat.

Allah (juga) mempunyai sebuah bandar di Khurasan. Namanya Thaalaqaan. Kekayaannya bukan berupa emas dan perak, tetapi berupa orang-orang mukmin yang bangkit bila orang-orang lain bangkit dan menolong bila orang-orang lain telah gentar.

Allah (juga) mempunyai bandar di Khurasan. Namanya Syasy. Orang yang berdiri dan tidur di bandar itu sepertii orang yang berlumuran dengan darahnya di jalan Allah.

Allah (juga) mempunyai bandar di Khurasan. Namanya Bukhara. Penduduk Bukhara aman daripada kejutan ketika huru-hara berlaku. Ketika orang-orang lain bersedih, mereka pula bergembira. Bertuahlah Bukhara! Allah menjenguk mereka setiap malam, lalu mengampunkan sesiapa yang dikehendaki-Nya. Taubat orang-orang yang bertaubat di kalangan mereka pula diterima Allah.

Allah (juga) mempunyai bandar di Khurasan. Namanya Samarqand. Ia dibangunkan oleh orang yang membangunkan Hiirah. Allah melindungi penduduknya dan mendengar hiruk pikuknya. Setiap malam berserulah yang berseru (dengan berkata), “Bertuahlah kamu kerana akan memperolehi syurga! Berbahagialah Samarqand! Orang-orang di sekitarnya akan aman daripada azab Allah pada hari kiamat nanti jika mereka taat.

Kemudian berkata Ali, “Wahai Ibnu al-Kawwa’, berapakah jarak di antara Busanj dan Hiraat?” Jawab Ibn al-Kawwa’, “Enam farsakh”. Kata Ali, “Tidak, bahkan sembilan farsakh, tidak lebih dan tidak kurang walaupun sebatu. Demikianlah kekasih dan kesayanganku Muhammad s.a.w. memberitahuku.”

Kemudian beliau (Ali) berkata lagi, “Sesungguhnya di Khurasan ada sebuah bandar dipanggil Thuus. Betapa hebatnya orang-orang mukmin di Thuus! Mereka tidak mempedulikan kerana Allah celaan orang yang mencela. Mereka melakukan ibadat kerana Allah, dan menghidupkan sunnah Nabi-Nya s.a.w.

Sesungguhnya di Khurasan (juga) Allah mempunyai sebuah bandar. Namanya Khuwarizm. Orang yang tidur di situ seperti orang-orang yang beribadat pada hari paling panjang di musim panas. Mereka adalah anak-anak Qafthuura.

Sesungguhnya di Khurasan (juga) Allah mempunyai sebuah bandar. Namanya Jurjan. Hasil taninya elok. Tanah tinggi dan tanah rendahnya menghijau. Sumber airnya pula banyak. Makan dan minum hamba-hamba Allah di situ cukup mewah. Mereka berada dalam kesenangan ketika orang-orang lain berada dalam kesempitan. Mereka menurut perintah Allah dan bersegera pula mentaatinya. Sungguh bertuah mereka! Sekali lagi, sungguh bertuah mereka, jika mereka beriman dan membenarkan!

Sesungguhnya di Khurasan (juga) Allah mempunyai sebuah bandar. Namanya Quumas. Alangkah istimewanya orang-orang di Quumas! Maka berkata Umar, “Hai Ali engkau memang penimbul fitnah!”.

Mendengar kata-kata (tuduhan) Umar itu, Ali pun berkata, “Jika dua biji batu tercampak dari udara pun orang akan berkata, “Ini perbuatan Ali bin Abi Thalib.”

Umar seterusnya berkata, “Alangkah baiknya kalau jarak di antaraku dan Khurasan sejauh jarak di antaraku dan Balqa’ “. [Hadith palsu ini terdapat di dalam kitab al-Maudhuat, Ibnu al-Jauzi]

00:11:09 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini palsu. Perawi hadith ini Nuh bin Abi Maryam langsung tidak bernilai dan hadithnya tidak boleh ditulis.

ii. Terdapat unsur-unsur Syiah di dalam hadith ini seperti diletakkan doa “alaihissalam (a.s.) selepas nama Ali bin Abi Talib. Saidina Umar (musuh ketat Syiah) pula digambarkan sebagai seorang pengecut dan lemah semangat berbanding Saidina Ali yang digambarkan sebagai seorang yang penyabar dan berpengetahuan luas dalam hadith-hadith Nabi.

iii. Untuk melebihkan dan memuliakan sesuatu tempat berbanding tempat lain, diperlukan nas yang sahih dan terang tentangnya.

3. [00:12:27] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesungguhnya Mesir akan ditakluk sepeninggalanku. Maka rebutlah kamu kebaikannya, tetapi jangan jadikannya sebagai tempat tinggalmu. Sesungguhnya akan digiring kepadanya orang-orang yang paling pendek umurnya”

00:13:37 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Tokoh-tokoh hadith seperti Ibnu al-Jauzi, as-Sakhawi, al-Albani dan al-Ghumairi menghukumkan hadith ini sebagai maudhu’ (palsu).

ii. Hadith ini bercanggah dengan kenyataan di mana tidak terbukti semua orang yang tinggal di Mesir pendek umurnya.

iii. Ramai Sahabat-sahabat Nabi s.a.w. tinggal di Mesir dan tidak mengamalkan hadith palsu ini.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 78 – Hadith Pujian Atau Celaan T…  

Leave a comment