[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 9m 46s] – [HADIS PALSU] – [HADIS PALSU] – Bukit al-Khalil adalah sebuah bukit suci. Para Nabi menyelamatkan diri ke sana.
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Ocr4WIwVi5w ]
USUL DIRAYAT KE – 65 – Riwayat-riwayat Yang Menyatakan Kelebihan Dan Keistimewaan Bukit-Bukit Tertentu Seperti Thursina, Qaf Dan Lain-Lain Dan Juga Riwayat-Riwayat Yang Mengaitkan Bukit Tertentu Dengan Syurga Semuanya Maudhu’.
[KENALI HADITH PALSU] – RIWAYAT YANG MENYATAKAN KELEBIHAN BUKIT TERTENTU SEMUANYA MAUDHU’
1. [ 00:00:36] – HADITH PALSU PERTAMA
“Empat (buah) bukit daripada bukit-bukit syurga, dan empat (batang) sungai daripada sungai-sungai syurga, dan empat peperangan daripada peperangan syurga”. Ditanya orang, “Bukit-bukit apakah itu?”. (Jawab Baginda). “Uhud menyintai kita dan kita (juga) menyintainya, ia ialah salah satu bukit dari bukit-bukit syurga, [Warqaan salah satu bukit dari bukit-bukit syurga], Thur salah satu dari bukit-bukit syurga, dan Lubnan (juga) salah satu bukit daripada bukit-bukit syurga. Empat sungai daripada syurga ialah Sungai Furat, Sungai Nil, Sungai Saihaan, dan Sungai Jaihaan. Dan empat peperangan pula ialah Badar, Uhud, Khandaq dan Hunain”.
[ 00:01:31 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA
i. Perawi hadith ini, Katsir bin ‘Abdillah, kata Imam Ahmad bin Hanbal adalah langsung tidak berguna. Imam asy-Syafi’e pula berkata dia adalah rukun (tiang seri) dusta.
ii. Dua bahagian dari hadith ini adalah sahih, iaitu, “Uhud mencintai kita dan kita juga mencintai Uhud” dan, “Saihan, Jaihan, Furaat dan Nil, semuanya daripada sungai-sunagi syurga”.
iii. Yang dimaksudkan hadith ini palsu ialah keseluruhan hadith tersebut.
2. [ 00:03:19 ] – HADITH PALSU KEDUA
“Bukit al-Khalil adalah sebuah bukit suci. Sesungguhnya bila berlaku fitnah di kalangan Bani Isra’il, Allah mewahyukan kepada para nabi mereka supaya lari membawa agama mereka ke Bukit Khalil”
[ 00:03:53 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA
i. Perawi hadith palsu ini, al-Wadhiin meriwayatkan hadith ini secara “mursal”, iaitu terputus sanadnya. Dia seorang perawi dhaif dan berfahaman “Qadiriah” (tidak percaya kepada taqdir).
ii. Tidak diketahui dimanakah letaknya Bukit al-Khalil yang tersebut di dalam riwayat ini.
iii. Juga tidak diketahui apakah fitnah yang dialami oleh Bani Israil tersebut.
3. [ 00:05:21 ] – HADITH PALSU KETIGA
“Kami menyertai Rasulullah s.a.w. dalam peperangan pertama yang dilancarkan oleh Baginda, iaitu al-Abwaa’. Apabila kami sampai di ar-Rauhaa’. Baginda berhenti di ‘Arqi az-Zhabyah lalu bersembahyang (di situ), kemudian Baginda bersabda; “Tahukah kamu apa nama bukit itu?”. Mereka (para Sahabat): “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui”. Kata Rasulullah s.a.w.: “Ini adalah (Hamat) salah satu bukit syurga. Tujuh puluh orang nabi sebelumku telah bersembahyang di masjid ini. Nabi Musa a.s. (juga) telah lalu di sini. Dia memakai dua jubah Qathawaani yang tidak berlengan sambil menaiki unta kelabu bersama-sama tujuh puluh orang dari kalangan Bani Israil. Mereka datang untuk mengerjakan haji di Baitil Atiq. Kiamat tidak akan berlaku selagi Isa bin Maryam, hamba Allah dan rasul-Nya tidak lalu di sini untuk mengerjakan haji atau umrah atau Allah akan mengumpulkan kedua-duanya untuk beliau (Nabi Isa a.s.)”
[ 00:06:56] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA
i. Hadith ini juga diriwayatkan oleh Katsir bin ‘Abdillah, perawi hadith contoh pertama, seorang perawi yang dipertikaikan malah dituduh sebagai pendusta.
ii. Bukit Hamat adalah sebuah bukit baru yang diperkenalkan sebagai bukit syurga, walhal dalam contoh pertama telah dinyatakan hanya ada empat bukit syurga.
iii. Lembah ar-Rauha dinyatakan sebagai salah satu dari lembah-lembah syurga, satu kenyataan yang tiada dalam hadith sahih.
iv. Terdapat “ittiradh” di dalam hadith ini yang menjadikan ianya tidak sahih
VIDEO PENH ASAL –
