[JENAZAH] – Siri 1 – Penyakit-Penyakit Yang Menghapuskan Dosa-Dosa [VIDEO TEMATIK HADITH]

VIDEO – [Durasi – 15m 25s] – [JENAZAH] – Siri 1 – Penyakit-Penyakit Yang Menghapuskan Dosa-Dosa [VIDEO TEMATIK HADITH]

[ Tonton video di atas melalui saluran YouTube – https://youtu.be/DPv627uQlcA ]

Video penuh asal –    • Sesi 1 – Penyakit-penyakit Yang Menghapusk…   &    • Sesi 2 – Penyakit-penyakit Yang Menghapusk…  

MATAN DAN RINGKASAN SYARAH HADITH

HADITH PERTAMA

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، قَالَ حَدَّثَنِي رَجُلٌ، مِنْ أَهْلِ الشَّامِ يُقَالُ لَهُ أَبُو مَنْظُور عَنْ عَمِّهِ، قَالَ حَدَّثَنِي عَمِّي، عَنْ عَامِرٍ الرَّامِ، أَخِي الْخُضْرِ – قَالَ أَبُو دَاوُدَ قَالَ النُّفَيْلِيُّ هُوَ الْخُضْرُ وَلَكِنْ كَذَا قَالَ – قَالَ إِنِّي لَبِبِلاَدِنَا إِذْ رُفِعَتْ لَنَا رَايَاتٌ وَأَلْوِيَةٌ فَقُلْتُ مَا هَذَا قَالُوا هَذَا لِوَاءُ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَأَتَيْتُهُ وَهُوَ تَحْتَ شَجَرَةٍ قَدْ بُسِطَ لَهُ كِسَاءٌ وَهُوَ جَالِسٌ عَلَيْهِ وَقَدِ اجْتَمَعَ إِلَيْهِ أَصْحَابُهُ فَجَلَسْتُ إِلَيْهِمْ فَذَكَرَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الأَسْقَامَ فَقَالَ ‏”‏ إِنَّ الْمُؤْمِنَ إِذَا أَصَابَهُ السَّقَمُ ثُمَّ أَعْفَاهُ اللَّهُ مِنْهُ كَانَ كَفَّارَةً لِمَا مَضَى مِنْ ذُنُوبِهِ وَمَوْعِظَةً لَهُ فِيمَا يَسْتَقْبِلُ وَإِنَّ الْمُنَافِقَ إِذَا مَرِضَ ثُمَّ أُعْفِيَ كَانَ كَالْبَعِيرِ عَقَلَهُ أَهْلُهُ ثُمَّ أَرْسَلُوهُ فَلَمْ يَدْرِ لِمَ عَقَلُوهُ وَلَمْ يَدْرِ لِمَ أَرْسَلُوهُ ‏”‏ ‏.‏ فَقَالَ رَجُلٌ مِمَّنْ حَوْلَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الأَسْقَامُ وَاللَّهِ مَا مَرِضْتُ قَطُّ ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ قُمْ عَنَّا فَلَسْتَ مِنَّا ‏”‏ ‏.‏ فَبَيْنَا نَحْنُ عِنْدَهُ إِذْ أَقْبَلَ رَجُلٌ عَلَيْهِ كِسَاءٌ وَفِي يَدِهِ شَىْءٌ قَدِ الْتَفَّ عَلَيْهِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي لَمَّا رَأَيْتُكَ أَقْبَلْتُ إِلَيْكَ فَمَرَرْتُ بِغَيْضَةِ شَجَرٍ فَسَمِعْتُ فِيهَا أَصْوَاتَ فِرَاخِ طَائِرٍ فَأَخَذْتُهُنَّ فَوَضَعْتُهُنَّ فِي كِسَائِي فَجَاءَتْ أُمُّهُنَّ فَاسْتَدَارَتْ عَلَى رَأْسِي فَكَشَفْتُ لَهَا عَنْهُنَّ فَوَقَعَتْ عَلَيْهِنَّ مَعَهُنَّ فَلَفَفْتُهُنَّ بِكِسَائِي فَهُنَّ أُولاَءِ مَعِي ‏.‏ قَالَ ‏”‏ ضَعْهُنَّ عَنْكَ ‏”‏ ‏.‏ فَوَضَعْتُهُنَّ وَأَبَتْ أُمُّهُنَّ إِلاَّ لُزُومَهُنَّ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لأَصْحَابِهِ ‏”‏ أَتَعْجَبُونَ لِرُحْمِ أُمِّ الأَفْرَاخِ فِرَاخَهَا ‏”‏ ‏.‏ قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏.‏ قَالَ ‏”‏ فَوَالَّذِي بَعَثَنِي بِالْحَقِّ لَلَّهُ أَرْحَمُ بِعِبَادِهِ مِنْ أُمِّ الأَفْرَاخِ بِفِرَاخِهَا ارْجِعْ بِهِنَّ حَتَّى تَضَعَهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَخَذْتَهُنَّ وَأُمُّهُنَّ مَعَهُنَّ ‏”‏ ‏.‏ فَرَجَعَ بِهِنَّ ‏.‏

Penyakit-Penyakit Yang Menghapuskan Dosa-Dosa

Kata beliau (‘Aamir ar-Raami), “Sesungguhnya aku berada di negeri sendiri, tiba-tiba diangkat kepada kami beberapa bendera dan panji-panji. Aku bertanya (orang): Apa ini?. Kata mereka, ini adalah bendera Rasulullah s.a.w. Aku pun datang (pergi) kepadanya. Baginda sedang berada di bawah satu pokok, telah dihamparkan untuknya kain, dan Baginda dalam keadaan duduk di atasnya, para Sahabatnya pula sedang mengerumuninya. Lalu aku duduk di samping mereka. Rasulullah s.aw. menyebutkan penyakit-penyakit, lantas bersabda, “Sesungguhnya seorang mukmin apabila ditimpa penyakit, kemudian Allah menyembuhkannya, maka penyakit (yang telah menimpanya) itu merupakan penghapus dosa-dosanya yang lepas dan sebagai nasihat (peringatan) baginya untuk waktu yang akan datang. Dan sesungguhnya orang munafik apabila sakit kemudian disembuhkan ia seperti unta yang diikat pemiliknya, kemudian mereka melepaskannya. Ia tidak mengerti kenapa mereka mengikatnya, dan tidak juga mengerti kenapa mereka melepaskannya”. Tiba-tiba seorang lelaki di antara orang-orang yang ada di sekitarnya berkata, wahai Rasulullah!Penyakit itu apa? Demi Allah aku belum pernah sakit sama sekali. Maka Rasulullah s.a.w. berkata, “Bangkit dan tinggalkan kami kerana engkau bukan dari kalangan kami”. [Nota Penyunting – sambungan hadith tidak diterjemahkan]

HADITH KEDUA

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ، وَإِبْرَاهِيمُ بْنُ مَهْدِيٍّ الْمِصِّيصِيُّ، – الْمَعْنَى – قَالاَ حَدَّثَنَا أَبُو الْمَلِيحِ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ خَالِدٍ، – قَالَ أَبُو دَاوُدَ قَالَ إِبْرَاهِيمُ بْنُ مَهْدِيٍّ السُّلَمِيُّ – عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، وَكَانَتْ، لَهُ صُحْبَةٌ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏”‏ إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا سَبَقَتْ لَهُ مِنَ اللَّهِ مَنْزِلَةٌ لَمْ يَبْلُغْهَا بِعَمَلِهِ ابْتَلاَهُ اللَّهُ فِي جَسَدِهِ أَوْ فِي مَالِهِ أَوْ فِي وَلَدِهِ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو دَاوُدَ زَادَ ابْنُ نُفَيْلٍ ‏”‏ ثُمَّ صَبَّرَهُ عَلَى ذَلِكَ ‏”‏ ‏.‏ ثُمَّ اتَّفَقَا ‏”‏ حَتَّى يُبْلِغَهُ الْمَنْزِلَةَ الَّتِي سَبَقَتْ لَهُ مِنَ اللَّهِ تَعَالَى ‏”‏

Penyakit-Penyakit Yang Menghapuskan Dosa-Dosa

Beliau (datuk Muhammad bin Khalid) berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya seseorang hamba itu jika ditaqdir Allah mempunyai kedudukan yang tinggi (di sisi-Nya) sedangkan ia tidak memperolehinya dengan amalannya maka Allah mengujinya pada jasadnya, hartanya atau pada anaknya”. Abu Daud berkata, Ibnu Nufail menambahkan (dalam riwayatnya): “Kemudian Allah memberikan kesabaran kepadanya dalam menghadapi ujian-Nya”. Kemudian lafaz (riwayat) kedua-dua mereka sama, iaitu: “sehingga Allah menyampaikannya kepada kedudukan yang telah pun ditaqdirkan untuknya”.

[RINGKASAN] – PENYAKIT-PENYAKIT YANG MENGHAPUSKAN DOSA-DOSA

1. Penyakit-penyakit akan menghapuskan dosa orang mukmin yang bersifat sebagaimana berikut:

i) Sabar atas ujian berupa penyakit yang menimpanya,

ii) Percaya bahawa penghapusan dosa itu berlaku hanya dengan rahmat Allah semata-mata,

iii) Tidak menyatakan keresahan dan kegelisahannya,

iv) Penyakit yang menimpanya menjadi pengajaran kepadanya dan menginsafkannya dalam menghadapi kehidupan selepas itu, .

v) Tidak merungut-rungut dan berleter-leter, membayangkan tidak redha dengan qadha’ dan qadar Allah s.w.t.

2. Sakit itu adalah satu peringatan kepada kematian.

3. Kita hendaklah redha dengan taqdir Allah di sebalik ujian dari-Nya.

HADITH PERTAMA –

1. Hadith ini dhaif tetapi kandungannya yang berkaitan “penyakit menghapuskan dosa” adalah sahih. Terdapat banyak sokongan kepada hadith ini dari al-Quran dan hadith sahih. Antaranya al-Quran, surah asy-Syuura, ayat 30, bermaksud, “Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa); dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu”. Manakala hadith sahih pula, Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud, “Tiada satupun penyakit atau kesakitan yang menimpa orang mukmin melainkan ia menjadi kaffarah, (penghapus dosanya), sehinggakan duri yang menyucuknya sekalipun ataupun bencana yang menimpanya”.

2. Dosa-dosa yang diampunkan ialah dosa-dosa kecil. Ulama’ berbeza pendapat sama ada dosa besar juga diampunkan kerana sakit. Ramai ulama’ berpendapat dosa besarpun diampunkan atau diringankan sekiranya seseorang itu insaf dan bertaubat darinya.

3. Sikap orang mukmin ialah ingat kepada Allah dan ingat akan pertemuannya dengan Allah ketika ditimpa sakit.

4. Sekiranya sakit itu menghapuskan dosa, adakah boleh seseorang itu meminta supaya sakit? Tidak boleh!

5. Untuk orang yang tidak ada dosa, sakit itu akan meningkatkan darjatnya di sisi Allah.

6. Orang munafik tidak insaf bila ditimpa sakit dan disembuhkan kemudiannya, mereka ibarat unta yang tidak tahu mengapa ia ditambat dan dilepaskan kemudiannya.

7. Orang mukmin sentiasa mengambil iktibar daripada ujian yang menimpanya atau ujian yang menimpa orang lain.

8. Bahagian kedua hadith ini menunjukkan Nabi s.a.w. bersikap kasar terhadap seorang yang mengaku tidak pernah sakit. Kita boleh menolak bahagian ini kerana ianya bercanggah dengan sifat Nabi s.a.w. yang lemah lembut. Lagipun memang hadith ini berstatus dhaif, terutamanya bahagian ini. Sekiranya kita ingin menerima bahagian ini, kita boleh menganggap bahawa lelaki tersebut bersikap sombong sehingga menyebabkan Nabi s.a.w. marah.

9. Antara pengajaran hadith ini ialah kesakitan pada orang mukmin ada manfaatnya seperti menghapuskan dosanya dan orang mukmin akan memperolehi pengajaran dan peringatan dari bencana yang menimpanya.

HADITH KEDUA –

1. Sakit ialah “hadiah” daripada Allah tetapi manusia dilarang daripada meminta sakit. Kita hendaklah menjaga diri dari penyakit sebagaimana kita perlu menjaga diri dari cedera dan dibunuh ketika di medan jihad. Tidak boleh membiarkan diri kita dibunuh dengan harapan untuk mendapat mati syahid.

2. Hadith ini dhaif di segi sanadnya tetapi terdapat banyak hadith sokongan, antaranya, hadith Sahih al-Bukhari dan Muslim sebagaimana berikut: “Tidak ada orang mukmin yang ditimpa kepenatan, ditimpa penyakit, ditimpa kesedihan dan kedukaan dan apa-apa gangguan atau kerunsingan sehingga duri yang mengenainya, melainkan Allah akan kaffarahkan dengan sebabnya dosanya”.