[BERPEGANG TEGUH] – Siri 1 – Berpegang Teguh Dengan Kitab Dan Sunnah [VIDEO TEMATIK HADITH]

VIDEO – [Durasi – 15m 11s] – [BERPEGANG TEGUH] – Siri 1] Berpegang Teguh Dengan Kitab Dan Sunnah [VIDEO DARI HADITH]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/RHOeobyaG6g ]

Video penuh asal –    • Sesi 1 – Berpegang Teguh Dengan Kitab Dan …  

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH

[HADITH NO. 7268]

كتاب الاعتصام بالكتاب والسنة

حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ مِسْعَرٍ، وَغَيْرِهِ، عَنْ قَيْسِ بْنِ مُسْلِمٍ، عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ، قَالَ قَالَ رَجُلٌ مِنَ الْيَهُودِ لِعُمَرَ يَا أَمِيرَ الْمُؤْمِنِينَ لَوْ أَنَّ عَلَيْنَا نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ ‏{‏ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا‏}‏ لاَتَّخَذْنَا ذَلِكَ الْيَوْمَ عِيدًا‏.‏ فَقَالَ عُمَرُ إِنِّي لأَعْلَمُ أَىَّ يَوْمٍ نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ، نَزَلَتْ يَوْمَ عَرَفَةَ فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ‏.‏ سَمِعَ سُفْيَانُ مِنْ مِسْعَرٍ وَمِسْعَرٌ قَيْسًا وَقَيْسٌ طَارِقًا‏

[TERJEMAHAN] Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan dari Thariq Bin Shihab beliau berkata: Ada seorang lelaki Yahudi berkata kepada Umar, “Wahai Amirul Mukminin! Kalaulah ayat ini turun kepada kami (iaitu ayat, “Pada hari ini Aku sempurnakan untukmu agamamu dan Aku lengkapkan kepada mu nikmat-Ku. Aku redha Islam sebagai agama kepada kamu”) nescaya kami akan jadikan hari itu sebagai hari raya”. Maka Umar berkata, “Sesungguhnya saya amat tahu pada hari apakah ayat ini diturunkan. Ia turun pada hari Arafah, pada hari Jumaat”. Sufyan telah mendengar Mis’ar dan Mis’ar telah mendengar Qais dan Qais telah mendengar Thariq (meriwayatkan hadith ini).‏

[RINGKASAN] – Orang Yahudi mengatakan jika ayat al-Quran sebagaimana ayat 3, Surah al-Maidah diturunkan kepada mereka, nescaya mereka akan menjadikan hari turunnya ayat tersebut sebagai hari raya. Sayyidina Umar membantah dengan mengatakan hari raya telah ditetapkan oleh Nabi s.a.w., dan tiada hari raya selain dari itu. Beliau memberitahu yang dia tahu dengan jelas bila dan di mana ayat tersebut diturunkan. Menjadikan hari-hari lain sebagai hari raya jelas bercanggah dengan syariat tidak kira walau bagaimana penting atau bersejarahnya hari itu

[HADITH NO. 7269]

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ عُقَيْلٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، أَخْبَرَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ، أَنَّهُ سَمِعَ عُمَرَ الْغَدَ، حِينَ بَايَعَ الْمُسْلِمُونَ أَبَا بَكْرٍ، وَاسْتَوَى عَلَى مِنْبَرِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم تَشَهَّدَ قَبْلَ أَبِي بَكْرٍ فَقَالَ أَمَّا بَعْدُ فَاخْتَارَ اللَّهُ لِرَسُولِهِ صلى الله عليه وسلم الَّذِي عِنْدَهُ عَلَى الَّذِي عِنْدَكُمْ، وَهَذَا الْكِتَابُ الَّذِي هَدَى اللَّهُ بِهِ رَسُولَكُمْ فَخُذُوا بِهِ تَهْتَدُوا وَإِنَّمَا هَدَى اللَّهُ بِهِ رَسُولَهُ‏.‏

[TERJEMAHAN] Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Syihab, dia berkata: Anas bin Malik menceritakan kepadaku bahawa dia telah mendengar Umar pada hari keesokan daripada orang-orang Islam berbai’ah kepada Abu Bakar. Dia berada di atas mimbar Rasulullah dimana dia bertasyahud sebelum Abu Bakar bercakap dengannya. Dia berkata, “Amma ba’du. Maka Allah telah memilih untuk Rasul-Nya apa yang ada pada-Nya daripada apa yang ada pada kamu. Inilah kitab yang Allah telah pimpin dengannya Rasul kamu. Oleh itu kamu berpeganglah dengannya, nescaya kamu akan mendapat petunjuk yang Allah telah berikan kepada Rasul-Nya”.

[RINGKASAN] – Daripada perbuatan Sayyidina Umar r.a. kita boleh ambil pelajaran bahawa adalah elok memuji-muji Allah sebelum berucap atau bercakap tentang perkara yang penting. Nabi s.a.w. meninggalkan kepada kita kitab suci al-Quran yang mana Allah telah memimpin Nabi dengannya. Oleh itu, kita sebagai umatnya hendaklah pegang (menghayati) al-Quran dengan teguh, nescaya kita akan terpimpin (mendapat panduan). Sejarah telah membuktikan bahawa mereka yang berpegang teguh dengan al-Quran telah berjaya manakala mereka yang meninggalkannya telah jatuh dan berpecah belah. Jadikanlah al-Quran sebagai yang paling utama.

[HADITH NO 7270]

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، عَنْ خَالِدٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ ضَمَّنِي إِلَيْهِ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم وَقَالَ ‏ “‏ اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْكِتَابَ

[TERJEMAHAN] Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas, beliau berkata: Nabi s.a.w. telah mendakap aku kepadanya sambil Baginda mendoakan, “Ya Allah! Ajarlah kitab kepadanya”.

[RINGKASAN] – Nabi mendoakan Ibnu Abbas supaya Allah memberikan kepadanya ilmu al-Quran. Ini menunjukkan keutamaan al-Quran. Kedudukan hadith adalah di tempat kedua selepas al-Quran dan berfungsi untuk menghuraikan al-Quran.

[HADITH NO 7271]

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَبَّاحٍ، حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ، قَالَ سَمِعْتُ عَوْفًا، أَنَّ أَبَا الْمِنْهَالِ، حَدَّثَهُ أَنَّهُ، سَمِعَ أَبَا بَرْزَةَ، قَالَ إِنَّ اللَّهَ يُغْنِيكُمْ أَوْ نَغَشَكُمْ بِالإِسْلاَمِ وَبِمُحَمَّدٍ صلى الله عليه وسلم‏.‏ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ وَقَعَ هَاهُنَا يُغْنِيكُمْ وَإِنَّمَا هُوَ نَعَشَكُمْ يُنْظَرُ فِي أَصْلِ كِتَابِ الِاعْتِصَامِ.

[TERJEMAHAN] Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Barzah, beliau meriwayatkan, “Sesungguhnya Allah telah membuatkan kamu kaya atau Allah telah mengangkat kamu dengan Islam dan dengan Muhammad s.a.w.”

[RINGKASAN] – Allah telah menjadikan kamu kaya (tidak memerlukan kepada yang lain) dan mengangkat (meninggikan) kamu dengan Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. (yang membawa al-Quran dan sunnah). Zaman-zaman awal Islam membuktikan bahawa dengan memegang teguh al-Quran dan sunnah telah mengangkat umat Islam sehingga menguasai dunia.

[HADITH NO 7272]

حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ، كَتَبَ إِلَى عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ مَرْوَانَ يُبَايِعُهُ، وَأُقِرُّ لَكَ بِالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ عَلَى سُنَّةِ اللَّهِ وَسُنَّةِ رَسُولِهِ، فِيمَا اسْتَطَعْتُ‏.‏

[TERJEMAHAN] Dengan sanadnya Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abdullah bin Dinar bahawa Abdullah bin Umar telah menulis surat kepada Abdul Malik bin Marwan dimana beliau berbai’ah kepadanya dengan katanya, “Aku berikrar untuk dengar dan taat kepada mu berdasarkan sunnah (ketetapan) Allah dan sunnah Rasul-Nya dalam perkara yang aku mampu turut”.

[RINGKASAN] – Ibnu Umar berbai’at dengan Khalifah Abdul Malik bin Marwan dengan syarat selagi beliau memerintah dengan berpandukan kepada al-Quran dan sunnah. Ini menunjukkan bahawa khalifah-khalifah selepas khulafah ar-Rasyidin adalah pemerintah yang baik yang memerintah berdasarkan al-Quran dan sunnah.