[Muat Turun Artikel – Format PDF]
VIDEO – [Durasi – 20m 57s] – [HADIS PALSU] – [HADIS PALSU] – Bertawassullah dengan pangkatku, sesungguhnya pangkatku di sisi Allah amatlah besar
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/4KpBAXG6tK0 ]
USUL DIRAYAT KE – 69 – Hadith-hadith yang selalunya dijadikan dalil oleh orang-orang yang mengharuskan bertawassul dengan zat (diri) Nabi s.a.w., pangkat, kedudukan atau haknya sama ada ketika Baginda masih hidup, sebelum dilahirkan atau setelah wafat tidak ada satu pun yang sahih dan sharīĥ (terang dan jelas). Kalau ada pun yang dikatakan sahih, ia tidak sharīĥ, dan kalau ada yang sharīĥ pula, ia tidak sahih. Kebanyakannya sama ada maudhu` atau dha`if sangat. Hadith-hadith bertawassul dengan orang-orang lain selain Nabi kita Muhammad s.a.w. lebih teruk lagi keadaannya, sama ada ketika ia masih hidup atau setelah ia meninggal.
[.00:01:07 ] – BEZA ANTARA TAWASSUL YANG SESAT DAN YANG DIBENARKAN
1. Tawassul yang sesat ialah meminta kepada Allah dengan menggunakan zat atau nama Nabi s.a.w. sebagai “perantara”. Jika kita menjadikan amal soleh kita sebagai perantara atau alat untuk bertawassul ianya adalah dibolehkan, contohnya, kita boleh menggunakan amal soleh kita seperti beriman dan perasaan cinta kita kepada Nabi s.a.w. untuk bertawassul.
2. Kita dibenarkan bertawassul (menjadikan perantara) dengan orang yang masih hidup contohnya, Sahabat-sahabat Nabi meminta Nabi s.a.w. semasa hidupnya supaya berdoa untuk mereka. Tetapi kita tidak dibenarkan untuk bertawassul (menjadikan perantara) dengan orang yang telah mati.
[ 00:02:09 ] – JENIS-JENIS TAWASSUL YANG DIBENARKAN
Telah disepakati oleh ulama’ bahawa ada tiga bentuk tawassul yang dibenarkan oleh syarak iaitu,
i) bertawassul dengan amal soleh sendiri.
ii) bertawassul menggunakan nama-nama dan sifat-sifat Allah dan,
iii) bertawassul dengan orang yang masih hidup (supaya berdoa untuk kita).
[ 00:20:20 ] – MEMBEZAKAN ANTARA TAWASSUL DAN ISTIGHATSAH
1. Ramai juga di antara kita yang tidak dapat membezakan diantara “tawassul” dan “istighatsah”. “Istighatsah” adalah dilarang manakala “tawassul” ada yang dilarang dan ada yang dibenarkan.
2. Untuk perbincangan ringkas tentang “istighatsah” dan hadith-hadith palsu berkaitan “istighatsah”, sila rujuk: • [HADIS PALSU] – Minta tolonglah dengan or…
[KENALI HADITH PALSU] – HADITH YANG DIJADIKAN DALIL YANG MENGHARUSKAN BERTAWASSUL DENGAN ZAT (DIRI) NABI S.A.W., PANGKAT DLL TIADA YANG SAHIH DAN SHARIIH (TERANG DAN JELAS)
1. [ 00:03:12 ] – HADITH PALSU PERTAMA
Rasulullah s.a.w. bersabda: Setelah Adam melakukan kesilapan (dengan memakan pokok yang dilarang Allah), dia berkata: “Ya Tuhanku, aku memohon kepada-Mu dengan (bertawassulkan) hak Muhammad agar Engkau mengampunkan daku.” Maka Allah bertanya: “Wahai Adam, bagaimana engkau kenal Muhammad, sedangkan Aku belum lagi menciptakannya?”. Jawab Adam: “Ya Tuhanku, bila aku mengangkat kepalaku setelah Engkau menciptakan daku dengan tangan-Mu dan setelah Engkau tiupkan roh daripada-Mu ke dalam tubuhku, aku nampak tertulis di tiang-tiang `Arasy: “Lailahaillallah Muhammadar Rasulullah” maka tahulah aku bahawa Engkau tentu tidak akan meletakkan bersama nama-Mu kecuali nama seseorang yang paling dicintai-Mu”. Lalu Allah berkata: “Benar katamu itu wahai Adam. Sesungguhnya dia adalah makhluk (orang) yang paling Aku cintai. Berdoalah kepada-Ku dengan (bertawassulkan) haknya. Sudah Aku ampunkan dikau. Kalaulah tidak kerana Muhammad, Aku tidak menciptamu.” [Nota: Hadith palsu ini menerangkan bahawa boleh berdoa dengan bertawassul (sebagai perantara) dengan “hak” Nabi, di mana Nabi mempunyai hak yang terpaksa ditunaikan oleh Allah!]
[ 00:05:34 ] – KOMENTAR HADITH PALSU PERTAMA
i. Adz-Dzahabi, Ibnu Taimiyyah dan al-Albani berkata hadith ini maudhu’. Perawinya dikatakan mengada-ngadakan (mereka) hadith.
ii. Hadith palsu ini bercanggah dengan ayat al-Quran, Surah Al-Baqarah ayat 37, yang menyatakan taubat nabi Adam diterima selepas menyebut kalimat-kalimat yang diajarkan oleh Allah (sebagai cara untuk bertaubat), bukannya kerana bertawassul dengan hak Nabi Muhammad.
iii. Hadith palsu ini mungkin direka oleh mereka yang ingin membela dan menaikkan Nabi Muhammad yang dijatuhkan maruahnya (menurut pendapaoleh penganut Kristian datang untuk menebus dosa Nabi Adam a.s.
iv. Walaupun bertawassul menggunakan nama, zat, hak atau kedudukan Nabi belum menjadikan seseorang itu syirik tetapi ianya menjurus ke arah syirik. Oleh itu amalan ini perlu dibendung.
v. Hadith ini menyatakan dunia ini dicipta kerana Nabi Muhammad padahal ayat al-Quran (Surah adz-Dzariyat, ayat 56) menyatakan tujuan manusia dijadikan ialah untuk beribadat kepada Allah.
2. [ 00:07:59 ] – HADITH PALSU KEDUA
“Bertawassullah dengan (menyebut) pangkatku (Nabi Muhammad), sesungguhnya pangkatku di sisi Allah amatlah besar” [Nota: Nabi terkenal dengan sifat tawadhu’ (rendah diri) dan adalah tidak mungkin Baginda mengajar umatnya dengan mengangkat dirinya sendiri!]
[ 00:09:04 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEDUA .
i. Para ulama’ hadith bersepakat bahawa hadith ini karut dan maudhu’. Ianya tidak mempunyai sanad dan tidak terdapat di dalam kitab-kitab hadith yang muktabar. .
ii. Kedudukan atau pangkat seseorang di sisi Allah bukanlah menjadi sebab untuk membolehkan seseorang bertawassul (menjadikannya sebagai perantara) dengannya, sebagaimana tidak dibenarkan orang lain ruku’ atau sujud kepadanya. .
iii. Nabi s.a.w. tidak pernah mengajar umatnya supaya bertawassul menggunakan pangkat atau kedudukannya di sisi Allah.
3. [ 00:10:08 ] – HADITH PALSU KETIGA
Uthman Bin Hunaif meriwayatkan ada seorang lelaki buta datang kepada Nabi s.a.w. lalu berkata, “Berdoalah kepada Allah agar Dia menyembuhkan daku”. Nabi s.a.w. bersabda, “Kalau engkau hendak, boleh aku doakan, dan kalau engkau hendak bersabar, maka itulah yang lebih baik untukmu”. Si buta itu berkata, “Engkau berdoalah (juga) kepada-Nya”. Kata perawi: Maka Rasulullah s.a.w. menyuruhnya berwudhu’ dengan seelok-eloknya, kemudian berdoa dengan doa ini (yang bermaksud): “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu dan menghadap kepada-Mu dengan (bertawassulkan doa) Nabi-Mu, Muhammad, Nabi (yang membawa) rahmat. Sesungguhnya aku menghadap kepada tuhanku dengan (bertawassulkan doa) mu supaya ditunaikan hajatku ini. Oh Tuhanku, Engkau terimalah doanya untukku”.
[ 00:11:27 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KETIGA
i. Kepada orang-orang yang mengharuskan bertawassul dengan Nabi s.a.w., hadith ini adalah bukti yang paling sahih tentang bolehnya bertawassul menggunakan zat, kedudukan atau pangkat Nabi. Mereka membolehkan bertawassul dengan Nabi sama ada semasa Baginda hidup atau selepas Baginda wafat.
ii. Apa yang jelas ialah hadith ini menunjukkan adalah dibolehkan bertawassul dengan orang yang masih hidup (iaitu, orang yang hidup berdoa kepada Allah untuk orang lain). Ianya diterima oleh semua ulama’. Walaupun begitu, hadith ini tidak jelas tentang bolehnya bertawassul dengan Nabi setelah kewafatannya.
iii. Selepas kewafatan Nabi s.a.w. Sahabat-sahabat tidak pernah pergi ke kubur Baginda untuk meminta Baginda berdoa bagi pihak mereka.
iv. Lebih malang lagi, orang yang membolehkan bertawassul dengan Nabi selepas kewafatannya, juga membolehkan bertawassul dengan selain daripada Nabi seperti wali-wali yang telah mati!
v. Amalan berdoa dengan bertawassulkan orang-orang yang telah mati, tidak kira ianya nabi atau orang lain tidak disyariatkan dalam agama kita.
4. [ 00:15:08 ] – HADITH PALSU KEEMPAT
Anas bin Malik meriwayatkan, katanya: “Bila Fāthimah binti Asad bin Hasyim, ibu Ali meninggal, Rasulullah s.a.w. datang kepadanya dan duduk dekat kepalanya lalu mengucapkan: “Semoga Allah merahmatimu wahai ibuku. Engkaulah ibuku selepas ibuku. Engkau berlapar, aku pula engkau kenyangkan, engkau tidak (lengkap) berpakaian, aku pula engkau pakaikan, engkau menahan dirimu daripada makanan yang sedap, kepadaku pula engkau memberikannya, semua itu engkau lakukan semata-mata kerana Allah dan mengharapkan hari akhirat.” Kemudian Nabi s.a.w. memerintahkan dia dimandikan dengan dibasuh tiga-tiga kali (anggota-anggotanya). Bila tiba masa digunakan air bercampur kapur, Baginda menuangkannya ke atas tubuh ibunya itu dengan tangannya sendiri. Setelah itu Baginda menanggalkan baju yang dipakainya lalu memakaikannya kepadanya. Baru selepas itu kain kafan dipakaikan. Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Usāmah bin Zaid, Abu Ayyub al-Anshaari, Umar bin al-Khatthāb dan seorang lagi budak hitam supaya menggali kuburnya. Setelah mereka sampai kepada lahad, Rasulullah s.a.w. menggalinya sendiri dengan tangannya. Tanahnya dikeluarkan sendiri dengan tangannya. Apabila selesai, Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam lahad dan berbaring di dalamnya seraya mengucapkan: “Allah-lah Tuhan yang menghidup dan mematikan, sedangkan Dia Yang Maha hidup, tidak akan mati. Ampunilah ibuku Fāthimah binti Asad, ajarkanlah kepadanya hujjahnya, dan perluaskan untuknya tempat masuknya dengan haq Nabi-Mu dan nabi-nabi sebelumku. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengasihani.” Kemudian Nabi s.a.w. bertakbir empat kali (dalam shalat jenazah ke atasnya), lalu Baginda sendiri bersama al-`Abbaas dan Abu Bakar as-Shiddīq r.a. memasukkannya ke dalam kubur.
[ 00:17:08 ] – KOMENTAR HADITH PALSU KEEMPAT
i. Hadith ini diriwayatkan oleh seorang perawi mungkar yang bernama Rauh bin Salah. Hanya dia seorang yang meriwayatkannya dari Sufyan at-Thauri sedangkan Sufyan mempunyai ramai lagi murid yang ternama.
ii. Hadith ini adalah hadith tentang hukum (iaitu sama ada harus atau tidak) dan tiada unsur “galakan atau larangan” (targhib dan tarhib), oleh itu ia perlulah berstatus sahih untuk digunapakai dalam menetapkan sesuatu hukum.
iii. Sahabat-sahabat dan ulama’ mutaqaddimin tidak pernah bertawassul menggunakan hak Nabi s.a.w. atau hak nabi-nabi sebelumnya yang telah meninggal dunia. Malah mereka melarang dari melakukan yang demikian.
iv. Dalam hadith ini Nabi s.a.w. dikatakan masuk ke dalam kubur dan berbaring di dalamnya, sesuatu perbuatan yang agak pelik. Walaupun agak ganjil, perisitwa ini tidak pernah dilaporkan dalam mana-mana hadith sahih.
VIDEO PENUH ASAL –
1 – • Sesi 116 – Hadith dalil bertawassul dengan…
2 –• Sesi 117 – Hadith dalil bertawassul dengan…
