[KENALI HADITH PALSU – USUL DIRAYAT HADITH NO. 68] – Tiada hadith yang sahih tentang keharusan atau keelokan beristighātsah dengan orang yang telah mati (Video – Minta tolonglah dengan orang mati, apabila urusan meletihkan kamu)

[Muat Turun Artikel – Format PDF]

VIDEO – [Durasi – 18m 31s] – [HADIS PALSU] – [HADIS PALSU] – Minta tolonglah dengan orang mati, apabila urusan meletihkan kamu

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/niyqmX8qcLs ]

USUL DIRAYAT KE – 68 – Tidak ada satu pun hadith yang sahih mahupun hasan tentang keharusan atau keelokan beristighātsah dengan orang yang telah mati, baik di kuburnya atau bukan di kuburnya, baik nabi, wali atau siapa pun. Kalau pun ada apa yang dikatakan sebagai hadith, maka hanyalah maudhu` semata-mata, atau paling baik pun ia hanya hadith dha`if sangat.

[.00:00:48 ] – ISTIGHATSAH DAN TAWASSUL

1. Dua istilah yang hampir serupa yang sering disalahfahami iaitu “istighatsah” (meminta pertolongan) dan “tawassul” (perantara). Ada keadaan di mana “tawassul” dibenarkan tetapi “istighatsah” pada amnya adalah dilarang. [Untuk perbincangan ringkas tentang “tawassul” dan hadith-hadith palsu berkaitan “tawassul”, sila rujuk: https://youtu.be/4KpBAXG6tK0 ]

2. Budaya mengagungkan kubur telah sampai ke negara kita. Dari pengalaman yang berlaku di luar negara, mengagungkan kubur membawa kepada perbuatan “istighatsah” yang syirik iaitu meminta pertolongan dengan orang mati di dalam kubur.

EPILOG – ISTIGHATSAH DALAM MASYARAKAT

Ramai ulama’ yang masih terkeliru dengan hukum istighatsah. Mereka mempertahankan amalan istighatsah dan berpendapat ianya dibolehkan dengan alasan mereka masih menyembah Allah padahal sebenarnya ia membawa kepada syirk. Amalan istighatsah di kubur sudah bertapak di dalam masyakat kita. Akhir-akhir ini ada yang mengatakan, kehidupan wali-wali di dalam kubur adalah lebih baik kerana mereka tidak disibukkan lagi dengan urusan-urusan duniawi!

[KENALI HADITH PALSU] – TIADA HADITH YANG SAHIH TENTANG KEHARUSAN ATAU KEELOKAN BEISTIGHATSAH DENGAN ORANG YANG TELAH MATI

1. [ 00:02:03 ] – HADITH PALSU PERTAMA

“Apabila urusan/perkara meletihkan kamu, maka minta tolonglah dengan orang-orang yang telah mati” [Nota: Hadith-hadith sebagaimana di ataslah yang menggalakkan orang pergi ke kubur untuk beristighatsah. Mereka meminta tolong kepada orang mati di dalam kubur-kubur yang dipercayai dihuni nabi-nabi (seperti kubur Nabi Hud di Yaman) atau wali-wali. Fenomena ini tersebar luas di luar negara seperti Iran, Pakistan, Yaman, Turki, Mesir, Syria dsb. Kubur-kubur di sana dihias seperti masjid dan mereka bersembahyang menghadap kubur tersebut.]

00:03:00 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA

i. Kita tidak dibenarkan meminta pertolongan daripada jin, malaikat (dan orang mati).

ii. Ulama’ bersepakat mengatakan hadith ini maudhu’. Ianya direka oleh golongan Quburiyyun atau golongan zindiq.

iii. Hadith ini tiada sanadnya (dikenali sebagai hadith yang tiada asalnya). Walaupun begitu, disebabkan kejahilan, orang awam masih menerimanya sebagai hadith.

iv. Apa yang disarankan dalam hadith ini ialah “istighatsah” yang diharamkan, iaitu meminta pertolongan kepada orang mati. Mereka seolah-olah menganggap orang mati lebih berkuasa dari Allah. Sepatutnya mereka menyuruh meminta terus kepada Allah jika menghadapi apa-apa masalah.

v. Alangkah anehnya, hadith sahih menyebutkan supaya orang hidup menolong orang mati dengan mendoakannya, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

vi. Ada yang berdalih, mereka tidak meminta kepada si mati, tetapi meminta supaya si mati meminta/berdoa kepada Allah. Semuanya itu dibantah oleh al-Quran.

vii. Beristighatsah dengan nabi-nabi atau wali-wali tidak pernah disyariatkan dalam Islam dan tidak termasuk dalam amalan sholeh.

2. [ 00:07:44 ] – HADITH PALSU KEDUA

“Pernah berlaku kemarau di zaman `Umar. Maka ada seorang lelaki pergi ke kubur Nabi s.a.w. dan dia berkata, “Wahai Rasulullah, mintalah hujan untuk umatmu. Sesungguhnya mereka telah binasa”. Kemudiannya Rasulullah s.a.w. datang menemui orang itu dalam mimpinya. Lalu dikatakan kepadanya, “Pergilah kepada `Umar, dan sampaikan salamku kepadanya. Beritahulah kepadanya bahawa kamu akan mendapat hujan. Dan katakan juga kepadanya: Berhatilah-hatilah engkau, berhatilah-hatilah engkau”. Orang itu pun pergilah kepada `Umar dan memberitahunya tentang mimpinya itu. Maka menangislah `Umar. Kemudian beliau berkata, “Oh Tuhanku, aku tidak cuai, kecuali apa yang tidak mampu aku lakukan”.

00:08:42 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA

i. Golongan Quburiyyun mendakwa hadith (atsar) ini adalah bukti bolehnya meminta pertolongan kepada Nabi selepas kewafatannya. Mereka berhujah bahawa hadith ini sahih kerana Hafiz Ibn Hajar mengatakannya sahih. Sebenarnya, adalah tidak mungkin hadith ini sahih kerana ianya berpunca dari seorang perawi yang tidak dikenali (majhul). Ibnu Hajar tersilap menghukum hadith ini.

ii. Sahabat-sahabat Nabi tidak pernah pergi ke kubur Nabi s.a.w. untuk meminta apa-apa pertolongan dari Baginda.

iii. Bila berlaku kemarau, Saidina ‘Umar menunaikan solat Istisqa’ (solat minta hujan) beramai-ramai dan meminta Saidina Abbas r.a., bapa saudara Nabi, untuk berdoa minta hujan.

3. [ 00:10:51 ] – HADITH PALSU KETIGA

Abdur Rahman bin Sa’ad meriwayatkan, pernah Ibnu Umar mengalami kebas kaki, tiba-tiba ada seseorang berkata kepadanya, “Sebutlah orang yang pernah dicintaimu”. Mendengar kata orang itu beliau terus berkata, “Wahai Muhammad!” .

[Nota: Hadith ini dijadikan dalil oleh sesetengah pihak untuk membolehkan amalan beristighatsah dengan orang mati. Walaupun hadith ini menyebut beristighatsah dengan Nabi, tetapi golongan Quburiyyun mengatakan boleh juga beristighatsah dengan wali-wali]

00:12:40 ] KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA

i. Hadith ini dijadikan dalil oleh mereka yang membolehkan amalan istighatsah kepada Nabi selepas kewafatan Baginda.

ii. Terdapat ‘ilal (kecacatan) pada sanad dan matannya. Seorang perawinya yang bernama Abu Ishaq as-Sabi’i adalah seorang yang bercelaru fikirannya dan dituduh sebagai Syiah.

iii. Hadith ini tidak tetap (ittiradh) sanadnya.

iv. Petua menghilangkan kebas kaki (sebagaimana di dalam atsar di atas) adalah kepercayaan khurafat sejak dari zaman jahiliyyah lagi. Adalah tidak masuk akal, Ibnu Umar, seorang Sahabat besar masih lagi terpalit dengan amalan khurafat.

v. Tiada Sahabat yang pernah beristighatsah dengan Rasulullah baik semasa hidup atau selepas kewafatan Baginda.

vi. Isti’anah (meminta tolong dalam keadaan terdesak atau tidak) dan istighatsah (meminta tolong dalam keadaan terdesak) hanya kepada Allah adalah disyariatkan dan dianjurkan dalam Islam (sebagaimana Surah al-Fatihah, Ayat 5).

vii. Isti’anah atau istighatsah kepada manusia dibolehkan dengan tiga syarat berikut,

a) dalam perkara yang mampu dilakukannya,

b) selagi ia masih hidup, dan,

c) ia hadhir di tempat berkenaan (atau boleh dihubungi).

VIDEO PENUH ASAL –

1 – • Sesi 114 –  Tiada Hadith Sahih Atau Hasan …  

2 – • Sesi 115 – Tiada Hadith Sahih Atau Hasan T…   .

Leave a comment