[NAZAR & SUMPAH] – Siri 1 – (Nazar) Larangan Bernazar Dan Nazar Itu Tidak Menolak Apa-Apa [HADITH]

VIDEO – [Durasi – 12m 46s] – [NAZAR & SUMPAH] – Siri 1 – (Nazar) Larangan Bernazar Dan Nazar Itu Tidak Menolak Apa-Apa [HADITH]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/kINB1u0Ghic ]

Video penuh asal –    • Sesi 1 – Perintah Menyempurnakan Nazar &  …   – Sahih Muslim (Kitab Nazar )t

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH

باب النَّهْىِ عَنِ النَّذْرِ، وَأَنَّهُ، لاَ يَرُدُّ شَيْئًا ‏‏

وَحَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ، وَإِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ إِسْحَاقُ أَخْبَرَنَا وَقَالَ، زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُرَّةَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، قَالَ أَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَوْمًا يَنْهَانَا عَنِ النَّذْرِ وَيَقُولُ ‏ “‏ إِنَّهُ لاَ يَرُدُّ شَيْئًا وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنَ الشَّحِيحِ ‏”‏.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ أَبِي حَكِيمٍ، عَنْ سُفْيَانَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ، دِينَارٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ قَالَ ‏ “‏ النَّذْرُ لاَ يُقَدِّمُ شَيْئًا وَلاَ يُؤَخِّرُهُ وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنَ الْبَخِيلِ ‏”‏

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ، عَنْ شُعْبَةَ، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَابْنُ بَشَّارٍ – وَاللَّفْظُ لاِبْنِ الْمُثَنَّى – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُرَّةَ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ نَهَى عَنِ النَّذْرِ وَقَالَ ‏ “‏ إِنَّهُ لاَ يَأْتِي بِخَيْرٍ وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنَ الْبَخِيلِ ‏”‏ ‏

وَحَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ، حَدَّثَنَا مُفَضَّلٌ، ح وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ، بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ قَالاَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ، عَنْ سُفْيَانَ، كِلاَهُمَا عَنْ مَنْصُورٍ، بِهَذَا الإِسْنَادِ نَحْوَ حَدِيثِ جَرِيرٍ. ‏

وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَابْنُ، بَشَّارٍ قَالاَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ سَمِعْتُ الْعَلاَءَ، يُحَدِّثُ عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم أَنَّهُ نَهَى عَنِ النَّذْرِ وَقَالَ ‏ “‏ إِنَّهُ لاَ يَرُدُّ مِنَ الْقَدَرِ وَإِنَّمَا يُسْتَخْرَجُ بِهِ مِنَ الْبَخِيلِ ‏”‏

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ، وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ، قَالُوا حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، – وَهُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ – عَنْ عَمْرٍو، – وَهْوَ ابْنُ أَبِي عَمْرٍو – عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ “‏ إِنَّ النَّذْرَ لاَ يُقَرِّبُ مِنِ ابْنِ آدَمَ شَيْئًا لَمْ يَكُنِ اللَّهُ قَدَّرَهُ لَهُ وَلَكِنِ النَّذْرُ يُوَافِقُ الْقَدَرَ فَيُخْرَجُ بِذَلِكَ مِنَ الْبَخِيلِ مَا لَمْ يَكُنِ الْبَخِيلُ يُرِيدُ أَنْ يُخْرِجَ ‏”‏ ‏

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ، – يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيَّ – وَعَبْدُ الْعَزِيزِ – يَعْنِي الدَّرَاوَرْدِيَّ – كِلاَهُمَا عَنْ عَمْرِو بْنِ أَبِي عَمْرٍو بِهَذَا الإِسْنَادِ مِثْلَهُ ‏.‏

LARANGAN DARI BERNAZAR DAN NAZAR ITU TIDAK MENOLAK APA-APA

Hadith Pertama – Baginda s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya nazar tidak menolak apa-apa. Hanya dikeluarkan dengan nazar itu daripada orang yang bakhil”.

Hadith Kedua – Diriwayatkan daripada Ibnu Umar daripada Nabi s.a.w., sabda Baginda, “Nazar tidak mendahulukan apa-apa dan tidak mengemudiankannya. Hanya dikeluarkan dengan nazar itu daripada orang bakhil (apa-apa yang dinazarnya)”.

Hadith Ketiga – Diriwayatkan daripada Ibnu Umar daripada Nabi s.a.w. bahawa Baginda melarang daripada bernazar dan Baginda bersabda, “Sesungguhnya nazar tidak membawa apa-apa kebaikan. Hanya dengan nazar itu dikeluarkan daripada orang bakhil (apa yang dinazarkannya)”.

Hadith Keempat – Riwayat dari Abi Hurairah, sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jangan kamu bernazar kerana nazar tidak berguna apa-apa untuk menolak takdir. Hanya dikeluarkan dengan nazar itu daripada orang yang bakhil (apa-apa yang dinazarkannya)”.

Hadith Kelima – Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w., sesungguhnya Baginda melarang daripada nazar dan Baginda bersabda, “Sesungguhnya nazar itu tidak menolak takdir hanya dapat dikeluarkan dengannya (nazar itu) daripada orang bakhil (apa-apa yang dinazarnya)”.

Hadith Keenam – Dengan sanadnya Imam Muslim meriwayatkan daripada Abi Hurairah sesungguhnya Nabi s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya nazar itu tidak mendekatkan anak Adam kepada apa-apa (ataupun, nazar itu tidak mendekatkan sedikitpun anak Adam) kepada apa yang Allah tidak takdirkan untuknya tetapi nazar itu bersesuaian (bertepatan) dengan takdir. Dengan nazar dikeluarkan apa yang orang bakhil tidak mahu mengeluarkannya”.

[RINGKASAN] Larangan Dari Bernazar Dan Nazar Itu Tidak Menolak Apa-Apa

1. Bernazar bersyarat tidak termasuk dalam perkara sunat. Orang yang bakhil memang tidak mahu melakukan ketaatan dari awal lagi, tetapi hanya melakukan kebaikan sebagai balasan terhadap penyelesaian masalah-masalah yang dihadapinya. Bernazar tidak akan meningkatkan iman kiita.

2. Nabi s.a.w. melarang daripada bernazar dan nazar itu tidak menolak apa-apa. Adakah ini bermakna kita tidak boleh bernazar? Bukankah bernazar itu disyariatkan dalam agama? Majoriti ulama’ mengatakan pada dasarnya bernazar dibenarkan tetapi ianya tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Nazar yang dibenarkan ialah “nazar mutlak” iaitu bernazar untuk melakukan ketaatan kepada Allah tanpa apa-apa syarat, contohnya, bernazar untuk puasa beberapa hari tanpa apa-apa sebab. Manakala nazar yang dilarang ialah nazar yang bersyarat, contohnya, bernazar untuk puasa selama tiga hari sekiranya dia lulus peperiksaan. Larangan bernazar bersyarat adalah lebih ditekankan jika seseorang itu percaya yang dia mendapat apa yang diperolehinya disebabkan oleh nazarnya.

3. Nabi s.a.w. melarang Sahabat-sahabat Baginda daripada bernazar dan mengatakan bahawa nazar tidak dapat menolak apa-apa kecuali mengeluarkan apa yang dinazarkan daripada orang-orang bakhil.

4. Ada manusia yang bakhil yang hanya sanggup melakukan kebaikan dengan syarat apa-apa yang dihajatinya diperolehi, seolah-olah ada proses “tawar menawar” dengan Allah. Dia seolah-olah tidak mengharapkan pahala atau balasan baik daripada Allah dan dia menganggap seolah-olah Allah memerlukan nazarnya. Keyakinan seperti ini adalah merbahaya kepada aqidah seseorang.

5 Hakikatnya nazar tidak menolak apa-apa (contohnya, penyakit). Apa yang Allah takdirkan tetap akan terjadi tanpa dipengaruhi oleh nazar sedikitpun. Sesetengah ulama’ berpendapat hanya qada’ “mubram” (muktamad) yang tidak dipengaruhi, tapi yang benarnya nazar tidak dapat menolak juga qada’ “muallaq” (qada’ yang tergantung). [Nota: Ulama’ menjelaskan ada dua jenis qada’ iaitu qada’ “mubram” (muktamad, yang tidak akan berubah) dan qada’ “muallaq” (qada’ yang mungkin berubah bergantung kepada sebab-sebab seperti doa dsb)]. Yang boleh menolak qada’ “muallaq” ialah doa dan amal kebaikan dan bukannya nazar. Nazar tidak dapat mengubah qada’ “muallaq” kerana dari awal lagi, seseorang itu tidak begitu ikhlas kepada Allah kerana mensyaratkan memperolehi sesuatu hasil sebelum melakukan sesuatu ketaatan kepada Allah. Nazar yang dibolehkan ialah nazar mutlak, iaitu bernazar untuk melakukan sesuatu kebajikan tanpa apa-apa syarat.

6. Jika seseorang ada masalah atau hajat adalah lebih baik baginya untuk berdoa, solat hajat atau berbuat kebajikan berbanding dengan bernazar. Adalah lebih baik untuk tidak bernazar kerana Allah tidak akan mengangkat darjat orang yang bernazar supaya dekat dengan-Nya atau menjadikannya orang yang soleh.

7. Imam an-Nawawi berkata: Larangan dari bernazar bersyarat adalah kerana orang yang bernazar itu terikat atau terpaksa untuk melakukan sesuatu kebaikan. Hakikatnya dia tidaklah begitu bersemangat untuk melakukan kebaikan tersebut. Dia melakukan kebaikan itu dalam bentuk “tawar-menawar” dengan Allah. Kita sepatutnya berbuat kebaikan semata-mata kerana Allah dengan tiada apa-apa kepentingan duniawi. Dalam beragama, hendaklah elakkan dari unsur-unsur syirik walaupun sedikit. (Nota: Allah tidak perlu kepada tandingan atau sekutu. Di akhirat nanti, Allah akan meminta sesiapa yang menyengutukan-Nya supaya meminta tolong dari apa yang disekutuinya itu). Dengan bernazar bersyarat ini, ibadat kita yang sepatutnya ikhlas sepenuhnya kerana Allah telah bercampur dengan unsur-unsur lain dan tidak lagi murni.

8. Qadhi Iyadh berkata: Larangan bernazar bersyarat ini adalah untuk menghalang orang yang jahil menyangka bahawa nazar boleh menolak takdir. Jika kita menghadapi masalah atau dalam kesempitan, apa yang sepatutnya dilakukan ialah berdoa dan melakukan ketaatan dan kebaikan dan bukannya bernazar.

Leave a comment