[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 53] – Riwayat Nabi Ilyas atau Ilyasa’ dan Khadhir masih hidup dan mereka bertemu pada setiap tahun; demikian juga pertemuan Khadhir dengan Jibril, Mikail dan Israfil pada setiap hari ‘Arafah semuanya adalah maudhu’. [Video – Khadir adalah Rijalul Ghaib, Sibuk Uruskan Dunia Gantikan Malaikat!]

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 14m 59s] – [HADIS PALSU] – Khadir adalah Rijalul Ghaib, Sibuk Uruskan Dunia Gantikan Malaikat!

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/jAttb3MYPzA ]

USUL DIRAYAT KE – 53 – Riwayat-riwayat yang menyatakan Nabi Ilyas atau Ilyasa` dan Khadhir masih hidup dan mereka dikatakan bertemu pada setiap tahun di tempat-tempat tertentu, demikian juga pertemuan Khadhir dengan Jibril, Mikail dan Israfil pada setiap hari `Arafah semuanya adalah maudhu`.

00:14:04 ] – KEPERCAYAAN KHADIR MASIH HIDUP DAN BOLEH MENOLONG MANUSIA BILA DISERU BAHAYA KEPADA AQIDAH

1. Banyak hadith palsu tentang Khadir berlegar dalam masyarakat. Secara umumnya ianya diterima oleh golongan Sufi, malah mereka percaya bahawa Khadir mampu menolong mereka apabila diseru.

2. Kepercayaan sebegini boleh membahayakan aqidah seseorang.

[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT NABI ILYAS ATAU ILYASA’ DAN KHADIR MASIH HIDUP DAN BERTEMU PADA SETIAP TAHUN SEMUANYA ADALAH MAUDHU’

1. [ 00:00:50 ] – HADITH PALSU PERTAMA

Ibnu `Abbaas meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Khadhir dan Ilyās a.s. bertemu setiap tahun pada musim haji. Masing-masing daripada mereka berdua mencukur kepala satu sama lain. Dan mereka berpisah dengan ucapan yang bermaksud: “Dengan nama Allah, apa yang dikehendaki Allah. Tidak ada yang membawa kebaikan melainkan Allah. Apa yang dikehendaki Allah, tidak ada yang dapat memalingkan kejahatan melainkan Allah. Apa yang dikehendaki Allah, tidak ada satu pun ni`mat melainkan datangnya daripada Allah. Apa yang dikehendaki Allah, tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah. Berkata perawi, kata Ibnu `Abbaas: “Sesiapa mengucapkannya tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang, Allah akan mengamankannya daripada kelemasan, kebakaran dan kecurian.” Kata perawi lagi, aku rasa beliau (Ibnu `Abbaas) juga berkata: “Juga daripada syaitan, sultan (yang zalim), ular dan kala jengking.”

00:01:15 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Imam Ibnu Hazam, Ibnu al-Jauzi, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Katsir dan al-Albani menghukum hadith ini sebagai dusta dan maudhu’.

ii. Kepercayaan Khadir dan Nabi Ilyas masih hidup sehingga hari ini adalah pengaruh dari ajaran Yahudi. Kepercayaan begini berleluasa di kalangan orang-orang sufi.

iii. Dalam suatu riwayat yang lebih kurang sama, ada tambahan yang mana Nabi Ilyas dikatakan “orang darat” dan Khadir dikatakan “orang laut”. Mereka bertugas menjaga urusan di darat dan di laut sehingga hari kiamat.

iv. Kepercayaan Khadir masih hidup ini ada kaitan dengan kepercayaan “Rijalul Ghaib”, yang menjaga urusan dunia ini. Golongan sufi menganggap sheikh-sheikh tarekat mereka adalah “Rijalul Ghaib” dan diberi kuasa untuk menguruskan dunia, seolah-olah mengambll tugas malaikat. Kepercayaan sebegini adalah dari pengaruh Syiah Ismailiah.

2. [ 00:05:13 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Sesungguhnya Khadhir di laut dan al-Yasa` di darat, setiap malam mereka bertemu dekat benteng yang dibina Dzul Qarnain untuk menghalang Ya’jūj dan Ma’jūj daripada mengganggu orang ramai. Mereka berdua mengerjakan haji dan bertemu setiap tahun, mereka berdua minum air Zamzam sekali sahaja dan ia mencukupi untuk mereka hingga ke tahun hadapan”

00:05:51 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Perawi-perawi di dalam hadith ini bermasalah seperti dituduh sebagai pendusta besar dan amat dhaif.

ii. Terdapat “idhtirab” (ketidak tetapan) dalam matan riwayat-riwayat ini, iaitu ada yang menyebut al-Yasa’ dan ada yang menyebut Nabi Ilyas. Adanya “Idhtirab” dalam sesuatu hadith menunjukkan hadith itu bermasalah.

iii. Di segi dirayat, apa perlu Khadir dan al-Yasa’ berjumpa pada musim haji setiap tahun sedangkan mereka sering berjumpa pada setiap malam! iv. Khadir pada asalnya seorang manusia yang boleh dilihat dan dikenali dalam kisah Nabi Musa. Bila pula dia ghaib?

v. Khadir kononnya ditugaskan menjaga urusan di laut, tetapi dalam banyak riwayat dia dijumpai dan menyelesaikan masalah di darat!

3. [ 00:08:50 ] – HADITH PALSU KETIGA

Rasulullah s.a.w. (dikatakan) telah bersabda: “Pada setiap hari `Arafah berkumpul Jibrīl, Mīkā’il, Isrāfīl dan Khadhir. Jibrīl mengucapkan: َماشَاَء َُّاللََّلاقَُّوةَِإلاِباَِّللّ Maka ucapan Jibrīl itu dibalas oleh Mīkā’il dengan berkata: اللَِّ َّ َما شَا َء َّ ُاللَّ كُ ُّل ِن ْع َم ٍة فَ ِم َن . Isrāfīl membalas dengan berkata: اللَِّ َّ َما شَا َء َّ ُاللَّ الْ َخيْ ُر كُلُّهُ ِب َي ِد . Dan Khadhir pula membalas dengan berkata: اللَُّ َّ َما شَا َء َ ُاللَّ َلا َي ْص ُر ُف ال ُّسو َء ِإلا . Kemudian mereka berpisah setelah masing-masing mengucapkan ucapan-ucapan tersebut. Mereka tidak bertemu lagi selepas itu sehinggalah ke hari yang sama pada tahun berikutnya. Rasulullah s.a.w. (dikatakan telah) bersabda: “Tiada siapa pun mengucapkan empat ucapan tersebut ketika bangun dari tidurnya melainkan Allah menugaskan empat malaikat untuk menjaganya (sebagai teman). Teman ucapan Jibrīl berada di hadapannya. Teman ucapan Mīkā’il berada di sebelah kanannya. Teman ucapan Isrāfīl berada di sebelah kirinya, dan teman ucapan Khadhir pula berada di belakangnya hingga terbenam matahari. Mereka semua menjaganya daripada segala malapetaka, penyakit, musuh, orang zalim dan juga pendengki. Rasulullah s.a.w. juga (dikatakan) telah bersabda: “Tidak ada siapa pun mengucapkannya pada hari `Arafah sebanyak seratus kali sebelum terbenam matahari melainkan ia diseru oleh Allah dari atas `Arasy-Nya, “Hai hamba-Ku! Sesungguhnya engkau telah membuatkan Aku redha, aku pun meredhaimu. Maka mintalah kepada-Ku apa yang engkau mahu. Demi kemuliaan-Ku, Aku bersumpah pasti akan memberikan kepadamu (apa yang kamu minta).

[00:11:07] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Ibnu al-Jauzi berkata hadith ini karut. Di dalamnya ada beberapa orang perawi yang tidak dikenali.

ii. Seorang perawinya yang bernama Ali bin Hasan al-Jahdami dikatakan seorang pendusta besar.

iii. Satu perkara yang pelik berkenaan Khadir ialah dia kadang-kadang digambarkan seperti malaikat dan pada masa yang lain digambarkan sebagai manusia pula.

iv. Peristiwa-peristiwa dan fadilat amalan yang diceritakan adalah hal-hal ghaib. Perkara ini tidak dapat bersandar dengan hadith-hadith palsu.

v. Kemungkinan hadith palsu ini direka oleh golongan zindiq untuk mengalih perhatian orang Islam dari mengamalkan zikir yang sahih dari al-Quran dan hadith dan menukarnya dengan zikir-zikir palsu.

VIDEO PENUH ASAL –    • Sesi 87- [PALSU] – Nabi llyas & Khadi…  

NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…

Leave a comment