[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 47] – Hadith yang menyebutkan kelebihan orang berwajah cantik, pujian Nabi terhadap mereka, perintah Baginda supaya memandang mereka atau mereka tidak akan disentuh api neraka adalah palsu [Video – “Memandang wajah yang cantik adalah satu ibadat!”]

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 13m 47s] – [HADIS PALSU] – Memandang wajah yang cantik adalah satu ibadat!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/-5nqNHnprZ0&nbsp ]

USUL DIRAYAT KE – 47 – Setiap hadith yang menyebutkan kelebihan orang-orang yang berwajah cantik (baik laki-laki dan perempuan), pujian Nabi s.a.w. terhadap mereka, perintah Baginda supaya memandang mereka, meminta hajat dengan mereka atau mereka tidak akan disentuh api neraka, adalah palsu dan tidak berasas sama sekali.

[KENALI HADITH PALSU] –  HADITH YANG MENYEBUT KELEBIHAN ORANG BERWAJAH CANTIK, PUJIAN NABI TERHADAP MEREKA, PERINTAH BAGINDA SUPAYA MEMANDANG MEREKA ATAU MEREKA TIDAK DISENTUH API NERAKA ADALAH PALSU

1. [ 00:01:06 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Orang yang dikurniakan Allah s.w.t. wajah yang cantik dan nama yang bagus, serta diletakkan pula pada tempat yang tidak mengaibkannya, bererti dia adalah salah seorang pilihan Allah di kalangan makhluk-Nya”. [Nota: Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith maudhu’ dan juga beberapa buah kitab hadith besar. Wujudnya dalam kitab-kitab karangan ulama’ muktabar adalah sekadar untuk menyatakan kewujudan hadith tersebut dan seringkali untuk dinilai dan dikomentar oleh pengarangnya]

00:03:18 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini tidak sahih.

ii. Menurut ajaran Islam terpilihnya seseorang di sisi Allah hanya berdasarkan perbuatan yang memang berada di dalam batas ikhtiarnya, bukan faktor-faktor di luar kawalannya seperti rupa paras yang cantik dsb.

2. [ 00:04:38 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Memandang wajah yang cantik adalah satu ibadat”

00:04:56 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Ibnu Taimiyah mengatakan ianya hadith maudhu’.

ii. Salah satu kriteria hadith dhaif atau madhu’ ialah kabur maksudnya.

iii. Hadith ini seolah-olah menggalakan umat Islam melakukan maksiat dan tidak mungkin keluar dari mulut Rasulullah s.a.w.

iv. Terdapat beberapa hadith palsu yang senada dengan hadith ini, antaranya, “Melihat (memandang) wajah Ali adalah ibadat”, “Melihat perempuan yang cantik dan warna hijau menambahkan kecerahan mata”. Hadith-hadtih sebegini yang disalah guna oleh pengamal-pengamal ajaran sesat.

3. [ 00:08:08 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Carilah kebaikan pada orang-orang yang cantik wajahnya”

00:08:18 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Walaupun di dalam hadith ini ramai Sahabat Nabi s.a.w. yang dikatakan meriwayatkannya, hakikat sebenarnya, Sahabat-sahabat ini tidak tahu menahu pun tentang hadith ini tetapi pereka hadith telah berbohong dengan mengaitkannya dengan Sahabat.

ii. Hadith ini bercanggah dengan kenyataan, di mana kebaikan tidak bergantung dengan rupa paras seseorang.

iii. Hadith ini tidak boleh dikaitkan dengan hadith sahih berikut kerana maksud dan konteknya berbeza, “Sesungguhnya Allah itu cantik. Dia suka kepada kecantikan”.

4. [ 00:11:19 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Carilah orang-orang yang berwajah cantik dan berwarna hitam anak matanya, kerana sesungguhnya Allah malu hendak menyeksa (orang yang berwajah cantik) dengan neraka”.

00:11:41 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i. Ibnu al-Jauzi mengatakan hadith ini adalah maudhu’.

ii. Hadith ini bercanggah dengan ajaran Islam yang mengaitkan pembalasan amalan seseorang di akhirat kelak dengan amalan dan usaha yang dilakukannya semasa di dunia. Manusia tidak dibebankan dengan sesuatu yang di luar kemampuan dan ikhtiarnya.

iii. Abu Lahab terkenal dengan wajah yang cantik, tetapi rupa parasnya tidak menghalang dia dari dihumbankan ke dalam neraka.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 80 – Hadith kelebihan orang yang…  

NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…

Leave a comment