[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 66] – Hadith yang menyatakan kelebihan bersembahyang dengan berserban tiada yang sahih (Video – 2 rakaat solat dengan serban lebih afdhal daripada 70 rakaat tanpa serban)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 19s] – [HADIS PALSU] – 2 rakaat solat dengan serban lebih afdhal daripada 70 rakaat tanpa serban

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/_JEOWOXj0l0 ]

USUL DIRAYAT KE – 66 – Hadith-hadith yang menyatakan kelebihan bersembahyang dengan berserban sama ada pada hari tertentu atau secara mutlak atau untuk mengerjakan sembahyang tertentu tidak ada yang sahih. Semuanya dhaif atau dhaif sangat. Banyak juga daripadanya maudhu’.

[Nota: Memang ada hadith sahih yang menunjukkan Nabi s.a.w. pernah memakai serban sama ada di dalam atau di luar sembahyang. Apa yang dipertikaikan ialah fadhilat, ganjaran atau kelebihan yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w. kepada orang yang memakai serban]

00:10:45 ] – NOTA HUJUNG (1)

Hadith-hadith palsu berkenaan kelebihan memakai serban adalah termasuk di dalam usul dirayat hadith yang menyatakan sesuatu hadith itu palsu sekiranya ianya menjanjikan ganjaran yang amat besar untuk sesuatu amalan yang kecil dan remeh.

00:11:15 ] – NOTA HUJUNG (2)

Masalah utama bagi masyarakat Malaysia ialah tidak meluasnya pengajian hadith. Orang awam akan menelan apa saja yang disajikan tanpa dapat menilai kesahihan ajaran yang didakwa dari hadith Nabi. Sebagai peringatan, ulama’ bersepakat bahawa mengada-adakan, menyebar dan mengajarkan hadith palsu adalah satu dosa besar.

[KENALI HADITH PALSU]  – HADITH YANG MENYATAKAN KELEBIHAN BERSEMBAHYANG DENGAN BERSERBAN TIADA YANG SAHIH

1. [ 00:01:00 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Satu sembahyang sunat atau fardhu dengan berserban menyamai dua puluh lima sembahyang tanpa serban. Satu sembahyang Jumaat dengan berserban menyamai tujuh puluh sembahyang Jumaat tanpa serban” [Nota: Hadith ini terdapat dalam banyak kitab yang mengumpulkan hadith-hadith maudhu’]

00:01:44 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Ada perawi dalam hadith ini tidak dikenali (majhul). Manakala sanadnya pula tidak tetap (“muttaridh”). .

ii. Antara tokoh-tokoh hadith yang menghukumkan hadith ini maudhu’ ialah Hafiz Ibnu Hajar, as-Suyuthi, Ibnu ‘Arraq, asy-Syaukani, al-Abaani dll.

iii. Salah satu sebab ianya dihukum maudhu’ ialah kerana ganjaran yang terlalu besar untuk suatu amalan yang remeh.

2. [ 00:02:39 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Solat dengan berserban menyamai sepuluh ribu kebajikan”

00:02:58 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Salah seorang perawi hadith ini yang bernama ‘Abaan ialah seorang yang dituduh berdusta dan mengada-adakan hadith (“muttaham”).

ii. Hadith ini terdapat di dalam kitab-kitab yang mengumpulkan hadith-hadith palsu.

iii. Antara ulama’ hadith yang menghukum hadith ini palsu ialah Hafiz Ibnu Hajar, as-Sakhawi, as-Suyuthi, al-Albaani dll.

iv. Adalah tidak masuk akal sembahyang dengan memakai serban mendapat ganjaran melebihi dari solat fardhu berjemaah! 3

3. [ 00:04:41 ] – HADITH PALSU KETIGA

“Dua rakaat sembahyang dengan berserban lebih afdhal daripada 70 rakaat tanpa serban” . [Nota: Hadith palsu kelebihan memakai serban ini dan banyak lagi hadith-hadith palsu lain terdapat di dalam kitab-kitab yang diajar di pondok-pondok di Malaysia. Masyarakat mengamalkan hadith-hadith palsu ini kerana terperdaya dan menyangka ianya adalah dari ajaran agama]

00:05:39 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Ada dua orang perawi yang bermasalah dalam hadith palsu ini, iaitu, Thariq bin ‘Abdir Rahman al-Qurasyi al-Hajaazi (perawi yang teruk ingatannya) dan Ahmad bin Shaaleh (perawi yang ditinggalkan riwayatnya dan seorang pendusta besar). .

ii. Semasa menceritakan kelebihan solat berjemaah sebanyak 25 atau 27 kali berbanding solat bersendirian, Nabi s.a.w. tidak sedikit pun menyentuh tentang kelebihan solat dengan memakai serban yang kononnya seperti 70 rakaat bila mengerjakan dua rakaat solat!

iii. Kelebihan memakai serban menyebabkan hanya golongan lelaki yang mendapat manfaatnya (kerana serban adalah pakaian khusus kaum lelaki) menjadikan kaum wanita tersisih. Ini akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan kaum wanita yang merasa didiskrimasi. Kesannya, mereka berpandangan tidak baik terhadap syariat Islam.

4. [ 00:08:09 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Satu sembahyang dengan lilitan serban, pahalanya di sisi Allah menyamai satu peperangan di jalan Allah”

00:08:23 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i. Tokoh-tokoh besar hadith seperti Ibnu ‘Adi, az-Zahabi, Hafiz Ibnu Hajar, asy-Syaukani menghukum hadith ini sebagai maudhu’ (palsu).

ii. Salah seorang perawinya, Ibrahim bin ‘Abdillah bin Hammaam ialah seorang pendusta besar. .

iii. Adalah tidak munasabah satu amalan yang remeh seperti melilit serban diganjari sama dengan amalan utama dalam Islam, iaitu berjihad di jalan Allah. .

iv. Nabi s.a.w. dan Sahabat-Sahabat Baginda pernah tidak memakai serban ketika mengerjakan sembahyang.

v. Hadith palsu ini bercanggah dengan hadith sahih yang mengatakan amalan paling utama ialah jihad di jalan Allah.

VIDEO PENUH ASAL –

1 –    • Sesi 110 – Palsu- Hadith Kelebihan Berserb…  

2 –    • Sesi 111 – Palsu- Hadith Kelebihan Berserb…   .

Leave a comment