[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 67] – Hadith yang menyatakan serban merupakan alamat yang membezakan antara orang Islam dan orang kafir semuanya palsu (Video – Serban Adalah Pembeza Di Antara Orang Islam Dan Orang Kafir)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 12m 53s] – [HADIS PALSU] – Serban Adalah Pembeza Di Antara Orang Islam Dan Orang Kafir

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/Mhh_VlHQ_7o ]

USUL DIRAYAT KE – 67 – Hadith-hadith yang menyatakan serban merupakan alamat yang membezakan antara orang Islam dan orang kafir, memakainya pada hari-hari tertentu mempunyai kelebihan tersendiri dan ia adalah sesuatu yang menaikkan darjat atau maqam seseorang di sisi Allah atau ia menjadikan seseorang semakin mulia, penyantun, kuat iman dan sebagainya, tidak ada satupun yang tsabit dan sahih. Semuanya dhaif sangat atau maudhu’. [Nota: Nabi ada memakai serban. Ianya tidak mempunyai kelebihan apa-apa di sisi syariat, seperti tiada kelebihan kita menggunakan pelita kerana semata-mata Nabi menggunakan pelita]

[KENALI HADITH PALSU] – HADITH YANG MENYATAKAN SERBAN MERUPAKAN ALAMAT YANG MEMBEZAKAN ANTARA ORANG ISLAM DAN ORANG KAFIR SEMUANYA PALSU

1. [ 00:01:23 ] – HADITH PERTAMA (SANGAT DHAIF)

“Perbezaan antara kita dan orang-orang musyrikin ialah serban-serban di atas songkok-songkok”

00:01:39 ] – KOMENTAR HADITH PERTAMA

i. Hadith ini mempunyai tiga orang perawi yang tidak dikenali (majhul) secara berturut-turut, menyebabkannya dihukum dhaif sangat.

ii. Maksud hadith ini tidak jelas; adakah yang dimaksudkan orang musyrikin itu ialah orang yang tidak memakai songkok, atau orang yang memakai songkok tetapi tidak memakai serban, atau orang yang memakai serban tetapi tidak bersongkok? Nabi s.a.w. ada berbuat semuanya ini, menyebabkan apa yang didakwa hadith ini tidak benar.

iii. Hakikatnya di zaman moden ini songkok dipakai oleh orang Islam dan juga bukan Islam seperti di Indonesia dan India. Oleh itu ianya tidak boleh dijadikan sebagai pembeza antara orang Islam dan orang kafir. Manakala di India serban juga dipakai oleh orang bukan Islam contohnya, kaum Sikh.

iv. Hadith sahih yang menyatakan pemisah antara Islam dan kufur ialah meninggalkan sembahyang. Tanda seseorang itu Islam ialah mereka yang bersembahyang dan menghadap kiblat seperti kita, mereka yang memakan sembelihan kita dan tidak memakan sembelihan orang kafir.

2. [ 00:04:15 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Berserbanlah kamu, nescaya semakin bertambah kesantunanmu”

00:04:31 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Terdapat beberapa orang perawi bermasalah dimana hadithnya tidak diterima, dituduh sebagai pendusta besar dan pereka. .

ii. Dakwaan di dalam hadith ini tidak masuk akal, iaitu dengan semata-mata memakai serban seseorang itu akan jadi lebih bijak dan penyantun, baik budi pekertinya.

3. [ 00:05:46] – HADITH PALSU KETIGA

“Sesungguhnya Allah Azza Wa Jalla telah menolongku pada Hari Badar dan Hunain dengan para malaikat yang berserban dengan cara ini”. Kemudian Baginda s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya serban itu penghalang di antara kufur dan iman”. Rasulullah s.a.w. (juga) melihat seorang lelaki yang memanah menggunakan busar (panah) Farsi. Terus Baginda bersabda: “Buangkannya”. Setelah nampak busar (panah) Arab, Baginda bersabda: “Gunakan busar ini dan busar-busar sepertinya, gunakan juga lembing-lembing yang sempurna, kerana dengannya Allah akan menguatkan kedudukanmu di segala negeri dan Allah akan menyokongmu untuk mencapai kemenangan”

00:06:09 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Apakah orang beriman akan terdedah kepada kekufuran jika tidak memakai serban? Ianya tidak mungkin terjadi lebih-lebih lagi di tempat di mana serban menjadi identiti golongan kafir seperti golongan Sikh di India.

ii Jika serban menjadi penghalang dari syirik dan kesesatan, mengapa golongan sesat seperti Syiah Imam Dua Belas (yang ramai penganutnya di Iran) tidak terselamat dari kesesatan walaupun mereka berserban?

iii. Tidak dinafikan Nabi s.a.w. selalu memakai serban. Ini adalah kerana serban ialah pakaian tradisi orang Arab. Hukum memakai serban adalah harus sahaja sepertimana harusnya kita menggunakan pelita kerana Nabi menggunakannya, atau memakan roti kerana Nabi juga memakan roti.

iv. Tidak sepatutnya sesuatu adat dan budaya setempat dijadikan penentu sama ada beriman atau kufurnya seseorang kerana ianya diamalkan oleh semua orang, tidak kira sama ada dia orang Islam atau tidak.

4. [ 00:10:55 ] – HADITH PALSU KEEMPAT

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang-orang yang memakai serban pada hari Jumaat”. [Nota: Kelebihan ini bukan kerana memakai serban untuk sembahyang Jumaat, tetapi kerana semata-mata memakainya pada hari Jumaat]

00:11:20 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT

i. Tokoh-tokoh ulama’ hadith telah menghukumkan hadith ini maudhu’. Salah seorang perawinya, Ayyub bin Mudrik, seorang pendusta besar, bertanggungjawab mereka hadith ini.

ii. Serban ialah dari budaya Arab, yang diamalkan oleh orang Arab tanpa mengira agama. Pemakaian serban hanyalah harus hukumnya.

iii. Sekiranya ahli-ahli hadith tidak menyatakan kepalsuan hadith ini, sudah pasti orang ramai bersemangat mengamalkannya kerana ingin mendapat kelebihan-kelebihan yang dijanjikan.

VIDEO PENUH ASAL –

1 – • Sesi 112 -Hadith Serban Merupakan Alamat Y…  

2 – • Sesi 113 -Hadith Serban Merupakan Alamat Y…   .

Leave a comment