[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 12m 20s] – [HADIS PALSU] – Minum Gopoh-Gopoh Dapat Penyakit Hati!
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/RvJHTmBjAfQ ]
USUL DIRAYAT KE – 62 – Riwayat-riwayat yang menyebutkan larangan Rasulullah s.a.w. daripada memakan, meminum sesuatu atau melakukan sesuatu perkara kerana ia mewarsi (menyebabkan) penyakit tertentu atau malapetaka tertentu akan menimpa pelakunya, terutama apabila digunakan perkataan “mewarisi” (“Yuurithu”) untuknya. Ia sama ada maudhu’ atau paling baik pun dha’if sangat.
[ 00:11:51 ] CATATAN
Sesuatu hadith dihukumkan maudhu’ jika ada di dalam sanadnya, walaupun seorang, seorang perawi yang dituduh oleh ulama’ hadith sebagai pendusta besar atau pereka hadith.
[KENALI HADITH PALSU] – LARANGAN RASULULLAH DARIPADA MEMAKAN, MEMINUM ATAU MELAKUKAN SESUATU PERKARA KERANA IA MEWARISI (MENYEBABKAN) PENYAKIT ATAU MALAPETAKA TERTENTU SAMA ADA MAUDHU’ ATAU DHAIF SANGAT
1. [ 00:01:01 ] – HADITH PALSU PERTAMA
‘Aaishah meriwayatkan, katanya: Pernah Rasulullah s.a.w. masuk ke rumah, ketika itu aku telah memanaskan air di bawah sinar matahari yang panas, terus Baginda bersabda: “Jangan engkau lakukan (begitu) wahai Humaira’, kerana ia mewarisi (mempesakai) penyakit sopak.” [Nota: Hadith ini ada kaitan dengan hukum makruh menggunakan air yang panas kerana sinaran matahari (dalam mazhab Syafie)]
[ 00:02:16 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA
i. Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab khusus yang mengumpulkan hadith-hadith palsu.
ii. Salah seorang perawinya, Khalid bin Ismail ialah seorang pendusta besar.
iii. Ulama’ hadith mengatakan tiada hadith sahih larangan menggunakan air “musyammas” (air panas yang terdedah kepada matahari) dan akibat buruk daripada penggunaannya.
iv. Semua mazhab mengatakan tidak makruh menggunakan air “musyammas” kecuali sebahagian ulama’ mazhab Syafie.
v. Salah satu tanda hadith ini maudhu’ ialah adanya seruan “Ya Humaira’”. Hanya ada satu hadith sahih yang menggunakan lafaz ini. (Rujuk Usul Dirayat No 12 – • [HADIS PALSU] Panggilan Humaira’ Kepa… )
vi. Ada banyak hadith maudhu’ tentang sebab berlakunya penyakit sopak, antaranya, “Sesungguhnya makan dalam keadaan kenyang mempesakai (boleh menyebabkan) penyakit sopak”.
vii. Di zaman kita ini, tangki air terdedah kepada bahang panas matahari, dan tiada siapa mengatakan ianya menjadi punca penyakit sopak atau sebarang penyakit.
2. [ 00:05:40 ] – HADITH PALSU KEDUA
“Apabila seseorang daripada kamu minum, ia hendaklah minum dengan tenang. Janganlah ia minum banyak sekali gus dalam satu nafas sahaja, kerana penyakit hati itu berpunca daripada minum dengan cara itu”.
[ 00:06:08 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA
i. Hadith ini maudhu’ kerana adanya seorang pendusta bernama Musa bin Ibrahim al-Marwazi.
ii. Apa yang dipertikaikan dari hadith ini ialah akibat dari meminum air banyak sekali gus, iaitu menyebabkan penyakit hati, bukannya bahagian awal hadith tersebut (meminum air dengan tenang).
iii. Terdapat hadith sahih tentang benarnya bahagian awal hadith di atas, iaitu,
a) Rasulullah s.a.w. selalu minum air dengan tiga nafas. Apabila mendekatkan bekas air ke mulutnya Baginda membaca “Bismillah”, setelah meminumnya Baginda memuji Allah. Begitulah dilakukannya sebanyak tiga kali.
b) Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seseorang kamu minum maka janganlah ia bernafas dalam bekas minumannya….”
iv. Dakwaan di dalam hadith tersebut iaitu meminum air sekaligus menyebabkan penyakit hati tidak berlaku di alam nyata.
3. [ 00:07:53] – HADITH PALSU KETIGA
“Zina mempesakai (menyebabkan) kepapaan”
[ 00:08:25 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA
i. Salah seorang perawinya yang bernama al-Madhi bin Muhammad adalah majhul (tidak dikenali). Abu Hatim berkata hadith ini bathil (karut) dan dia mengenali siapakah al-Madhi.
ii. Walaupun hadith ini ditolak, ianya tidak bermakna kita menolak besarnya dosa zina. Apa yang ditolak ialah akibat dari perbuatan zina (menjadi papa) yang disandarkan kepada Rasulullah secara palsu.
iii. Ada juga hadith palsu lain yang menyatakan perkara-perkara yang menyebabkan kepapaan iaitu, makan ketika berjunub sebelum basuh tangan, bangun orang yang berjunub dalam keadaan bertelanjang dan memaki suami secara berhadapan.
iv. Dalam kehidupan sebenar, tidak terbukti bahawa orang yang berzina hidup melarat dan papa kedana.
v. Golongan Syiah banyak meriwayatkan hadith palsu tentang perbuatan-perbuatan yang menyebabkan penyakit tertentu. Mungkin saja riwayat-riwayat ini disalin ke dalam kitab-kitab Sunni. Antara riwayat Syiah tersebut ialah,
a) “Berada lama di dalam bilik mandi air panas boleh menyebabkan penyakit batuk kering”,
b) “Makan dalam keadaan sudah kenyang boleh menyebabkan penyakit sopak”.
VIDEO PENUH ASAL:
