[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 13m 22s] – [HADIS PALSU] – Jangan Bercakap Bahasa Farsi, Kamu Akan jadi Fasiq!
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/-5nqNHnprZ0 ]
USUL DIRAYAT KE – 49 – Hadith-hadith yang menyatakan Allah membenci bahasa tertentu dan mencela, menghina atau menjelikkan mana-mana bahasa dengan mengatakan ia bahasa ahli neraka atau bahasa syaitan dan sebagainya semuanya maudhu’. Demikian juga hadith-hadith yang melarang orang yang pandai berbahasa Arab daripada bercakap dengan bahasa selain Arab, dan menyatakan orang-orang yang bercakap dengan bahasa Arab seperti bahasa Farsi dan lain-lain tidak bermaruah dan akan menyebabkan ia menjadi jahat, munafiq dan sebagainya.
SELINGAN
1. [ 00:10:03 ] – Istilah “Dajjal” yang diberi kepada seorang perawi hadith palsu adalah lafaz yang paling teruk terhadap seorang perawi. Ianya menunjukkan seorang penipu besar yang tidak halal diriwayatkan hadith daripadanya kecuali untuk mendedahkan keburukannya.
2. [ 00:11:50 ] – Keperluan kepada pengajian hadith amat mendesak sekarang ini kerana fenomena penyebaran hadith palsu berlaku dengan berleluasa dalam masyarakat. Masyarakat yang jahil hadith akan mudah tertipu dengan penampilan luaran individu-individu yang menyeleweng.
[KENALI HADITH PALSU] – HADITH ALLAH MEMBENCI BAHASA TERTENTU DAN MENCELA, MENGHINA ATAU MENJELIKKAN MANA-MANA BAHASA DENGAN MENGATAKAN IA BAHASA AHLI NERAKA ATAU BAHASA SYAITAN DSB SEMUANYA MAUDHU’. JUGA HADITH MELARANG ORANG YANG PANDAI BERBAHASA ARAB DARIPADA BERCAKAP DENGAN BAHASA SELAIN ARAB
1. [ 00:01:07 ] – HADITH PALSU PERTAMA
“Bahasa yang paling dibenci Allah ialah bahasa Farsi. Bahasa syaitan ialah bahasa Khuzi (bahasa orang-orang Khuzistan). Bahasa penghuni neraka ialah bahasa Bukhara, dan bahasa ahli syurga ialah bahasa Arab”
[ 00:01:51 ] – KOMENTAR
i. Hadith ini dikaitkan dengan Sahabat Nabi Abdullah Bin Amr dan Abu Hurairah rhum padahal mereka sedikitpun tidak terlibat.
ii. Hadith ini dihukumkan maudhu’ oleh Ibnu al-Jauzi. Perawi yang dituduh merekanya ialah Isma’il Bin Ziad.
iii. Hadith ini bercanggah dengan ayat al-Quran, Surah al-Ruum: ayat 22, Surah ar-Rahman: ayat 3 &4 dan Surah Ibrahim: ayat 4.
iv. Bahasa yang berbeza-beza adalah tanda kebesaran dan kewujudan Allah.
v. Di dalam al-Quran terdapat beberapa perkataan yang berasal dari berbagai bahasa selain dari bahasa Arab.
vi. Nabi s.a.w. sendiri ada mengucapkan perkataan yang bukan bahasa Arab.
2. [ 00:07:17 ] – HADITH PALSU KEDUA
“Orang yang bercakap dalam bahasa Farsi (menggunakannya) akan semakin bertambah kejahatannya dan semakin berkurang maruahnya”
[ 00:07:33 ] – KOMENTAR
i. Az-Zahabi, Ali bin al-Madini, Ibnu ‘Adi, Ibnu al-Jauzi, as-Syaukani dan al-Albani mengatakan hadith ini maudhu.
ii. Tidak terbukti orang yang bercakap bahasa Farsi adalah lebih jahat dan tidak bermaruah berbanding dengan orang yang berbahasa Arab.
iii. Sebaliknya bahasa Farsi banyak menyumbang dan berjasa kepada Islam.
3. [ 00:09:18 ] – HADITH PALSU KETIGA
“Sesiapa dari kalanganmu pandai bercakap bahasa Arab, maka janganlah sekali-kali ia bercakap bahasa Farsi, kerana ia menimbulkan sifat nifaq”
[ 00:09:37 ]- KOMENTAR
i. Perawi hadith ini Amar Bin Musa dituduh sebagai pendusta oleh Ibnu Ma’in.
ii. Imam al-Bukhari menulis satu bab bertajuk, “Orang yang bercakap bahasa Farsi dan bahasa-bahasa lain selain bahasa Arab” dengan tujuan untuk menyatakan keharusan bercakap dalam bahasa lain selain bahasa Arab.
iii. Nabi s.a.w. sendiri pernah menggunakan bahasa Farsi dalam percakapan Baginda.
iv. Zaid bin Tsabit pernah diarahkan Nabi untuk belajar bahasa ‘Ibrani dan Siryani untuk tujuan berdakwah kepada mereka yang menggunakan bahasa tersebut.
VIDEO PENUH ASAL – • Sesi 83 – Hadith Menyatakan Allah Ben…
NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…
