[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 12m 1s] – [HADIS PALSU] – Jurunikah Baca Hadith Palsu Dalam Khutbah Nikah!
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ILLw1fcRB2g ]
USUL DIRAYAT KE – 57 – Riwayat-riwayat yang mencela orang-orang bujang atau menyatakan kelebihan sembahyang orang yang telah berkahwin daripada orang yang tidak berkahwin (bujang) tidak ada satupun daripadanya sahih. Kebanyakannya maudhu’, paling elok pun ia dhaif sangat (dha’if jiddan).
[ 00:08:57 ] – TEGURAN KEPADA PIHAK BERWAJIB AGAMA DI SELURUH NEGARA SUPAYA PEKA TERHADAP HADITH-HADITH MAUDHU’ DAN TIDAK MENJADI EJEN PENYEBAR HADITH MAUDHU’
Hadith maudhu’ tentang kelebihan dan fadilat solat orang yang berkahwin berbanding orang bujang ini ada dimasukkan ke dalam khutbah nikah di banyak negeri di Malaysia. Ianya amat memalukan kerana seolah-olah tidak ada orang yang berpengetahuan tentang hadith di Malaysia ini. Ubahlah sikap terutamanya di kalangan ustaz-ustaz dan ulama’ dan teruslah belajar untuk menambah ilmu dan bersedia untuk berubah dan menerima kebenaran.
[KENALI HADITH PALSU] –RIWAYAT YANG MENCELA ORANG BUJANG ATAU MENYATAKAN KELEBIHAN SEMBAHYANG ORANG YANG BERKAHWIN DARIPADA ORANG YANG TIDAK BERKAHWIN (BUJANG) TIADA SATU PUN SAHIH
1. [ 00:01:04 ] – HADITH PALSU PERTAMA
Orang yang paling jahat (teruk) di kalanganmu adalah orang-orang bujang (orang-orang yang tidak beristeri atau tidak bersuami). Orang-orang mati yang paling hina di kalanganmu (juga) adalah orang-orang bujang.
[ 00:01:28 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA
i. Sekurang-kurangnya terdapat dua orang perawi yang dipertikaikan iaitu Muhammad bin Rashid dan seorang perawi yang tidak dikenali (majhul).
ii. Tiada ancaman di dalam al-Quran atau hadith-hadith sahih tentang jahatnya orang-orang bujang.
iii. Ancaman dan hukuman terhadap orang-orang bujang adalah lebih teruk daripada orang yang melakukan dosa-dosa besar seperti berzina dsb.
iv. Jikapun hadith ini hendak diterima (walaupun ianya tidak perlu diterima) kita boleh mengatakan ianya ditujukan kepada paderi-paderi Kristian atau sami-sami Budha yang mengajarkan kehidupan membujang adalah baik!
2. [ 00:03:14 ] – HADITH PALSU KEDUA
Orang yang paling jahat (teruk) di kalanganmu adalah orang bujang. Dua rakaat (solat yang dikerjakan) oleh orang yang telah berkeluarga (berkahwin) lebih baik daripada tujuh puluh rakaat oleh orang yang tidak berkeluarga (belum berkahwin).
[00:04:00 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA
i. Hadith ini maudhu’ menurut Ibnu ‘Adi. Periwayat yang dipertikaikan oleh ramai ulama’ hadith ialah Yusuf bin as-Safat.
ii. Memang ada orang yang dibenarkan untuk tidak berkahwin oleh syarak, mengapa pula mereka dikatakan paling jahat?
iii. Apakah tokoh-tokoh ulama’ dan pejuang-pejuang di dalam Islam yang dikenali sebagai orang baik-baik yang tidak pernah berkahwin termasuk dalam kategori orang-orang paling jahat? Begitu juga ada Sahabat-Sahabat Nabi yang tidak berkahwin. Ianya sesuatu yang tidak masuk akal.
iv. NOTA:
Untuk menggalakkan orang melakukan kebaikan (targhib) atau menakut-nakutkan orang dari melakukan maksiat (tarhib) kita boleh menggunakan hadith dhaif. Tetapi kita tidak boleh menggunakan hadith dhaif sangat (dhaif jiddan) untuk tujuan tersebut, apatah lagi hadith maudhu’ seperti hadith kedua ini.
3. [ 00:06:56 ] – HADITH PALSU KETIGA
Dua rakaat yang dikerjakan oleh orang yang berkeluarga lebih baik daripada 82 rakaat oleh orang bujang.
[ 00:06:57] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA
i. Perawinya yang bernama Mas’ud bin ‘Amar al-Bakri adalah seorang yang tidak dikenali (majhul) manakala seorang lagi perawinya, Mujasyi’ bin ‘Amar adalah seorang pendusta besar.
ii. Fadhilat dan gandaan pahala untuk solat orang yang berkahwin berbeza di antara hadith-hadith. Ini menunjukkan ianya hadith dhaif.
iii. Ramai tokoh-tokoh hadith dahulu dan sekarang yang menghukum hadith ini sebagai hadith maudhu’, antaranya, Ibnu al-Jauzi, Ibnu ‘Adi, az-Zahabi, al-Albani dll.
iv. Malangnya, hadith ini ada dimasukkan ke dalam teks khutbah nikah di banyak negeri di Malaysia. Adanya hadith-hadith ini di dalam kitab-kitab tidak boleh menjadi alasan untuk memasukkannya sebagai teks khutbah nikah kerana terbukti ianya hadith palsu.
VIDEO PENUH ASAL – • Sesi 93 – Riwayat Cela Orang Bujang A…
