[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 14m 2s] – [HADIS PALSU] – [HADIS PALSU] – “Pejamkan Mata” Dan “Diam” Ketika “Bersama” Dengan Isteri
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/AaUXjswjtGg ]
USUL DIRAYAT KE – 58 – Riwayat-riwayat Larangan Bersetubuh Dengan Kaifiat Tertentu Dan Larangan Bersetubuh Pada Masa-Masa Tertentu Berserta Akibat Buruk Daripadanya, Boleh Dikatakan Maudhu’ (Palsu) Semuanya.
[ 00:13:18 ] CATATAN HUJUNG – KESAN BURUK HASIL TERJEMAHAN BUKU-BUKU YANG MENGANDUNGI HADITH PALSU
Ramai ustaz-ustaz sama ada di Malaysia atau di Indonesia yang menterjemah buku-buku yang mengandungi hadith-hadith palsu seperti ini. Kesan buruknya bila hadith-hadith palsu ini diterima dan dianggap sahih oleh masyarakat, orang awam akan menuduh Nabi s.a.w. berbohong sekiranya apa yang didakwa di dalam hadith-hadith tersebut tidak berlaku.
[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT LARANGAN BERSETUBUH DENGAN KAIFIAT TERTENTU DAN LARANGAN BERSETUBUH PADA MASA-MASA TERTENTU BERSERTA AKIBAT BURUK DARIPADANYA, BOLEH DIKATAKAN MAUDHU’ (PALSU) SEMUANYA
1. [ 00:00:53 ] – HADITH PALSU PERTAMA
“Apabila seseorang daripada kamu bersetubuh dengan isterinya atau hamba sahayanya, rnaka janganlah ia melihat farajnya, kerana perbuatan itu mewarisi (menyebabkan) kebutaan (anak)”.
[ 00:01:23 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA
i. Ramai ulama’ hadith menghukumkan hadith ini maudhu’, antaranya, Ibnu Hibban, Ibnu al-Jauzi, al-Albani dll.
ii. Majoriti ulama’ membenarkan suami isteri melihat kemaluan pasangan masing-masing. Adalah tidak masuk akal seseorang dilarang melihat kemaluan pasangannya tetapi pada masa yang sama dibenarkan bersetubuh.
iii. Antara hadith yang membenarkan melihat aurat pasangannya adalah hadith berikut: Muawiyah bin Haidah al-Qusyairi bertanya kepada Rasulullah s.a.w., “Aurat kita, daripada siapakah kita perlu menjaganya (menutupnya) dan daripada siapakah pula kita tidak perlu menjaganya?”. Jawab Nabi s.a.w: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba sahaya yang dimiliki”. Kata perawi: Aku bertanya lagi: “Bagaimana kalau orang-orang dalam keadaan bersesak-sesak?”. Jawab Baginda: “Jika engkau mampu tidak menampakkannya kepada orang maka janganlah sekali-kali engkau menampakkannya (mendedahkannya).” Aku terus bertanya: “Kalau kita bersendirian, bagaimana?”. Jawab Baginda: “Allah lebih patut dimalui berbanding manusia.” (Hadith riwayat Ibnu Majah)
NOTA :
Maksud “Allah lebih patut dimalui. . .” ialah jagalah aurat kerana taat kepada Allah dan kerana mengharapkan apa yang disukai dan diredhai-Nya. Ia sama sekali tidak bermaksud jagalah auratmu daripada dilihat oleh Allah, kerana ini adalah suatu yang tidak mungkin dilakukan.
2. [ 00:03:55 ] – HADITH PALSU KEDUA
“Apabila seseorang daripada kamu bersetubuh maka janganlah ia melihat faraj kerana ia mewarisi (menyebabkan) kebutaan dan jangan banyak bercakap, kerana ia mewarisi (menyebabkan) kebisuan”.
[ 00:04:19 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA
i. Perawi hadith ini, Ibrahim bin Muhammad bin Yusuf al-Faryabi tidak boleh diterima hadithnya kerana dituduh berdusta. Manakala seorang lagi perawinya, Muhammad bin Abdar Rahman al-Qusyairi adalah seorang pendusta besar.
ii. Hadith ini tidak jelas maksudnya. Siapakah yang akan ditimpa bencana (anak atau ibu bapanya) atau apakah bencananya (buta mata atau buta hati)? Sememangnya hadith dhaif atau palsu bersifat kabur seperti ini.
iii. Ancaman akibat buruk yang dinyatakan oleh hadith ini tidak pernah berlaku. Sekiranya diterima sebagai hadith Nabi, ianya akan menyebabkan Rasulullah s.a.w. dituduh berbohong.
iv. Umat Islam akan takut dengan bayang-bayangnya jika mempercayai perkara khurafat dan tahyul seperti ini.
3. [ 00:07:14 ] – HADITH PALSU KETIGA
“Wahai Manusia! Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla menyuruh mengajarkan ilmu dan adab kepadamu menurut apa yang telah diajar-Nya kepadaku. Jangan sekali-kali seseorang daripada kamu banyak bercakap ketika melakukan persetubuhan, kerana ia menyebabkan anak yang lahir dari persetubuhan itu menjadi bisu. Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu memandang (kepada) faraj isterinya ketlka bersetubuh dengannya, kerana ia membuatkan anak menjadi buta. Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu mencium isterinya ketika bersetubuh dengannya, kerana ia menyebabkan anak menjadi tuli. Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu memandang air lama, kerana ia boleh menghilangkan akalnya” dengannya, kerana ia menyebabkan anak menjadi tuli. Janganlah sekali-kali seseorang daripada kamu memandang air lama, kerana ia boleh menghilangkan akalnya”
[ 00:08:21] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA
i. Salah seorang perawinya, Abdullah bin Udzaimah adalah seorang perawi hadith-hadith maudhu’.
ii. Bagaimana mungkin Nabi s.a.w. melarang mencium isteri sedangkan Baginda sendiri mencium isteri-isterinya.
iii. Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith maudhu’. Tetapi anehnya ianya terdapat di dalam kitab utama Syiah seperti al-Kafi!
4. [00:09:29] – HADITH PALSU KEEMPAT
“Wahai Ali! Janganlah engkau menyetubuhi isterimu di tengah bulan dan di awal bulan. Tidakkah engkau melihat orang-orang gila, menjadi-jadi gilanya pada masa itu?”
[ 00:10:04 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT
i. Hadith ini bermasalah kerana sanadnya putus dan perawi-perawinya bermasalah kerana terdiri dari pendusta besar dan pereka hadith. Ibnu al-Qayyim mengatakan tiada hadith sahih dalam bab ini.
ii. Hadith ini bermula dengan, “Ya Ali!”. Hanya ada satu hadith yang sahih yang bermula dengan “Ya Ali!”, iaitu hadith, “Ya Ali! Engkau Di Sisiku Sama Seperti Harun Di Sisi Musa. Tetapi Tidak Ada Lagi Nabi Sesudahku”. Oleh itu hadith di atas adalah palsu.
iii. Tidak ada bukti saintifik dan tidak pernah disebut oleh pakar-pakar jiwa tentang kaitan penyakit gila dengan bila masanya melakukan persetubuhan.
iv. Al-Quran atau hadith menyatakan waktu yang dilarang melakukan persetubuhan iaitu waktu haidh, nifas atau semasa berihram (dan semasa berpuasa). Walaupun begitu, tidak disebut akibatnya sekiranya larangan tersebut dilanggar.
VIDEO PENUH ASAL –
1 – • Sesi 94 – Larangan Bersetubuh Dengan …
2 – • Sesi 95 – Larangan Bersetubuh Dengan …
NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…
