VIDEO – [Durasi – 14m 57s] – [PUASA] – Siri 3 – Mansukhnya FIrman Allah “Dan Mereka Yang Mampu Berpuasa Boleh Membayar Fidyah”
[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/C41E2DWh0v0 ]
Video penuh asal – • Sesi 2 – Nasakhnya atau Mansuhnya Firman A… – (Sunan Abi Daud – Kitab Puasa)
[ KOLEKSI VIDEO TEMATIK HADITH – https://syarahanhadits.school.blog/hadith-… ]
MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH
باب نَسْخِ قَوْلِهِ { وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ }
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا بَكْرٌ، – يَعْنِي ابْنَ مُضَرَ – عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ، عَنْ بُكَيْرٍ، عَنْ يَزِيدَ، مَوْلَى سَلَمَةَ عَنْ سَلَمَةَ بْنِ الأَكْوَعِ، قَالَ لَمَّا نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ { وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ } كَانَ مَنْ أَرَادَ مِنَّا أَنْ يُفْطِرَ وَيَفْتَدِيَ فَعَلَ حَتَّى نَزَلَتِ الآيَةُ الَّتِي بَعْدَهَا فَنَسَخَتْهَا حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدٍ، حَدَّثَنِي عَلِيُّ بْنُ حُسَيْنٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ يَزِيدَ النَّحْوِيِّ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، { وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ } فَكَانَ مَنْ شَاءَ مِنْهُمْ أَنْ يَفْتَدِيَ بِطَعَامِ مِسْكِينٍ افْتَدَى وَتَمَّ لَهُ صَوْمُهُ فَقَالَ { فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ } وَقَالَ { فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ } .
Mansukhnya FIrman Allah { وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ } “Dan Mereka Yang Mampu Berpuasa/Tidak Mampu Berpuasa/Sukar Sekali Berpuasa, Bolehlah Membayar Fidyah”
Hadith Pertama – Imam Abu Daud dengan sanadnya meriwayatkan daripada Salamah Bin al-Akwa’ katanya, “Bila turun ayat, وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ kepada orang [(makna pertama), yang mampu mengerjakannya atau (makna kedua), yang tidak mampu mengerjakannya, atau (makna ketiga) yang mampu mengerjakannya tetapi dengan berat sekali] boleh dia bayar fidyah dengan memberi makan kepada orang miskin”. Kata Salamah, bila turun ayat itu sesiapa antara kami yang hendak berbuka (tidak berpuasa) boleh dengan dia membayar fidyah sahaja…sehinggalah turun ayat selepasnya. Maka ayat yang selepasnya memansukhkannya. Hadith Kedua – Imam Abu Daud dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ [“Dengan itu sesiapa di antara mereka yang hendak membayar fidyah dengan memberi makan kepada seorang miskin”], dia boleh buat begitu dan puasanya sempurna. Selepas itu Allah s.w.t. berfirman, فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ , maksudnya, “Sesiapa yang hendak memberikan lebih daripada seorang miskin dengan sukarelanya, itu lebih baik lagi kepadanya, dan puasa kamu itu lebih baik lagi bagi kamu”. Dan Allah berfirman: فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ , maksudnya, “Sesiapa yang sempat dengan bulan itu (bulan Ramadhan) dia hendaklah berpuasa di bulan itu. Sesiapa yang sakit atau dia dalam perjalanan (bermusafir) jika dia tidak berpuasa pada siang harinya boleh dia berbuat begitu cuma dia perlu gantikan puasanya pada hari-hari yang lain”.
[Ringkasan] Mansukhnya FIrman Allah { وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ } “Dan Mereka Yang Mampu Berpuasa/Tidak Mampu Berpuasa/Sukar Sekali Berpuasa, Bolehlah Membayar Fidyah”
Hadith Pertama – Imam Abu Daud dengan sanadnya meriwayatkan daripada Salamah Bin al-Akwa’ katanya, “Bila turun ayat, وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ kepada orang [(makna pertama), yang mampu mengerjakannya atau (makna kedua), yang tidak mampu mengerjakannya, atau (makna ketiga) yang mampu mengerjakannya tetapi dengan berat sekali] boleh dia bayar fidyah dengan memberi makan kepada orang miskin”. Kata Salamah, bila turun ayat itu sesiapa antara kami yang hendak berbuka (tidak berpuasa) boleh dengan dia membayar fidyah sahaja…sehinggalah turun ayat selepasnya. Maka ayat yang selepasnya memansukhkannya.
Hadith Kedua – Imam Abu Daud dengan sanadnya meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ [“Dengan itu sesiapa di antara mereka yang hendak membayar fidyah dengan memberi makan kepada seorang miskin”], dia boleh buat begitu dan puasanya sempurna. Selepas itu Allah s.w.t. berfirman, فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ , maksudnya, “Sesiapa yang hendak memberikan lebih daripada seorang miskin dengan sukarelanya, itu lebih baik lagi kepadanya, dan puasa kamu itu lebih baik lagi bagi kamu”. Dan Allah berfirman: فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ , maksudnya, “Sesiapa yang sempat dengan bulan itu (bulan Ramadhan) dia hendaklah berpuasa di bulan itu. Sesiapa yang sakit atau dia dalam perjalanan (bermusafir) jika dia tidak berpuasa pada siang harinya boleh dia berbuat begitu cuma dia perlu gantikan puasanya pada hari-hari yang lain”.
[Ringkasan] Mansukhnya FIrman Allah { وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ } “Dan Mereka Yang Mampu Berpuasa/Tidak Mampu Berpuasa/Sukar Sekali Berpuasa, Bolehlah Membayar Fidyah”
1. Dalam kitabnya “Sunan Abi Daud”, Imam Abu Daud membuat dua bab untuk ayat al-Quran, وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ (Surah al-Baqarah ayat 184), untuk mengemukakan dua pendapat yang berbeza iaitu sama ada ayat ini mansukh atau tidak mansukh.
2. Perlu diingatkan bahawa maksud perkataan “mansukh” dalam kitab hadith ini ialah sebagaimana yang difahami oleh golongan “mutaqaddimin” (ulama’ terdahulu, generasi tiga kurun pertama Islam). Ianya berbeza dengan istilah golongan “mutaakhirin’ (terkini). Golongan mutaakhirin mengatakan bahawa “mansukh” bermaksud ianya terbatal semuanya, manakala golongan mutaqaddimin menganggap batal sebahagiannya pun sudah dikatakan sebagai mansukh. Oleh itu istilah mansukh di kalangan mutaqaddimin adalah lebih umum (dan lebih luas) berbanding dengan kalangan mutaakhirin.
3. Di peringkat awal puasa di bulan Ramadhan disyariatkan, semua orang (tidak kira sama ada tua atau muda, sihat atau sakit) mempunyai pilihan sama ada untuk berpuasa atau tidak. Untuk mereka yang tidak berpuasa mereka hendaklah membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada seorang miskin.
4. Dalam istilah mutaqaddimin, menghadkan yang umum kepada sesuatu yang khusus juga dikategorikan sebagai mansukh. Dalam ayat al-Quran ini, pada mulanya pilihan untuk tidak berpuasa adalah umum, cuma syaratnya hendaklah membayar fidyah, tetapi kemudiannya dikhususkan kepada orang yang tidak mampu seperti orang tua, orang sakit atau orang yang mengandung atau menyusu. Ianya dikenali dalam usul fiqh sebagai “umum makhsus”. Dalam hal ini, ayat yang pada mulanya umum kemudian dihadkan (dikhaskan) kepada golongan tertentu sahaja. Ini bermakna ayat tersebut tidaklah dimansukhkan semua sekali.
5. Beberapa pendapat yang berbeza di kalangan ulama’ tentang mansukhnya sesuatu ayat al-Quran, i) ada ayat al-Quran yang mansukh semua sekali, , ii) tidak ada satupun ayat al-Quran yang mansukh,
iii) mansukh dengan pengertian ulama’ mutaqaddimin, seperti, hukum yang umum pada mulanya, kemudiannya dihadkan atau dikhususkan. Dalam istilah mutaakhirin ianya tidak dinamakan mansukh.
6. Ibnu Abbas dan Imam Abu Daud menggunakan perkataan “mansukh” tetapi tidak dalam pengertian ulama’ mutaakhirin, tetapi seperti yang difahami ulama’ mutaqaddimin. Ayat yang sedang kita bincangkan ini tidak seluruhnya mansukh, yang mansukhnya (dibatalkan hukumnya) ialah, semua orang (sama ada sakit atau tidak) boleh memilih untuk tidak berpuasa asalkan dia membayar fidyah. Mereka yang tidak mampu berpuasa kerana tua, sakit, mengandung atau menyusu masih boleh meninggalkan puasa.
7. Pembahagian mansukh mengikut pengertian mutaqaddimin dan mutaakhirin masih lagi tidak difahami secara meluas kecuali oleh mereka dari aliran hadith.
8. Ayat-ayat al-Quran ini ditujukan kepada tiga golongan iaitu,
i) orang bermukim yang sihat, wajib atasnya berpuasa,
ii) orang yang sakit atau bermusafir, diharuskan tidak berpuasa dan kena qadha, .
iii) orang yang boleh berpuasa tetapi dalam keadaan susah dan berat dengan sebab yang tidak akan hilang seperti tua atau sakit kronik. Mereka boleh tidak berpuasa dan membayar fidyah (memberi makan kepada seorang miskin setiap hari puasa yang ditinggalkan). Begitu juga dengan wanita yang mengandung atau menyusu (tetapi mereka perlu menqadha puasanya). .
9. Proses memfardhukan puasa Ramadhan adalah berperingkat-peringkat sebagaimana dilakukan dalam proses pengharaman arak yang juga dilakukan secara berperingkat. Peringkat-peringkat tersebut ialah, . i) peringkat pertama, dibolehkan untuk tidak berpuasa, cukup dengan hanya membayar fidyah, . ii) peringkat kedua, elok berpuasa dari tidak berpuasa,
iii) peringkat ketiga, wajib berpuasa jika mampu. Untuk mereka yang tidak mampu, hukum asal tetap kekal iaitu boleh meninggalkan puasa tetapi hendaklah membayar fidyah.
10. Ibnu Abbas menganggap orang yang mengandung sama seperti orang yang sakit berat yang jika berpuasa akan mendatangkan mudarat. Tujuan mengharuskan tidak berpuasa adalah untuk mengelakkan dari “mudarat” dan bukannya kerana “sakit”. Mudarat ini boleh jadi kepada ibu yang mengandung atau anak dalam kandungan.
11. Jika seorang wanita tidak berpuasa kerana mengandung, ada perbezaan pendapat di kalangan ulama’ sama ada perlu menqadha puasa sahaja atau perlu juga membayar fidyah,
i) Imam Abu Hanifah berpendapat wanita tersebut perlu qadha puasanya sahaja, tidak perlu membayar fidyah, ii) Imam as-Syafie berpendapat wanita tersebut perlu qadha puasanya dan juga membayar fidyah.
12. Menurut Imam Malik orang yang tidak mampu berpuasa (seperti kerana sakit yang tiada harapan sembuh) tidak wajib berpuasa dan tidak perlu membayar fidyah. Alasannya, orang yang tidak mampu adalah terkecuali dari melakukan ibadat ini (tidak ada sebab untuknya berpuasa).
