[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 14m 57s] – [HADIS PALSU] – Syaitan Akan Berkongsi Isteri Jika Bersetubuh Tanpa Pakaian
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/ptfWRXYHjz0 ]
USUL DIRAYAT KE – 59 – Hadith-hadith yang menganjurkan supaya bersetubuh dalam keadaan menutup aurat, atau menampakkan itulah cara terbaik, jika tidak persetubuhan dikongsi oleh syaitan dan lain-lain ancaman tidak ada yang sahih atau hasan. Kalaupun ada hanyalah hadith-hadith yang dhaif atau maudhu’ sahaja.
[KENALI HADITH PALSU] – HADITH YANG MENGANJURKAN SUPAYA BERSETUBUH DALAM KEADAAN MENUTUP AURAT, JIKA TIDAK PERSETUBUHAN DIKONGSI OLEH SYAITAN DAN LAIN-LAIN ANCAMAN TIADA YANG SAHIH ATAU HASAN
1. [ 00:01:02 ] – HADITH PALSU PERTAMA
“Apabila seseorang daripada kamu mendatangi (menyetubuhi) isterinya, maka hendaklah ia bertutup, kerana jika ia tidak bertutup malulah para malaikat dan mereka keluar, syaitan pula masuk. Jika mereka (suami isteri) mendapat anak, syaitanlah yang teiah berkongsi dalam perhubungan kelamin mereka”.
[ 00:01:40 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA
i. Hadith ini bermasalah kerana diriwayatkan oleh hanya seorang perawi di beberapa peringkat (“tafarrudat perawi”).
ii. Hadith ini bercanggah dengan ayat al-Quran Surah al-Mu’minun, ayat 5 & 6, yang menyatakan seorang lelaki tidak tercela selagi dia menjaga kemaluannya kecuali kepada isteri atau hamba sahayanya.
iii. Hadith ini juga bercanggah dengan hadith sahih yang menyatakan aurat perlu dijaga kecuali kepada isteri dan hamba sahaya yang dimilikinya.
iv. Antara hikmah dibenarkan melihat aurat (kemaluan) suami isteri ialah membolehkan suami isteri menguruskan pasangan masing-masing bila keadaan memerlukan.
v. Gangguan syaitan boleh dielakkan dengan mengamalkan doa yang diajar oleh Nabi s.a.w. sebelum memulakan persetubuhan.
[Nota: Ada hadith dhaif yang mengatakan syaitan tidak boleh melihat kita bila membaca doa ketika memasuki tandas, barangkali keadaannya sama bila berdoa sebelum bersetubuh].
vi. Hakikatnya, malaikat dan syaitan adalah makhluk halus yang boleh melihat aurat kita sama ada kita berpakaian atau tidak.
2. [ 00:06:42 ] – HADITH PALSU KEDUA
“Pernah pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. sedang duduk-duduk dan di samping Baginda ada seorang perempuan, tiba-tiba Baginda berkata kepadanya: “Sesungguhnya aku percaya kamu menceritakan (kepada orang lain) tentang apa-apa yang dilakukan oleh suami-suamimu terhadapmu”. Jawab perempuan itu: “Ya, demi Allah, ku tebus engkau wahai Rasulullah dengan ayah dan ibuku! Memang kami berbangga dengannya!”. Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w.: “Jangan dilakukan, sesungguhnya Allah murka kepada orang yang melakukan demikian”. Seterusnya Rasulullah s.a.w. berkata: “Sesungguhnya aku percaya kamu ketika didatangi suami (bersetubuh), dua-duanya tidak berselimut lagi, malah saling melihat antara satu sama lain, macam keldai kedua-duanya”. Kata perempuan itu: “Ya, demi Allah, ku tebus engkau dengan ayah dan ibuku, memang kami melakukan begitu”. Kata Rasulullah s.a.w.: “Jangan dilakukan begitu, kerana Allah murka kepada orang yang melakukannya”.
[ 00:08:03 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA
i. Terdapat perawi-perawi bermasalah dalam hadith ini, antaranya ‘Ubaidullah bin Zahar yang meriwayatkan hadith-hadith palsu.
ii. Hadith ini bercanggah dengan al-Quran dan hadith sebagaimana dinyatakan di dalam hadith contoh pertama.
iii. Antara percanggahan yang menonjol di antara hadith ini dengan hadith yang sahih (“nakarah”) ialah sifat Nabi s.a.w. yang seolah-olah tidak malu untuk berbincang secara terbuka hal-hal berkaitan seks dengan wanita bukan mahram.
iv. Bahagian pertama hadith ini, iaitu larangan dari menceritakan hal-hal sulit tentang hubungan kelamin di antara suami isteri adalah benar. Yang menjadi masalah ialah bahagian kedua hadith iaitu larangan tidak berselimut dan memandang kemaluan satu sama lain ketika bersetubuh.
3. [ 00:10:47 ] – HADITH PALSU KETIGA
Kata ‘Aaishah, “Tidak pernah sama sekali aku melihat kemaluan Nabi s.a.w.”
[ 00:11:01 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA
i. Hadith ini popular dan terdapat dalam beberapa kitab hadith. Wujudnya dalam banyak kitab hadith menyebabkan sebahagian ulama’ terkeliru sehingga mengeluarkan hukum makruhnya melihat kemaluan pasangan suami isteri. Padahal ianya hadith amat-amat dhaif yang tidak boleh dijadikan landasan hukum.
ii. Ada perawi yang tidak dikenali dalam sanad hadith ini menyebabkan ianya dihukum dhaif.
iii. Percanggahan hadith ini dengan ayat al-Quran dan banyak hadith sahih menyebabkan ianya dihukum sangat-sangat dhaif.
iv. Ibnu Hazam dan Ibnu Qudamah berpendapat adalah harus suami isteri melihat kemaluan pasangannya.
VIDEO PENUH ASAL –
1 – • Sesi 95 – Larangan Bersetubuh Dengan …
2 – • Sesi 96-Bersetubuh Dalam Keadaan Menu…
NOTA KULIAH – https://syarahanhadits.school.blog/wp…
