[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 13m 13s] – [HADIS PALSU] – Keadaan paling baik untuk wanita ialah tidak melihat lelaki & lelaki tidak melihatnya
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/iqJtebfCSXs ]
USUL DIRAYAT KE – 61 – Riwayat-riwayat yang menyuruh lelaki supaya melakukan tindakan-tindakan tertentu terhadap wanita sebagai panduan untuk mengelokkan peribadi dan perangainya dan supaya tidak menjadi jahat, derhaka dan rosak di kemudian harinya adalah palsu.
[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT MENYURUH LELAKI MELAKUKAN TINDAKAN TERTENTU TRERHADAP WANITA SEBAGAI PANDUAN UNTUK MENGELOKKAN PERIBADI DAN PERANGAINYA ADALAH PALSU
1. [ 00:00:51 ] – HADITH PALSU PERTAMA
“Jangan kamu tempatkan mereka (orang-orang perempuan) di tingkat atas (loteng), jangan kamu mengajar mereka menulis, tetapi ajarilah mereka menggunakan (mesin) pemintal (bulu atau kapas untuk dijadikan kain dan pakaian) dan surah an-Nuur”.
[ 00:01:43] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA
i. Salah seroang perawi hadith ini, Muhammad bin Ibrahim as-Syami adalah seorang pendusta besar.
ii. Ada suatu hadith palsu yang lebih kurang sama maksudnya, berbunyi, “Janganlah kamu ajar menulis kepada wanita-wanita di kalanganmu, dan janganlah menempatkan mereka di tingkat atas rumah”. Hadith ini tiada asalnya.
iii. Tidak mungkin Nabi s.a.w. melarang dari mengajar kaum wanita membaca dan menulis kerana dalam hadith sahih Baginda menggalakkan wanita belajar membaca dan menulis. Di sepanjang sejarah, dibuktikan ramai wanita cerdik pandai dan menjadi cendekiawan, contohnya, Syuhdah binti Abi Nashr, seorang ulama’ hadith yang terkenal.
iv. Larangan wanita ditempatkan di bahagian atas rumah adalah berpunca dari fahaman salah yang mengatakan kononnya semua fitnah di dunia ini berasal dari wanita.
v. Hadith palsu ini telah menghina wanita kerana mengatakan pekerjaan yang sesuai untuk wanita hanyalah sebagai pemintal benang!
vi. Umat Islam, lelaki dan wanita, perlu menguasai ilmu untuk berdiri sama tinggi dan bersaing di dunia moden ini.
2. [ 00:05:13 ] – HADITH PALSU KEDUA
“Telanjangkanlah wanita, nescaya mereka akan tetap berada dalam kelambu”. [Nota: Hadith ini terdapat dalam kitab-kitab hadith terkenal seperti al-Mu’jamu al-Kabir, al-Mu’jam al-Ausath, Tarikh Baghdad dan Tarikh Dimasyq menyebabkan ianya perlu dijelaskan statusnya, demi untuk menjaga maruah Nabi s.a.w. Bahasa lucah dalam hadith palsu ini tidak sesuai dengan kedudukan Rasulullah]
[ 00:06:13] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA
i. Ibnu al-Jauzi, asy-Syaukani dan as-Shaghani mengatakan hadith ini maudhu’.
ii. Bahasa yang digunakan dalam hadith ini adalah amat kasar, tidak sesuai dengan peribadi Rasulullah s.a.w.
iii. Arahan seperti dalam hadith ini (mengurung wanita di dalam rumah) tidak sesuai di zaman masyarakat yang mana wanitanya berkerjaya.
3. [ 00:08:42 ] – HADITH PALSU KETIGA
Kata Ali bin Abu Thalib, “Pernah pada suatu hari Nabi s.a.w. bertanya kami, “Keadaan yang manakah yang paling baik untuk wanita?”. Kata Ali, “Kami tidak dapat menjawab soalan itu. Bila aku pulang kepada Fathimah a.s. aku berkata, “Wahai anak perempuan Muhammad, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bertanya kami satu soalan, kami tidak mempunyai jawapannya”. Maka tanya Fathimah, “Tentang apakah Baginda bertanya kamu?”. Kataku, “Dia bertanya, keadaan macam manakah yang paling baik untuk wanita?”. Kata Fathimah, “Kamu tidak tahukah apa jawapannya?”. Kataku kepadanya, “Tidak”. Maka berkatalah Fathimah, “Keadaan yang paling baik untuk wanita ialah ia tidak melihat lelaki dan lelaki juga tidak melihatnya”. Apabila petang, kami bertemu pula dengan Rasulullah s.a.w. Ketika itu aku berkata, Wahai Rasulullah, engkau telah bertanya kami satu amalan, kami belum lagi menjawab soalan itu. Lalu aku berkata, “Keadaan paling baik untuk wanita ialah ia tidak melihat lelaki dan lelaki juga tidak melihatnya.” Apabila petang, kami bertemu pula dengan Rasulullah s.a.w. Ketika itu aku berkata, Wahai Rasulullah, engkau telah bertanya kami satu amalan, kami belum lagi menjawab soalan itu. Lalu aku berkata, “Keadaan paling baik untuk wanita ialah ia tidak melihat lelaki dan lelaki juga tidak melihatnya.” Mendengar jawapanku, Baginda bertanya, “Siapa yang cakap begitu?”. Kataku, “Fathimah a.s.”. Maka teruslah Nabi s.a.w. bersabda, “Benar katanya itu, sesungguhnya dia (Fathimah) adalah sebahagian daripadaku”.
[ 00:10:15 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA
i. Sanad hadith ini terputus (Hassan al-Bashri tidak sempat berjumpa dengan Saidina Ali) dan perawinya terdiri dari orang yang berfahaman Syiah.
ii. Contoh pengaruh Syiah ialah tambahan “alaihassalam (a.s.)” dan bukannya “radhiallahuanha (r.ha)” selepas nama Fathimah. Ungkapan “a.s.” ini hanya digunakan kepada nabi-nabi tetapi orang Syiah menggunakannya untuk “Imam-Imam” mereka termasuk kepada Fathimah r.ha.
iii. Apakah yang dimaksudkan lelaki tidak melihat wanita dan sebaliknya? Adakah ianya tidak melihat langsung tidak kira sama ada bahagian tubuh yang dibenarkan didedahkan seperti muka dan tangan? Hadith ini tidak jelas maksudnya.
iv. Jika bahagian tubuh yang dibenarkan oleh syariat didedahkan dan dilihat juga tidak dibenarkan melalui hadith ini, ianya tentu sekali bercanggah dengan al-Quran dan hadith yang sahih.
v. Jika semua bahagian termasuk muka perlu ditutup, ianya akan menyusahkan (urusan harian seperti perniagaan dan lain-lain yang memerlukan pengenalan diri)
VIDEO PENUH ASAL –
